"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, June 27, 2017

Bahagia Syawal....



Ini sahaja kenangan diawal pagi Syawal 1438H.
Anak-anak yang lain sibuk dengan urusan yang lain.
Begitulah laluan hidup.
Tiada sesuatu yang sentiasa sama.

Alhamdulullah, kesyukuran yang tidak terhingga.
Allah masih kurnia yang terbaik disisiNya.
Cuma hamba-hambanya cari kepuasan cita rasa hati
walaupun munafaatnya masih belum pasti.

Sepanjang Ramadhan berkejaran mencari cari
Semoga Redha Allah menghampiri
Hati yang belum jitu tunduk mohon doa Allah ampuni.
Khuatir tindakan fikir dan buat tersalah sasar hanya untuk diri.
Untuk bertemu Allah, perhambaan Hati harus suci
Menepati janji
Benar aku bersaksi....seperti ayat ini:


A172
Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

Salam Eididul Fitri.

Image result for taqabbalallahu minna wa minkum in arabic

Image result for eid greetings in arabic


......

Monday, June 26, 2017

"Farewell Dear Ramadhan...."





DEAR RAMADHAN.....

WITHOUT YOU NOTHING MATTERS,
WHEN WITH YOU, NOTHING ELSE MATTERS.

MAY ALMIGHTY ALLAH GRANTS US
ANOTHER OPPORTUNITY TO BE TOGETHER AGAIN
AND MAY HE ACCEPTS OUR BEAUTIFUL MOMENTS TOGETHER
AND GRANTS FORGIVENESS
AND BY HIS GRACE ACCEPTS OUR SOULS STRAIGHT
 INTO JANNATUL FIRDAUS.

ALLAHUMMA AAMEEN.


......

Wednesday, June 21, 2017

Dari jendela rumah ku.........




Esuk in sya Allah 27 Ramadhan.
Foto ini 5 hari dulu saya rakam dari bilik mandi saya.
Bila mendung dan hujan, tidaklah kelihatan begitu.
Maka hidup ini pun demikian.
Semoga di malam-malam akhir ini doa kita Malaikat
 angkat naik ke langit,
dan Allah kurnia kita dan keluarga dan teteman kita
 yang terbaik di sisiNYA.



Prinsip menulis ialah kita mesti ada sesuatu yang mesti ditulis yang dapat memberi munafaat pada  pembaca. Eluknya kita tidak menulis
 kerana hanya semata-mata mahu berkata sesuatu.

Tetapi kali ini saya menulis hanya mahu berkata sesuatu.
Santai sahaja. Di atas ini teteman saya bertadarus di Masjid
 pada Ramadhan ini.
Rasa terharu dapat teteman yang punya keterbukaan minda dan tidak rasa tercabar bila menerima teguran dalam pembacaan,
dan juga dalam berbincang sesuatu isu dan pendapat. 
Sentiasa riang dalam saling memberi dan menerima.

Alhamdulillah.
Saya sayang teteman saya ini. Mereka memberi inspirasi
 pada saya supaya banyak bertenang.
Jangan mudah tergugat bila mendapat berita yang
 kurang enak didengar.
 Bagus sikap teteman saya ini.
Saya bukan orang yang baik tetapi saya mahu jadi baik.
 Semoga Ramadhan ini membawa Rahmat
 dari Allah yang tidak terhingga. Aamiin.

Semoga berjumpa lagi tahun hadapan.


.....

Sunday, June 18, 2017

Rasa 'Elitist" dalam bertadarus.....

Image result for tadarus alquran ramadhan


Tamat sudah sessi bertadarus bulan Ramdhan Kareem
 bagi Masjid saya. Mungkin ada yang akan 
berterusan bertadarus setiap minggu. 
Kumpulan saya tidak Khatam kerana antara sebabnya
 ialah kami membaca terjemahannya sekali
dan berbincang berkongsi Ilmu antara ahli kumpulan.
Apa pun, Alhamdulillah Allah masih beri peluang dan ruang.
Maka di Ramadhan kali ini kami ikut menamatkan 
sessi  bersama dengan mereka yang
 tamat membaca satu alQuran.





Kenangan ahli kumpulan yang hadir di Majlis.

Majlis penangguhan Tadarus diadakan agak meriah sekali dengan bernasyid dan pemberian cenderamata oleh Masjid.
Hadiah bunga telur pun ada. Budaya Melayu diselitkan juga.
Saya senyum mencari makna kesemuanya.

Saya tidak mahu banyak bicara dan ikut sahaja.
Cuma ada yang rasa sedikit terkilan kerana ada yang tidak dapat masuk dalam kumpulan Tadarus ini kerana ada
 syarat-syarat yang ditentukan.

Antara syaratnya ialah peserta mesti komited untuk hadir
bertadarus sekurang-kurangnya separuh dari hari-hari yang ditentukan. Ini dengan sendirinya menghalang kaum muda yang 
jadual hidup hariannya tidak menentu.
Maka ramai peserta adalah mereka yang sudah bersasara.
Syart yang agak ketat juga ialah peserta harus sudah lancar membaca dan tahu ilmu Tajwid yang mencukupi. Jika tidak
akan timbul masaalah kelangsungan dalam bertadarus.

Sekali imbas ini syarat-syarat yang baik. Tetapi jika kita lihat dari segi mahu memasukan ahli baru untuk berjinak-jinak dengan alQuran, ini menjadi penghalang yang agak besar.
Bila pula yang pandai mahu memberi "tips"
dan berkongsi ilmu pada yang kurang pandai.
Kalau begini caranya, yang kurang pandai akan rasa malu dan mungkin akan mengundurkan diri. Sayang......

Maka akan ketinggalanlah ahli yang muda atau yang tua tetapi masih rasa belum yakin dengan diri dalam bacaan.
Saya berpendapat kita harus bersikap "inclusive' jika kita mahu mengembangkan Tadarus sebagai satu disipiln keilmuan.
Bertadarus tidak mesti kita "Khatam" baru dikira
berjaya dan baru dikira amalan yang baik dalam bulan Ramadhan.
Kita harus lebih memahami mengapa alQuran diturunkan di bulan Ramadhan. Semoga tidak meras berpuas hati semata-mata
 kerana boleh tamat membaca dan mencapai target "Khatam".

Saya suka menyambut saranan "merapatkan saf".
Yang kurang pandai kita bantu jadi pandai semoga Tadarus menjadi salah satu wasilah penyatuan Ummah.

Semoga kita dapat berfikir-fikir.
Kan kita mahu ke Syurga bersama-sama,
bukan sahaja keluarga tetapi semua teteman dan sahabat handai.
Mohon Hidayah dan Taufik dari Mu ya Rabb.....


.......


                                                         
                                                                           

Wednesday, June 14, 2017

Bicara Ramadhan...Sudah melepasi peringkat itu ???





Bagi generasi saya perjalanan ini sudah hampir ke penghujungnya.
Sudah hampir tidak ada tempat perhentian di daratan
 atau di lautan.




Rasa sayu dan takut melihat hampirnya tirai dilabuhkan. 
Sesekali rasa tenang tetapi selalunya rasa haru kerana memikirkan banyak yang tersilap laku dan banyak yang belum dibuat dan yang belum selesai dalam mencari jalan membela diri bila sampai ketikanya nanti....satu ketika 
yang tidak seorang pun yang dapat membantu.
Hanya Rahmat Allah sahaja yang kita harapkan.

Maka bila bertemu seorang teman di masjid sambil menanti Maghrib, saya secara santai menyatakan sedihnya rasa dihati Ramadhan akan berlepas lalu.
Timbul cerita mentaddabur alQuran kerana waktu ini itulah yang suka didengari. Saya kataka bahawa saya tidak banyak menghadiri majlis Ilmu kerana kederat diri yang makin berkurangan. Tiada tenaga untuk berkejaran mencari majlis ilmu yang  jauh dari tempat kediaman. Saya katakan padanya saya suka buka utube dan ikut Ustaz Nouman Ali Khan.

Belum sempat buka bicara pun, teman saya sudah mengatakan:
"Oh I have passed that stage. He lacks depth...."
Terkejut saya tetapi saya diam dan mendengari katanya bahawa dia suka  Ustaz....  sebab dia lagi mendalam ilmunya.

Nouman Khan bertutur dalam Bahasa Inggeris dan saya gemar mengikutinya atas sebab utama. Dia mahir berbahasa Arab dan Bahasa Inggeris.
Maka saya selalu mencatat  nota untuk saya kongsikan dalam group WA antara kaekawan bukan Melayu yang belum masuk Islam.
Mereka berbahasa Inggeris dengan saya.
Ada seorang dua kekawan saya yang 'atheists' dan 
berhujah dengan saya dalam WA.
Pada saya pencerahan ilmu oleh ustaz Nouman Khan 
sangat berkesan kerana ia memahami
 Bahasa Arab dengan mendalam. 
Teman saya ini tidak mahir langsung dalam Bahasa Arab dan
 saya rasa terkedu bila ia mengatakan:
 Saya sudah melepasi peringkat itu.
Dia mengatakan dengan nada yang dia tidak hairan dengan
 kebolihan Ustaz Nouman Khan.....Subhanallah.

Saya diam sahaja kerana bukan tempatnya untuk berbicara panjang dan mendalam. Walau apa pun saya berpendapat kita tidak seharusnya berkata demikian kerana Ilmu Allah ini amat luas dan setiap Ustaz ada kepakarannya.
Jangan kita rasa ujub diri dengan mengatakan: "saya dan cukup".

Maaf saya berkongsi fakta ini kerana saya ada beberapa kenalan bila saya WA sesuatu yang saya rasa baik, dia akan mengatakan: Saya dah tahu..."
Dari segi adab mencari Ilmu itu tidak "sopan". Kerana seolah-olah
ia mengatakan ia sudah banyak Ilmu. Walhal isi alQuran itu hanya
Nabi Muhammad sallahualaihiwasalam sahaja yang tahu 
sepenuhnya isi kandungannya.
Kita tidak tahu lalu mana Allah swt mahu mendidik hati kita.

Subhanallah,  Allahuakbar....



.....

Monday, June 12, 2017

Ramadhan, Tabah @ 82......






Ini kakak saya. Tinggal sendiri, berseorangan......
Sudah Ramaghan yang ke 17.....
Dalam umur yang begitu lanjut dan bersaorangan ia masih tabah, sabar dan bersikap positif. Dia sering kata jika  kita  yakin dan redha atas segala ketentuan Allah, maka pertolonganNya amat dekat. Ma Sya Allah !

Anaknya tinggal berhampiran, namun ia suka membuat kerja hariannya sendiri. Suami sudah lebih dahulu meninggalkannya. Dalam umur sedemikaian ia bolih dikira sihat. Alhamdulillah. Tetapi ada kalanya dia terpaksa diperbaringan kerana semam, sakit perut atau sebagainya. Baru-baru ini dia sakit di kaki dan doktor kata itu tanda-tanda ia mula diserang gaut. Nadanya tenang bila bercakap di telefon dengan saya. Saya selalu menghubunginya kerana itu sahaja yang saya mampu buat dari jauh.

Seorang kakak (77 tahun) yang tinggal tidak jauh darinya selalu mengunjunginya untuk berkongsi apa jua cerita diri dan keluarga yang harus diberi tahu. Kata kakak saya yang sedikit muda ini  ia amat khuatir tentang gautnya kerana ia susah berjalan dan sedikit sukar untuk memasak makanan hariannya. Dan ini bulan puasa. 

Dia tidak mahu menyusahkan sesiapa.  Itu perangainya yang saya kagumi. Apa pun dia akan buat sendiri selagi kederat Allah izinkan. Maka saya dan kakak yang sedikit muda itu berpakat untuk mencari sesaorang yang bolih masak dan menghantarkan ke rumahnya. 

Pasti kakak saya tidak setuju kerana dia masih bolih berdikari....katanya. Namun kami senyap- senyap  minta seorang jiran muda yang tinggal berhampiran memasak lauk yang kakak saya suka......sedikit selang sehari atau dua hari. Jiran ini dengan riang hati setuju kerana sudah lama mengenali kakak saya ini. 

Kakak saya seronok dilayan demikian. Dia memang suka masakan air tangan jiran ini. Sesuai dengan cita rasa seleranya. Dia tidak syak bahawa ini satu cara kami membantu hidup hariannya. Kalau dia tahu pasti dia tidak selesa. Jiran ini pula melayannya tanpa memberitahu cerita disebaliknya. Kami mahu membayar usaha mulia yang ia buat pada kakak saya, tetapi ia enggan menerima. Ma Sya Allah. Sungguh murni hatinya.

Ini sudah berlaku dalam Ramadhan ini dan mungkin juga akan berterusan mengikut keadaan. Allah jua yang maha kasih sayang pada hamba-hambanya. Ramadhan bulan amat istimewa. Allah menurunkan Rahmaynya yang tidak terhingga tanpa disangka-sangka.

Alhamdulilah....sedekah amat tinggi nilainya disisi Allah. Semoga usaha jiran saya Allah berkati dan rezkinya melimpah ruah kerana sukarela membantu mereka yang memerlukan. Anaknya juga membatu sedaya upaya kerana kesibukan tugas hariannya dengan anak-anak kecil dan dia tidak tahu apa yang kami usahakan ini. 

Allahuakbar......


.........

Thursday, June 8, 2017

Jangan rugi macam saya rugi......


Hari ini Ramadhan yang ke 13. Alhamdulilah. Saya ingin kongsikan rasa sesalan kerana tidak jaga makan dan pemakan sejak muda. Saya kes diabetik yang agak serious dan sudah 2 kali tidak dapat menghabiskan puasa kerana Hipo.....gula dalam darah terlalu rendah. Doktor saya sudah maklumkan saya untuk tidak berpuasa bila hipo kerana bahaya kena stroke.

Saya rugi kerana tidak cukup hati-hati menjaga kesihatan. Maka sukalah saya saranankan supaya serious dalam memilih jenis makanan semoga sentiasa sihat. Jangan rugi macam saya rugi.

Satu perkara lagi saya rugi. Semasa saya bekerja dahulu pun saya tidak ambil pot/kisah untuk menganggotai mana-mana NGO sebagai wasilah untuk berkhidmat pada masyarakat dan ummah secara teratur. Kini kederat fisikal makin hari makin berkurangan. Saya berfikiran waktu itu bahawa saya akan aktif bila bersara nanti. Tiada siapa menasihati saya bahawa bila bersara kesihatan akan menjadi penghalang untuk aktif dan masa menjadi berkurangan kerana digunakan untuk berehat dan merawat bila kesihatan tergendala. Saya berpeluang hanya sedikit menjadi sukarelawan Aman Palestin secara tidak rasmi dan membantu dalam aktiviti FUND RAISING sejurus selepas bersara. Saya juga menjadi ahli biasa dalam Persatuan Mawadah Malaysia, tetapi hanya seketika membantu dalam mencari dana untuk membiayai aktiviti sosial.

Rugi rasanya.....

Saya rugi maka saya nasihatkan anak saya dan anak-anak buah saya untuk aktif dalam NGO yang komited membantu masyarakat dan ummah secara umumnya. Jangan tunggu bersara dari kerjaya. Jangan abaikan waktu muda.

Waktu muda saya juga kurang aktif menimba Ilmu untuk memahami Islam lebih mendalam dan meningkatkan amal soleh dalam kehidupan. Saya berumur 30 atau 31 tahun apabila saya memaksa diri membaca terjemahan alQuran dalam bahasa Inggeris untuk pertama kalinya. Mungkin dalam tahun 1979 atau 1980. Sudah lupa bila. Lepas itu barulah terdorong sedikit-sedikit untuk memperbaiki diri. Proses yang amat perlahan bila saya lihat kembali sekarang. Tidak cukup tumpuan.

Saya rugi maka saya sentiasa mendorong pegawai dan staf saya semasa saya masih bekerja supaya berusaha untuk mula awal dan tekun mempelajari Ilmu Islam kerana ia sangat luas. Saya didorong oleh seorang teman untuk mengambil Diploma Pengajian Islam di UKM pada tahun 1985-1987. Saya turuti nasihatnya. Tetapi kemajuan saya amat lembap sekali. Hingga kini pun saya hanya tahu sedikit sekali.

Saya rugi......

Banyak yang saya rugi.....
Dalam usaha menginfakan masa dan tenaga dan wang ringgit juga saya amat ketinggalan kerana tidak memahami ibadah membantu sesama insan dan ambil peduli juga kepada haiwan yang Allah tuntut dalam alQuran. Saya cuba mengubah haluan apabila saya dengari Ustaz dalam kelas yang diaturkan. Ayat dibawah ini membawa kesan pada fikiran. Memberilah sebanyak yang mungkin walaupun sendiri kesusahan. Berat dan saya heret kemahuan. Semoga Berterusan.


A133

Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;
(A-li'Imraan 3:133) |


A134
Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;
(A-li'Imraan 3:134


Banyak sekali yang saya ingin kongsikan akan perihal kerugian. Ada sedikit kesenangan Allah berikan tetapi lagha membazir masa yang kini hangus ditelan usia zaman. 

Sesalan.....

Tetapi tidak mungkin semuanya saya ceritakan. Cukuplah setakat ini untuk pengajaran.

Dalam Ramadhan ini semoga Allah mengampuni segalan kekurangan dan kelemahan dan segala dosa yang amat berat timbangan. Saya rugi dalam banyak hal, yang tersembunyi dan yang nyata. Semoga Allah tutup aib kesalahan. Semoga Allah masih mengurnia ruang dan peluang untuk berkorban demi Kebenaran. Taubat nasuhah semoga dapat saya lakukan berterusan dan Taufik dan Hidayah dari Allah saya pohonkan. Tidak tertebus segala kesalahan. Hanya limpah Rahmatnya yang diharapkan semoga hidup ini Allah corakkan berlainan dan jalan mencari Redhanya sentiasa Allah dorongkan. Semoga di akhir nanti api neraka Allah hindarkan dan Syurga Firdaus Allah kurniakan dengan Rahmatnya yang tiada tepian dan mendapat kebahagian yang berkekalan.

Aamiin ya Rabb...



.....

Friday, June 2, 2017

Mengapa hanya baca surah Yaasiiin......

Image result for imej surah yasin alquran


Alhamdulillah. Hari ini Jumaat, Ramadhan yang ke tujuh,
 1438 Hijrah.
Semalam saya bertadarus alQuran di Masjid.
Usai Tadarus saya minta pandang kekawan mengapa dikalangan ahli masyarakat kita hanya suka membaca surah Yaasiin.

Apa jua acara "keagamaan" pasti bacaan yaasiin akan diatur
 dan di gabungkan dengan bacaan Tahlil.
Kebiasaan berbuat demikian menjadikan ramai yang terpaut hati hanya pada Yaasiin dan di Kampung saya di Pontian 
Majlis Yasinan tidak asing sekali.

Ramadhan adalh Bulan dimana Allah menurunkan alQuran.
Saya ulang rakam ayat ini.


A185
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.



Selain dari kewajiban berpuasa Allah memfokus pada alQuran
yang memberi Petunjuk pada sekelian manusia.
Maka di bulan Ramadhan ini saya sangat terpanggil supaya kita memfokus juga dalam amalan soleh kita untuk meningkatkan pengetahuan kita mengenai alQuran, mempelajari cara pembacaan, mentadbbur dan berbagai lagi aktivi yang perlu dilakukan untuk memastikan semua gerak perilaku kita wajib berasaskan apa yang Allah nyatakan. 

Maka selain dari Yaasiin kita harus mengambil berat semua ayat-ayat
yang diturunkan.....memahaminya dan melaksanakannya.

Ada kekawan saya yang mengatakan bahawa surah Yaasiin 
adalah surah yang "power". Tiga kali baca dapat ganjaran seperti membaca sempurna keseluruhan alQuran. Ada hadith yang mengatakan demikian tetapi tidak bererti kita memfokus sahaja pada Yaasinn kerana Ayat-ayat Allah semuanya"POWER".

Dalam Ramadhan kali ini di Masjid saya, acara sebelum berbuka
 puasa bersama-sama, Masjid mengaturkan bacaan
 surah Yaasiin dan Tahlil beramai-ramai.
 Ada yang berbeza pendapat...iaitu mengapa tidak kita 
baca juga surah yang lain-lain dan selepas itu kita berdoa
 sungguh-sungguh kerana waktu sebelum berbuka puasa itu waktu yang amat baik untuk berdoa apa sahaja
 dan Allah mendengarinya.
Masjid boleh mengajarkan doa-doa yang bagus untuk diingati ,
 dan ahli qariah yang belum mahir (termasuk saya) 
akan dapat munafaat
yang baik untuk dipraktikan.

Saya yakin jika kita memahami alQuran seluruhnya,
 Ibadah Puasa (dan semua ibadah yang lain-lain)
menjadi suatu yang mudah sekali untuk dipatuhi.

WaAllahu'alam.
Semoga Allah sentiasa menunjuki jalan dan kita sentiasa 
dipelihara atas jalan yang Benar.
Aamiin ya Rabb....


......
Related Posts with Thumbnails