"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, May 31, 2010

WARISAN DI BUKIT TINGGI



Udara Bukit Tinggi di Indonesia tidak sedingin seperti yang diceritakan oleh teman-teman yang pernah ke sana. Namun, alhamdulilah, ia nyaman dan memberi ketenangan.Ia dingin sedikit dari Kuala Lumpur. Lawatan  empat hari ke Padang dan Bukit Tinggi  seminggu dulu membawa  perbezaan rasa.Ia  sedikit sebanyak membuka minda saya mengenai kaitan budaya di sana dan di sini, iaitu Malaysia. 

Kami diberi maklumat secara rasmi dari pusat penerangan yang beroperasi dari bangunan yang ada dalam gambar ini. Ukiran-ukiran bangunan amat cantik dan ia membawa makna yang khusus dalam budaya masyarakat ketika itu. Bangunan ini bukan hanya cantik tetapi "berteknologi tinggi" kerana ia dibina  dengan cara sedemikian  dan ia boleh bertahan jika ada gempa bumi yang sederhana kuatnya. Di dalam bangunan ini tersimpan beberapa manuskrip dan buku-buku lama yang mengandungi maklumat sejarah dan kebudayaan masyarakat setempat. Saya tidak bertanya banyak dalam sessi soal jawab semasa taklimat kerana pengetahuan saya amat ketinggalan dalam hal-hal kebudayaan manusia di sana sini  dan tidak tahu hendak bertanyakan mengenai apa. Saya lebih banyak mendengar sahaja.


Kami diberi penerangan juga tentang adat istiadat perkahwinan dan gambar di atas adalah  tiga orang  pelancung  seperti saya yang ingin merakam sejarah lawatan dengan memakai pakaian tradisional. Saya hanya menyibukan diri mengambil kesempatan merakam gambar semata-mata untuk kenangan. Walaubagaimana pun saya agak tertarik kepada kehebatan seni ukir yang  diwarisi zaman berzaman. Tetapi dicelah-celah  sessi penerangan dan rasa  kagum itu saya terfikir-fikir tentang  apakah impak kecantikan seni ini dalam hidup dan kehidupan tamadun manusia kini. Fikiran ini membuat saya agak keliru tetapi  saya diam bersendirian. Saya tidak mahu memberi komen yang boleh menyinggung perasaan tuan rumah.  Oleh itu apabila kami dibawa melawat Istana Pagaruyung, saya ikut sahaja tanpa banyak soal.

Dalam kemelut politik dunia dan kemelut politik di Malaysia, terutamanya yang menyentuh secara langsung tentang kewibawaan Umat Islam, saya semacam mendapati hal-hal seni seperti ini tidak menjadi penting. Ia hanya ada nilai ekonomi yang berkaitan dengan pelancungan. Rasanya itu sahaja. Mungkin pendapat ini silap, tetapi saya ingin mencari apa yang menyebabkan tamadun  manusia di rantau ini belum boleh  membela kehebatan Islam. Dengan erti lain, saya melihat warisan Minangkabau meninggalkan legacy Budi yang halus tetapi ia masih belum dapat meyakinkan saya bahawa legacy ini dapat  wujud selari  dengan dan dapat menghadapi cabaran politik semasa, terutamanya apabila berkait dengan Islam. Dalam konteks ini saya tidak mengatakan Malaysia adalah lebih baik dari Indonesia. Tajuk ini  adalah untuk perbincangan lanjut dalam forum yang berasingan. Pendapat saya ini hanyalah merupakan muhasabah diri semata-mata.

Gambar-gambar di atas adalah sebahagian dari ukiran-ukiran Istana Pagaruyung yang sedang dibaik -pulih kerana hampir seluruh bangunan dijilat api dua tahun yang lalu.

Selain dari ukiran-ukiran, Padang / Bukit Tinggi adalah terkenal juga dengan kerja-kerja seni sulaman kain yang di jadikan, pakaian solat (telekung), pakaian baju-baju wanita dan pria, hiasan runah dan sebagainya. Seni sulaman menjadi sumber penting ekonomi dari daerah ini bagi Indonesia. Yang ini saya  jelas nampak akan impaknya pada taraf kehidupan rakyat. Dan jika ia dapat disesuaikan dengan kehendak dan batasan-batasabn seni dalam Islam saya berpendapat ia akan lebih bermakna. Saya katakan demikian kerana ada sulaman-sulaman dibuat di atas kain yang lembut dan jarang yang menampakkan aurat. Kesesuaiannya memerlukan budibicara yang berlandaskan ilmu yang Hak. Seni bukan untuk seni semata-mata tetapi seni  adalah untuk menegakan kebenaran.

Ini sahaja kemampuan saya untuk berkongsi pengalaman. Mohon  maaf dan mohon teguran dari pembaca tentang apa jua yang kurang benar atau kurang tepat. Perjalanan dan lawatan empat hari tidak mungkin dapat menyelami segala-galanya. Kita renongkan bersama dan semoga Allah memberi  Taufik dan Hidayah Nya supaya kita sentiasa dijalan yang lurus.

Saturday, May 29, 2010

A THING OF BEAUTY......

........IS A JOY FOREVER.
Let me share with you some shots I took during my visit to West Sumatra, namely Padang and Bukit Tinggi. These pictures of  "nature" speak for itself as they bow in adoration (in zikrullah)  towards the almighty God, Allah.


By the grace of Allah most Gracious most Merciful, insyaAllah we will always remember to be wary of His Ayat : THEN WHICH OF THE FAVOURS OF YOUR LORD WILL YE DENY?
Chapter 55, Verse 13.

Friday, May 28, 2010

RUGI, RUGI, RUGI...........



Dalam satu kelas pengajian, Ustaz memberi ingatan betapa pentingnya kita menghormati dan melayani ibu bapa kita tidak kira ibu bapa masih muda, sudah tua atau pun ibu bapa kita itu tidak seagama dengan kita, iaitu bukan Islam.(Jika bukan Islam ada batasan-batasan tertentu). Rasulullah bersabda yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud : "Rugi, rugi, rugi bagi sesaorang itu yang mendapati  orang tuanya lanjut usia, tetapi ia tidak masuk syurga."

Amat bertuah bagi mereka yang ada ibu bapa yang telah tua dan ia berpeluang menjaga dan menyayanginya. Inilah peluang terbesar untuk masuk syurga. (Ini tidak bererti kalau belum tua anak tidak perlu berbakti). Allah berfirman dalam AlQuran :
"Dan Tuhan mu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain DIA dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapa kamu dengan sebaik-baiknya.Jika salah seorang daripada keduanya atau kedua-duanya sekali sampai berumurlanjut dalam pemeliharaan mu, maka sekali-kali jangan kamu mengatakan kepada keduanya 'ouf' dan jangan kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkatan yang mulia." Surah Al Isra' Ayat 23
" Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah, 'Wahai Tuhan ku, kasihilah mereka mereka berdua yang telah mendidik aku sewaktu aku kecil'.Surah Al Isra' Ayat 24.
'Ouf' ditafsirkan oleh Ustaz sebagai apa jua perkatan atau perbuatan (body language) yang memberi maksud aku benci, penat, rasa terganggu, kecewa, bosan dan sebagainya. Kalau mulut manis tetapi hati tidak ikhlas itu juga dikira sebagai menzahirkan 'ouf'. 

Kemudian, jangalah kita membentak, mengherdik, menjerit-jerit atau apa jua perkataan yang membuat ibu bapa rasa tersingkir.Usatz saya menggunakan perkataan "jangan mengetong-sampahkan ibu bapa kita." Ia bernaksud jangan kita cuba mencari jalan supaya mereka jauh dari kita kerana kalau mereka dekat dan tinggal bersama kita,  kita akan rasa tergugat kebebasan, menggangu dan menyebabkan rumah jadi tidak terhias, berselerak, bau yang tidak menselesakan, kerja bertambah dan lain-lain lagi. Jika kita rasa demikian dan dengan itu kita hantar mereka ke rumah kebajikan atau rumah orang tua-tua  atau di mana jua (walau mewah sekalipun rumah itu) ini dikira sebagai kita "membuang sampah". Kerana jika mereka tiada, kita merasa lega dan aman. Jika kita menjaga ibu bapa kita secara giliran pula, ini juga boleh ditafsir sebagai "membuang sampah" juga jika ibu bapa rasa tidak seronok dengan konsep "semua anak ambil gigliran". Kita seharusnya berebut-rebut mahu menjaga ibu bapa kerana itulah peluang terbaik untuk masyuk syurga. Tetapi kalau ibu bapa redha dijaga dan diurus secara giliran itu tidak mengapa. Tetapi kita sebagai anak-anak seharusnya tahu dan memahami rasa hati mereka.



Kemudian, dalam berkomunikasai hendaklah kita berlembut dan menggunakan perkataan yang membuat mereka rasa dihormati, disayangi dan dimuliakan. Janganlah samapai ibu bapa kita rasa serba salah, rasa kekok, rasa takut dan tidak selesa dihati  tinggal bersama kita. Ada pula setengah anak-anak kurang berbual dan kurang bercakap dengan ibu bapa hinggakan mereka merasai mereka menjadi beban. Makan minum terjaga, kebersihan terjaga dan ada pembantu untuk merawat dan melayan. Tetapi kita tidak pernah bersembang dan bertanya-tanyakan keselesaan. Pasti mereka terasa hati, kata ustaz.



Kemudian, hendaklah kita merendahkan diri dengan ibu bapa kita. Walau kita BOSS sekalipun di pejabat, kita CEO di syarikat, kita MENTERI yang terhormat, ibu bapa mesti didahulukan.Tidak ada kompromi. Dalam konteks ini Ustaz menceritakan bahawa pada satu ketika, Rasulullah saw  berada di majlis di mana ada urusan kemasyarakatan yang agak penting. Ia terpandang ibu susunya, Halimatul Saadiah duduk jauh di belakang. Ia mencari jalan untuk menghampiri ibu susunya ini walaupun dia tidak begitu rapat dari segi lainnya. Kemudian Baginda baring di atas pangkuanya, seperti anak-anak. Beliau mahu menunjukkan taraf ibu itru sangat tinggi. Inikan pula kalau ibu itu yang melahirkan kita. Sewajarnya kita menempatkannya lebih tinggi dan lebih mulia.

Kemudian hendaklah kita sentiasa mendoakannya seperti yang diajarkan oleh alQuran. Ibu bapa adalah wasilah antara Allah dengan kita. Dalam pada itu Ustaz mengingatkan bahawa ibu dan bapa mertua sama statusnya dengan ibu dan bapa kandung. Kita dituntut baerbakti sama rata.

Saya sudah tiada keduanya. Saya mohon Allah mengampunkan segala kelemahan dan kekurangan dalam menjaga mereka. Ustaz kata kita terus mendoakan mereka.Setiap waktu solat adalah sudah pasti. Setiap hari adalah hari ibu dan setiap hari adalah hari bapa, terutamanya apabila mereka berumur tua dan lanjut.Ustaz mengatakan jika kita benar-benar diitiraf anak yang soleh maka apa jua amalan soleh yang kita buat ibu bapa kita mendapat habuannya, dengan rahmat Allah semata-mata.
Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayahNYA, memudahkan urusan menjaga ibu bapa dan semoga kita tidak menjadi manusia yang kerugian. (Saya tujukan penulisan saya pada kali ini khusus untuk anak-anak saya dan anak-anak saudara saya. Gambar-gambar yang tertara ini adalah ibu/bapa mereka. Semoga mereka tidak kerugian.)
WaAllahu'alam.

Thursday, May 27, 2010

SAYANG PALESTIN 3



Hari Jumaat yang lepas saya menghadiri majlis Pelancaran Bulan Nakbah dan Perasmian Penajaan Anak-anak Yatim Palestin dengan kerjasama Takaful for achild Welafre yang dianjurkan oleh AQSA SYARIF BHD. di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya. Majlis itu sederhana dan ringkas tetapi membawa makna yang besar bagi rakyat Palestine. Adalah diharapkan ia juga menjadi pendorong pada rakyat Malaysia agar terus berjuang membela Palestine dan membebaskan Masjid Al Aqsa. Ia amat penting kerana dua perkara ini termaktub khusus dalam alQuran dan ia berkait terus dengan aqidah Islam. Dari situlah Allah mengangkat Junjungan Besar Nabi Muhamad saw dalam peristiwa Isar' dan Mi'raj. Di situlah Qiblat pertama umat Islam. Bukti mana lagi yang kita persoalkan bahawa isu  Palestin adalah Isu Islam sejagat. Dia bukan isu orang-orang Arab sahaja. Tetapi kadang-kadang saya terkilan kerana ada negara Arab yang semacam tidak mahu Palestin bebas. Tidak sungguh-sungguh membantu.Kadang-kadang nampak seperti menghalang. Mungkin ini anggapan saya yang didasarkan atas pembacaan dimedia massa sahaja. Tetapi teman-teman saya yang ingin masuk ke Gaza untuk membantu, juga dihalang di di daerah sempadan. Semoga saudara negara Arab yang kaya raya itu akan benar-benar ikhlas membantu. Dan lantaran ini semoga musuh-musuh Islam tidak lagi berani menghina Islam dan orang-orang Islam.

Sehubungan ini marilah kita memahami peringatan dari Allah mengenai persaudaraan dalam Islam. :
"SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG MUKMIN ADALAH BERSAUDARA MAKA DAMAIKANLAH ANTARA KEDUA SAUDARAMU DAN BERTAQWALAH KEPADA ALLAH SUPAYA KAMU MENDAPAT RAHMAT."  Surah Al Hujuraat Ayat 10
Dalam text AlQuran Allah menggunakan perkataan "Ikhwatun" yang bermaksud "saudara sedarah sedaging". Perkataan ini digunakan khusus untuk menunjukan bahawa orang-orang beriman dituntut untuk bersatu padu dalam apa jua keadaan.                             
Pada hari itu Pertubuhan Mawaddah Malaysia mengambil kesempatan menyerahkan sejumlah  wang pungutan Rakyat Malaysia untuk disampaikan kepada penduduk Gaza sebagai usaha membantu mangsa perang yang berlaku akhir tahun 2008. Dana tersebut (RM 212,000)  disalurkan  pada wakil  Pertubuhan Islam Bandar Bait Lahia di Palestin untuk tujuan membatu program pendidikan Pra Sekolah. Dana tersebut dibuat melalui saluran ini kerana Pertubuhan Mawaddah tidak berupaya untuk pergi sendiri ke Gaza kerana halangan-halangan yang telah dimaklumi oleh ramai pihak.
Semoga usaha yang kecil ini menjadi besar dengan pertolongan Allah jua. Dan semoga semua orang Islam bersatu padu dan semoga rakyat Palestine mendapat munafaatnya dan Masjid Al Aqsa kembali bebas.
Amin.

Thursday, May 20, 2010

KETERTINGGALAN




Hati masih rungsing bila teringat perihal seorang kawan seangkatan yang masih belum dapat benar-benar melihat betapa jauh ketertinggalan kita dalam perjalanan menuju Allah. Itu yang dapat dilihat dari zahirnya. Dua minggu dulu ia datang bersama  seorang teman lain ke rumah kerana bertanya khabar selepas saya menjalani ingiogram. Saya katakan Jantung saya sihat, alhamdulilah, dan sakit dada yang sering saya rasai mungkin kerana sebab lain. Untuk beberapa ketika kami bercerita mengenai kesihatan masing-masing. Maka saya mengambil peluang untuk mengatakan bahawa walau sihat sekalipun, maut pasti akan datang. 

Teman saya ini seperti masih belum bersungguh-sungguh untuk mengikuti kelas-kelas pengajian yang berkaitan dengan mengenal Allah dan apa jua yang sehubungan denganNya. Ia belum merasakan perlunya kesegeraan dalam hal ini  seolah-olah belum merasa cemas dengan hakikat bahawa kita sudah masuk dalam zon "mengajar umur".  Saya katakan kepadanya bahawa ini amat perlu supaya kita dapat meyempurnakan apa yang belum sempurna.Kita harus mengejar ketertinggalan kita.

Sebenarnya apa yang saya katakan pada teman saya ini adalah peringatan pada diri saya sendiri.  Saya menyedari bahawa kita tidak sewajarnya merasa cukup dengan apa jua persiapan yang kita lakukan. Kita harus berasa takut mengenai tibanya hari pembalasan yang tidak akan ada siapa yang dapat menolong kita. Saya sendiri selalu diingatkan supaya  memohon ampun dan bertaubat berterusan dengan kesungguhan. Saya mengatakan pada teman saya bahawa kita sudah tidak ada banyak masa untuk bersantai dan berbual-bual kosong. Setiap masa dan peluang yang ada harus dijuruskan kepada melaksana amalan-amalan yang boleh dibawa sebagai bekalan. Itu pun usaha semata-mata. Kita tidak boleh yakin usaha kita itulah yang akan dapat menjamin diri dihadapan Rabbul Jalil. Rahmat Allah sentiasa kita pohon dan amalan mengingat Allah harus dilakukan siang dan malam dengan penuh tulus ikhlas.Itulah pesanan ustaz saya.

Semoga Allah melimpahkan Taufik dan HidayahNya dan belas kasihanNya kepada kita. Semoga Allah memberi keampunan kerana ketertinggalan ini sukar dikejar. Hanya Rahmatnya sahaja yang dapat menyelamatkan. Ya Allah tolonglah kami.

Wednesday, May 19, 2010

SPEAKERS CORNER @ MASJID




Beberapa bulan kebelakangan ini Masjid tempat saya tinggal, Masjid Kg. Tunku telah menubuhkan  "Speakers Corner" secara tidak rasmi. Ia bermula dengan Geng Roti Canai kaum suami besarapan pagi bersama-sama setelah solat subuh setiap hari mengikut kelapangan masing-masing. Kemudian ada seorang dua kaum isteri mengikutinya terutama bagi yang sudah bersara dari perkhidmatan tetap. Sekarang  ini seperti sudah rasmi terbentuknya "speakers corner" untuk ahli memberi buah fikiran atas berbagai topik semasa pada hari Rabu  setiap minggu. Sarapan pagi disediakan oleh sesiapa yang berkemampuan dan suka menginfakkan apa yang Allah kurnia padanya.

Antara tajuk yang telah muncul secara sepontan setakat ini adalah seperti berikur:
  •  Bagaimana cara mengimarahkan masjid.
  • Jangan melupakan perjuangan orang Islam di Palastine.
  • Bagaimana hendak menggalakan generasi muda ke masjid selain dari solat Jumaat.
  • Memilih penceramah
Pada hari Rabu yang lepas tajuk yang dilahirkan oleh seorang ahli ialah mengenai pemberian lesen perjudian. Banyak perkara kontroversi yang timbul. Yang penting ialah mengenai hala tuju atau wawasan orang di Malaysia mengenai hal akhlak dan hal Islam. Orang bukan Islam pun ramai yang tidak suka perjudian menjadi leluasa, kerana kemenangan satu pihak adalah kemusnahan bagi pihak yang lain. Judi yang baru- baru ini dikatakan telah diisytihar rasmi ialah perjudian bola sepak. Maka ramai berpendapat ini akan memusnahkan moral orang Malaysia tidak kira agama apa. Islam telah nyata pendiriannya. Dan kalau orang Islam yang melaksana keputusan ini maka ramai yang rasa amat kecewa. Maka secara berbisik ada yang bertanyakan perihal pemimpin negara yang termakan pujukan dari  mereka yang tidak bertanggong jawab.

Ada yang menyatakan kerisauan tentang hasil judi itu kemana perginya. Hasil pemungutan lesen oleh kerajaan amat mudah untuk dipantau. Tetapi hasil keuntungan pihak-pihak lain yang terlibat, bagaimana pula hendak memantaunya. Kami yang ada di "speakers corner" ini hanya geleng- geleng kepala, lambang rasa amat tidak puas hati. Sebenarnya banyak perkara yang ahli Kg. ini tidak menyukai dan tidak puas hati tentang perkara-perkara dan program yang dilaksana kerajaan yang meruntuhkan moral dan akhlak rakyat. Tetapi apakan daya...........

Tiba-tiba ada yang berkata "Jangan kita kata apakan daya." Pasti kita boleh berbuat sesuatu. Jawatankuasa Masjid boleh menghantar memorandum kepada pihak yang berkenaan untuk menyatakan pendapat dan menyatakan rasa tidak puas hati tentang hala tuju perlaksanaan Islam di Malaysia. Ini bukan sahaja mengenai judi tetapi lain-lain dasar dan program yang menyalahi Islam. Jangan kita khuatir apa tindakan kerajaan. Kita ikut apa yang diarah oleh alQuran. Semestinya ada diantara kita yang menyuruh kepada kebaikan dan melarang keburukan. Arahan ini berulang termaktubnya dalam alQuran, dan setiap kita akan dipersoalkan di hadapan Allah Rabbul Jalil nanti di Hari Pembalasan. Sekurang-kurangnya memorandum itu akan jadi bukti bahawa kita tidak sekongkol dengan mereka yang mengengkari perintah Allah swt.

Semoga semua kita mendapat Hidayah dan Pertolongan Allah swt jua. Semoga "Speakers Corner" di Masjid akan  berfungsi juga seperti kumpulan "Usrah" yang dapat mengeratkan silaturrahim dan dalam masa yang sama menghasilkan tindakan-tindakan positif yang akan membawa dan menaikan maqam Iman dan perjalanan menuju Allah akan dipermudahkan olehNya. Amin.
WaAllahu'alam.

Tuesday, May 18, 2010

PAK LONG MAN.




Ini gambar Allahyarham Pak long dari Penanti, Penang yang telah pulang ke Rammatullah baru-baru ini.  Semoga Allah mencucuri Rahmat ke atas Ruhnya dan dihimpunkan bersama-sama Ruh orang-orang yang soleh.  Dia adalah bapa saudara suami saya dari sebelah bapanya. Saya tidak menziarahi keluarganya kerana berada di Jakarta waktu itu. Rasa agak kehilangan juga kerana hampir setiap Hari Raya kami akan ke sana. Gambar ini adalah gambar Raya tahun 2009. Isterinya telah agak uzur tetapi masih boleh mengurus diri. Itulah doa saya juga semoga Allah memberi kesihatan dan saya dapat mengurus diri hingga keakhir hayat.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini ialah keluarga ini ada anak kurang upaya. Dari lahir lagi otaknya tidak sesempurrna seperti anak-anak lain. Menjaga dan mengasuh anak kurang upaya seperti ini adalah pilihan istimewa dari Allah. Dia insyaAllah adalah ahli syurga. Maka bayangkan dari awal-awal lagi kita sudah bersama seorang ahli syurga. Kalau kita bersikap begini maka menjaganya bukanlah suatu bebanan. Dan saya perhatikan kakak-kakak yang menjaganya juga selalu nampak ceria. Salah seorangnya adalah ibu tunggal. Mereka inilah yang menjadi tulang belakang keluarga. MasyaAllah.Laluan hidup yang Allah kurnia mungkin nampak tidak selesa, tetapi kita harus yakin bahawa keselesaan adalah terpancar dari dalaman.

Ini Ibu dan anaknya yang kurang upaya.

Ini dua anak perempuannya.

Saya perhatikan proses mendekatkan diri pada Allah lebih terjaga kalau kita berada dalam suasana di mana kita menyedari akan ujian Allah. Kata Ustaz orang yang hidup serba mewah dan tidak ada masaalah kadang kala lupa untuk menyatakan kesyukuran atas segala nikmat yang di beri oleh Allah. Lihatlah saja Firaun dalam sejarah tamadun manusia. Dia lupa Allah dan diakhir nyawa hampir terbang baru mahu mengaku wujudnya Tuhan Allah. Al Quran merakamkan peristiwa ini :
" Dan kami memungkinkan Bani Israel melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Firaun dan bala tenteranya, kerana hendak menganiaya dan menindas (mereka)  hingga bila Firaun itu telah hampir tenggelam berkatalah dia : ' Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel, dan saya termasuk orang-orang yang berserah diri (kepada Allah)' "
"Apakah sekarang (baru kamu percaya), padahal  sesungguhnya kamu telah durhaka sejak dahulu, dan kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan."
                              Surah Yunos Ayat  90-91
                          
Firaun tidak mengenal siapa Allah, dan dalam keadaan amat tertekan dia cuma mengatakan apa yang bani Israel katakan. Allah tidak menerimanya. Maka Ustaz saya selalu  mengingatkan agar berhati-hati dalam dalam menjalani kehidupan. Jangan mudah terperangkap dengan kesenangan dan kemewahan. Di dalam alQuran Allah memerintahkan kita memakmurkan dunia dan mencari kekayaan dan kemewahan, tetapi kita ikut sahabat-sahabt nabi saw dalam mencari  dan mengendali kekayaan. Kekayaannya terus diinfakan kerana tangan yang memberi itu lebih mulia.
WaAllahu'alam.

Monday, May 17, 2010

KEHEBATAN CINA

Malam ini saya mengingat kembali lawatan saya ke Cina pada bulan Mac yang lalu. Cuaca masih sejuk ketika itu dan salji masih turun. Apa yang saya terkenang-kenang bukan keindahan alam di daerah luar Beijing, tetapi saya masih teringat-ingat negara yang sehebat ini tidak terpaku dihati pemimpinannya untuk mengakui kebesaran Allah. Benar kata AlQuran, Allah memberi petunjuk pada sesiapa yang dikehendakkiNya. Tiada paksaan  dalam memilih Islam. Namun Allah memberi kita akal fikiran dan wahyu Allah di alam semesta seharusnya membuka minda kita untuk bertanyakan siapakah penciptanya.
Lihat gambar diatas. Ia ciptaan manusia, satu ukiran seni yang menunjukan kehalusan jiwa seni bangsa Cina. Saiz kraf seni ini amat besar seperti tertara di bawah ini. Ia lebih besar dari saya dan suami.

Saya insaf akan kekerdilan akal manusia. Mencari dan membina yang cantik tanpa menyedari ia tidak berkekalan. Saya insaf kerana sifat manusia biasanya berfikaran kecil dan cetek tanpa  merasai kekurangan dan kelemahan yang ada. Kita merasakan kehebatan diri tanpa membandingkan nya dengan kehebatan Allah di sekeliling kita. Maka negara Cina hebat dengan tamadunnya dan hebat dengan kuasa politiknya dimata dunia. Ia ditakuti dan disegani oleh Amerika, walaupun Amerika tidak mengatakannya secara terbuka.
 

Dicelah-celah kehebatan ini saya dikejutkan oleh pemandu pelancung kami yang mengatakan dia sebenarnya seorang Muslim. Beliau fasih berbahasa Indonesia dan mempelajarinya diperingkat University. Ini gambarnya. Disepanjang lawatan kami berbual antara kami mengenai peninggalan Islam bila kami melawat dan solat di Masjid -masjid yang kami dibawa untuk bersolat. Maka tidak hairanlah kami mengapa ia akan melihat kami bercerita-cerita pasal Islam. Katanya dia mula-mula malu untuk mengaku dirinya Islam kerana dia tidak tahu bersolat. Ibu bapanya juga Islam dan dia dan isteri pun Islam. Tetapi setakat ini hanya Islam pada nama dan keturunan. Walaubagaimana pun dalam hati kecilnya saya dapat merasakan ruh Islam masih ada tersisip di dalamnya. Sebab itu dia mengaku dia Muslim.
Tiba-tiba saya merasa bersalah kerana tidak ada usaha saya untuk mengembangkan Islam ke Cina. Rasa bersalah ini makin bertambah kerana di Malaysia pun saya semacam tiada usaha langsung untuk menerangkan Islam pada jiran-jiran saya. Saya berkata pada suami saya bahawa banyak lagi tanggongjawab kita yang belum selesai dan masa yang Allah beri tinggal hanya sedikit sahaja lagi.
Nama pemandu pelancung kami ini ialah Cin Cin. Dia mengatakan di Beijing amat kurang tempat untuk belajar mengenai Islam. Dalam perjalanan kami dia ada menunjukan sebuah sekolah rendah Islam tetapi tidak ada peluang untuk berhenti dan melihatnya. Doa saya semoga saya Allah beri kesempatan dan peluang untuk berbuat sesuatu. Sebelum kami pulang ke Malysia kami tinggalkan apa jua buku dan Risalah yang kita bawa untuk Cin Cin. Kami katakan padanya untuk datang ke Malysia dan semasa di Malaysia selama lawatannya akan kami tanggong percuma. Semoga Allah merealisasikan ini dan dapatlah kami memberinya nanti kitab-kitab bahasa Indonesia yang boleh membantunya.



Sementara itu saya bertekad untuk seberapa upaya menjadi sebahagian dari mereka yang sibuk berdakwah di negara sendiri. Maka saya ikut seorang kawan pergi ke Kota Bahru untuk melaksana projek "Finishing School" yang kami mula rangka dan laksana berperingkat-peringkat. Kami ke AlManar untuk banaat. Ia adalah sebahagian dari Maahad Tahfiz al Quran dan lain-lain pengajian termasuk sebjek akademik. Rupa-rupanya di situ ada pelaja dari negara Cina, Philippines dan Thailand. Saya amat teruja dan kami akan kesana sekali lagi pada bulan Jun untuk terus membantu membina generasi pelapis agar mereka pintar dan soleh. Semoga Allah menurunkan bantuan dan memberkati dan meredhai usaha yang kerdil ini. Amin.

Sunday, May 16, 2010

HOW FAR WOULD YOU GO.....TO WIN



"I would go any distance," said a friend recently as we were discussing about winning and losing in life. " Oh My..", said another friend. "How could you do that?" Her eyes almost bulged out feeling angry to her veins. "Easy now," I said winking my eyes to another friend. "She must be joking," I continued trying to convince this friend that we should not be too serious when discussing subjects like this one, because no matter what we say, there is nothing much that we could do to make a difference.

We were actually talking about the recent decision by the government to legalize football gambling in Malaysia. It made many heads turned  in wrath and disgust. Gambling is clearly forbidden in Islam and if Malaysia claims to be an Islamic country, then why should we allow this to happen. One unlawful thing will lead to another. It may be followed by legalizing illicit sex, prostitution, corruption and perhaps many more. May God forbid. I believe that all religion despise gambling and these other things although many do not care to admit to this openly for fear of being considered as not being open minded and being classified a nerd.

Let us not fall into this hideous trap. Allah Almighty, our Creator and Sustainer, has classified those who do not say what they mean and do not mean what the say  as "Munafiq". (Hypocrites). Hypocrites say one thing, but do another. We can actually fight them with the right will and guidance. Of Hypocrites Allah says:
"Truly, if  the Hypocrites, and those in whose hearts is a disease, and those who stir up sedition in the City, Desist not,We shall certainly stir thee up against them: Then will they not be able to stay in it as thy neighbors, For any length of time".
                               Chapter 33 (Al Ahzab) Verse 60.
                               An English Interpretation  by Abdullah Yusuf Ali.

"The Hypocrites will be in the lowest depth of the Fire: no helper wilt thou find for them;-"
"Except for those who repent, mend (their life) Hold fast to Allah, and purify their religion, As in Allah's sight : If so they will be (numbered)  With the Believers And soon will Allah grant to the Believers a reward of immense value."
                               Chapter 4 (an Nisa) Verse 145-146
                             
As long as we are on this topic for discussion, let us be wary  of what Syaitan (the Devil) has to say on the Day of Judgement:(a Disclaimer)
"And Satan will say When the matter is decided: "it was Allah Who gave you a promise of Truth: I too promised, but I failed in my promise to you. I had no authority over you, Except to call you, but ye listened to me : then reproach not me, but reproach your own souls. I cannot listened to your cries, nor can ye listen to mine. I reject your former act in associating Me with Allah. For wrong doers there must be a grievous Penalty."
                            Chapter 14 (Ibrahim ) Verse 22.
                          
As I remind others, I remind myself and my loved ones that we cannot run away from the truth. Allah is all Knowing.:
"O our Loard, truly Thou does know what we conceal and what we reveal: For nothing whatever is hidden from Allah, whether on Earth or in Heaven."
                             Chapter 14 (Ibrahim) Verse 38.

Allahu'alam.

Monday, May 10, 2010

Oh....What A "Birthday" Lunch !



Alhamdulilah. We are both 63, a week apart, and my dear hubby claims that he is wiser.There is a saying: "a woman is as old as she looks and a man is as old as he thinks".So he thinks he is wiser. Who would argue with that.

My son Azrul took us to Lunch at Sri Thai in Petaling Jaya. Oh...What a lunch. I haven't had so much to eat for a long time that I had a problem of indigestion. My dear hubby said he could go for a second round. My son took the whole family along and here are some pictures we took together. My daughter and family could not be with us as she was in Seremban for the week end. My son Amirul is still solo and we said  that  the next "birthday" bash is on him. May Allah grant us the good wishes for many more years to come. Amin.



Birthday "celebrations" are important for my children and grand children. There are Islamic Fatwas on birthday celebration. Some Fatwa says it is Bid'ah. Therefore we just say its a special lunch. We do not have lunch together often, anyway.

Usually my husband and I mark our birthdays quietly, just like our parents did. Sometimes it passed with little notice.Not that we do not value life or that we are not  thankful for the great blessings Allah has given upon us, but it is just the way our generation look at events in our life. We show gratitude with extra prayers, not just for an extra year of life but for any thing that Allah almighty  has given us, "good' or "bad". If we understand fully about life in Islam, all that happened in life has its positive perspective. Allah is all loving and all merciful and if we care to learn about Islam and fully submit to Him, He will show the way. May Allah guide us all.

Amin.

Sunday, May 9, 2010

SETIAP HARI ADALAH HARI IBU

  IBU.

Ibu................
Aku tidak rela
Hari Ibu hanya sehari setahun.
Yang dipelopori minda Asing dan diikuti berduyun-duyun
Di daerah ini dan di daerah yang menyangka yang Asing itu benar,
Yang Asing itu indah.
Dan ditiru penuh ghairah dan bermegah-megah.


Ibu,
Aku tidak rela
Diajak oleh manusia yang rakus dunia
Mengingati mu, meraikan kehadiran mu hanya sekali setahun
Berheboh-heboh dan sibuk sakan hanya untuk seharian.
Seperti memperkecil pengorbanan mu dan kasih sayang mu,
Yang  sudah diitiraf Allah dan dalam alQuran darjat mu dirakam.
Berulang kali Allah sebut supaya manusia faham.


Ya Allah,
Didikan siapa dan asuhan siapa itu Ya Allah,
Ibu terpinggir dan dipinggir, sunyi sepi seorang diri
Dan diberi perhatian hanya setahun sekali
Dibawakan hadiah-hadiah mahal dan bunga-bunga
Yang dibentuk rapi menawan
Disulami dengan kata-kata manis, lembar lembaran
Yang mungkin sedikit ertinya di sisi Tuhan.


Aduhai Ibu,........
Bagi ku setiap hari adalah hari ibu
Walaupun engkau telah pergi dahulu dan tiada lagi bersama ku
Ku pohon semoga amal bakti ku yang fakir ini
Allah terima juga sebagi amal bakti mu.
Semoga doa mu dahulu mendidik anak yang soleh kesampaian
Menjadi amal ikhlas mu yang berterusan
Di sisi Allah  semoga aku diitiraf hamba sejati
Segala amalan yang kerdil ini Allah terima dan kita kongsi
Untuk bekalan menghadap Allah di Hari nanti.


Saban hari  ku berdoa seperti diajar oleh Allah yang maha tinggi
Amalan harian semasa engakau masih ada hingga kehari ini
Memohon keampunan dan kesejahteraan semoga di alam barzah
Engkau beristirihat menanti hari kebangkitan yang suci
Dalam dakapan Rahmat dan kasih sayang Ilahi
Yang tiada bandingan di dunia ini.

Saturday, May 8, 2010

JANTUNG KU




Sakit jantung bukan suatu yang menarik perhatian jika kita tidak pernah merasai  ada sesuatu yang tidak kena dengan jantung kita. Begitu halnya dengan "jantung ku". Sudah dua kali saya masuk hospital kerana masaalah jantung tetapi kalau kita cerita pada sesiapa secara selamba maka saya perhatikan ia seolah-olah bukan suatu yang perlu perhatian lanjut. Lainlah kalau kita bercerita mengenai sakit kanser atau sakit yang seperti dengannya. Saya pun begitu satu ketika dahulu.

Dua minggu dulu saya buat CT Scan mengenai otak dan jantung saya tetapi di beri tahu oleh Radiologist bahawa cara ini tidak  sesuai dengan keadaan saya kerana dalam sistem saya sudah banyak Calcium Plaque. Sebenarnya saya tidak faham kesemua yang diperkatakan pada saya. Tetapi tidak tahu bagaimana mahu bertanya selanjutnya. Apabila hal itu dilaporkan pada Dr Cardiologist yang mengurus saya, beliau memberitahu saya bahawa saya perlu melalui Ingiogram untuk mengetahui apa sebab saya selalu merasai sakit dada.

Maka pada 6 Mei saya masuk ke hospital untuk menjalani proses ini. Proses bermula lebih kurang jam 9.30 pagi. Setelah pendaftaran saya diarah membuat ECG. Kemudian saya menunggu sterusnya. Pada hari itu saya seharusnya didaftar untuk masuk wad. Tetapi oleh kerana tiada katil yang kosong maka saya pulang ke rumah setelah menunggu hingga jam 5 petang. Sebelum pulang ada seorang Doktor yang bertanyakan hal keadaan diri saya dan ubat-ubatan yang sedang saya  ambil. Itu sahaja dan sepanjang hari saya hanya menunggu, keletihan.

Keesukan harinya saya datang untuk proses seterusnya. Pada jam 8 pagi saya sudah berada di hospital kerana katanya saya akan dapat duduk di wad. Untuk memendekan cerita, tidak ada katil yang kosong hinggalah proses ingiogram itu di buat atas diri saya. Saya dan seorang lagi pesakit duduk di bilik mesyuarat doktor. Ada seperti kursi malas dan kami duduk di situ. Itulah "katil" kami. Kami duduk di situ sebelum dan sudah dibuat indiogram. Kami disuruh pulang jam 6 petang.  Oleh kerana kami pesakit maka tidak banyak usaha yang dapat kami lakukan untuk duduk lebih selesa.. Saya juga mendapat tahu bahawa  masaalah kurang katil untuk pesakit adalah perkara biasa di hospital ini.

Persoalan yang saya ingin kongsikan di sini  ialah mengapa agaknya kita sebuah negara yang kaya dengan hasil mahsolnya masih menghadapi masaalah seperti ini. Pesakit juga terpakasa menunggu lama dari satu proses kesatu proses kerana katanya kita amat kekurangan doktor dan juga dewan bedah. Saya agak kurang faham tentang fenomena ini. Maka saya pun teringat kisah-kisah negara miskin  yang  selalu beperang di mana  bilangan hospital  tidak mencukupi dan demikian juga dengan semua jenis kemudahan peralatan dan perubatan. Ada juga saya rasa insaf dicelah-celah masa yang panjang menunggu giliran. Sekurang-kurangnya saya tidak duduk dilantai. Saya amat mengharapkan ada pihak yang prihatin untuk melihat masaalah ini. Kita tidak dapat merasai masaalah ini, melainkan kita sendiri yang sakit. Tetapi biasanya pihak yang berkuasa membuat dasar mengenai hal ini tidak duduk di atas kerusi seperti saya bila mereka sakit. Mereka boleh mendapat kemudahan yang terbaik dan ada kalanya mereka di rawat di negara-negara maju pilihan mereka. Jika begini sentiasa, maka lambatlah peluang orang seperti saya mendapat perkhidmatan yang memuaskan.

Namun saya bersyukur atas limapah kurniaNya."Jantung Ku" tidak ada masaalah besar. Saya akan terus dipantau dari masa kemasa. InsyaAllah saya akan terus "mengejar masa" dan memunafaatkan kesihatan dan umur yang baki sedikit ini untuk diri saya dan kebajikan orang lain. Saya akan cuba melaksana perintah Allah supaya menjaga pertalian dengan Allah dan menjaga  pertalian sesama manusia. Justeru saya berdoa semoga Allah akan sentiasa menolong. Bulan depan dengan izinNya, saya dan kawan akan ke Sri Langka untuk membantu gadis-gadis Islam disana yang miskin dan terpinggir dan dipinggirkan. Kami akan membawa jurulatih kraftangan untuk memberi peluang dan ruang kepada mereka  mempelajari kraf yang berkaitan dengan manik dan batu permata. Sri langka memang kaya dengan batu-batu permata. Semoga orang-orang Islam di sana dapat munafaatnya.
Itulah antara  hasrat "Jantung Ku" dan semoga Allah memberkati usaha yang kecil ini. Amin.

Wednesday, May 5, 2010

".....JUST FOR MY EXTENDED FAMILY"


This picture is for my children, my nieces and nephews, for  my children,
grand children and all down the line in the family tree.
This picture was taken in 1962  when my father and mother were going to Hajj by ship  through Singapore.
Sitting from left: my eldest sister, Safiah - my father, my mother, my second eldest seister, Saadiah.
They are all deceased. May Allah have mercy on them.
Standing from left: my sixth sister Ramlah, my only brother (just above me) Amat Suyoto, Me, my fourth sister, Suilah and my fifth sister, Sutiah.
I am the youngest and my third sister (not in picture) Suriyani passed away when she was five years old.
In this picture none was wearing the hijab. May Allah forgive us all. Malaysia had just gained her Independence and dakwah was few and far between.
This is the only picture of my father for the record. He passed away in 1964.
My mother passed away in 2004.
May Allah bless us all. Amin.

Tuesday, May 4, 2010

"DARE TO BE DIFFERENT"




The Al Manar Girls I came to know last Friday touched my heart. In a rather remote village in Pasir Putih, Kelantan, these girls are clad in traditional muslim outfit but in no way are they restricted in movement. They moved about gracefully, yet robust when they played  their favorite ball game of 21 throws. The lush green surrounding their hostel grounds adds grandeur to the living environment, and the girls learn to value what God has bestowed upon them.



I came to visit this secondary school at the invitation of Datin Noraini, the lady who relentlessly motivates them to be high achievers in striving for success not only academically but also spiritually. Their 'battle-cry' is "we are the best among the best, AllahuAkbar", and they said it out with resounding conviction.

WITH DATIN NORAINI, THE PRIME MOVER
They have learned to be different and they "dare to be different". Their school (Al Manar for Girls) may not be well known among Malaysians and may not be the choice of most Malaysians, but that does not derail their determination to be what they ought to be as Muslims. The fact that  the school is located far from the city centre does not  dampen their will to strive hard to be proficient in the Quranic studies and at the same time perform well in the academic  subjects. However, this does not come easy. Like all teenagers they want freedom and friendship and fashion and fun. Datin Noraini redefined the meaning of freedom, friendship, fashion and fun in the context of Islamic Laws. There might be tears and discomfort to fall in line, but regular meetings and heart to heart sessions with them make a difference. They begin to learn the meaning of sacrifice and resilience, and  they learn to internalize the meaning of divine love and affection.


 As they go through the demanding requirement of  rather rigid scheduling of activities such as timely presence in class, timely daily prayers in congregation, nightly school homework  and predawn prayers (tahajjud), they are also "taught"  how to "take it easy". The teachers are quite understanding and the girls are capable of learning  and accepting the difference between what they want and what they need.  Datin Noraini has a magical way of coaxing the girls to learn and accept the fact that if we do things sincerely  in the name of Allah, difficult things will become easy and complicated problems will somehow  workout well at the end. 

There are many more things to learn and many more "lessons in life" to be digested. But these girls are high spirited when we left them late on Saturday. We will be visiting them again later this month and we hope to iron out any problem, personal, family, social and otherwise.  Rome was not built  in a day and our hope is that  the girls will one day walk tall, at par with other school graduates in terms of paper credentials, but spiritually strong to face challenges in life. May Allah help them and help us all the way. 
Amin.

Related Posts with Thumbnails