"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, June 29, 2009

dari Embah ke Huzaifah - - - dari hal sakit yang dimunafaatkan

Hari ini Embah ke hospital University Malaya. Dah 15 tahun lebih Embah keluar masuk hospital. Ada yang periksa biasa ada yang kena masuk wad. Embah rasa Embah sehat tapi bila pereksa ada yang tak kena. Sekarang ini Emabah selalu cerita pada kawan-kawan ," I am a high flier". Kalau kawan tak biasa, dia ingat Embah nak bermegah. Lepas Embah kata Embah ni semua penyakit moden Embah ada, dia gelak lah.

Dulu Embah di Hospital University Kebangsaan. Satu hari Embah masuk Emergency di hospital University Malaya sebab jantung berdebar kuat. Lepas tu Embah terus di Hospital University Malaya. Tapi macam sama saja. Tunggu berjam-jam baru dapat layanan yang sebenar. Ada orang simpati dengan pihak hospital sebab mereka faham. Katanya sebab kurang doktor. Embah macam tak boleh terima sebab Embah tahu Malaysia ni negara kaya. Semua ada, terutamanya kaya dengan minyak. Hasil minyak kemana? Takkan tak boleh latih ramai lagi doktor. Budak pandai-pandai ramai betul. Tiap-tiap tahun yang dapat 10 'A' lepasan sekolah menengah hampir macam tak terkira. Embah macam nak menangis kalau fikir-fikir panjang sebab rakyat sederhana dan rakyat miskin macam Embah ni seperti kerajaan tak nak ambil tahu kesusahan di hospital. Malaysia ni kaya. Kemana agaknya kekayaan itu.

Kenapa juga agaknya orang-orang yang sangat kaya tak berkongsi kekayaan. Agaknya kongsi dengan orang lain, bukan dengan orang macam Embah.Ujai dewasa nanti, Embah harap Ujai akan suka berkongsi, waktu senang atau waktu susah. Bukan kejayaan kalau kejayaan itu tak boleh dikongsikan. Allah suka orang yang menginfakkan hartanya ketika senanag dan susah. Ujai tengok al Quran Surah 3, ayat 133 dan 134 yang bermaksud "dan bersegerlah kamu kepada keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang luasnya segala langit-langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang yang menginfakkan hartanya pada masa senang dan susah dan orang-orang yang menahan kemarahan dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang, dan Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik".

Dulu masa ada Allah Yarham Mak Tua, sangat sedih kalau tunggu lama. Waktu itu Embah hantar Mak Tua Hospital swasta di Johor Baharu. Bukan Embah kaya. Tapi sebab nak rai Mak tua, tak apa lah. Buget untuk sendiri Embah kurangkan lah. Esuk bila Ujai dewasa, Ujai pun buat macam tu pada Ibu dan Ayah. Kenalah rai orang tua-tua.

Sebenarnya hari ini Embah ke hospital sebab Embah ada temu janji dengan jururawat untuk ambil darah untuk nak di analisa esuk bila Doktor Jantung jumpa Embah. Embah volunteer untuk jadi bahan kajian sejenis ubat untuk kawal kecairan darah supaya tidak menggangu perjalanan jantung. Jadi pemeriksaan ini ada dua fungsi. Satu untuk kawal perjalanan jantung dan kedua untuk tahu sama ada ubat yang Embah makan itu sesuai. Doktor kata ubat itu ubat baru dan belum pernah diguna di Malaysia. Kawan Embah kata kenapa Embah nak jadi alat macam "Guinea Pig" ? Embah kata jangan kata begitu. Embah anggap Embah menyumbang pada perkembangan medical science. Kalau tak ada orang nak volunteer, macam mana orang selepas Embah boleh dapat munafaat dari ubat itu? Dengan lain perkataan, Embah ni munafaatkan penyakit Embah. Orang pandai munafaatkan ilmunya, orang kaya munafaatkan kekayaannya. Jadi Embah sebab sakit, Embah menafaatkan lah sakitnya. Logik tak? Embah mohon pada Allah ini jadi satu amal jariah yang Embah boleh dapat ganjaran di akhirat nanti.

Itulah perihal cerita sakit Embah. Sakit jantung Embah disebabkan darah tinggi dan kencing manis yang Embah dan lalui 15 tahun dahulu. Ujai selalu-selalu doa untuk Embah bila dewasa nanti semoga semua ini Allah lihat Embah sebagai orang yang sentiasa redha atas segala ketentuannya.


Saturday, June 27, 2009

PERSATUAN ALUMNI UNTUK APA DAN UNTUK SIAPA







Soalan di atas pastinya menyinggong perasaan setengah ahli Alumni. Kenapa baru ini mahu bertanya dan mahu mempersoalkan. Maaf sebelum keterlanjuran kata. Tujuan catatan ini adalah semata-mata berfikir sendiri dan bertanya pada diri sendiri.

Selepas tamat peringkat Ijazah dari Unuversity,dan kemudian menjadi ahli Alumni murid tua sekolah atau kolej, rasanya seperti hebat kerana seolah-olah menjadi ahli persatuan elite. Dari mana dapat perasaan itu pun kini tidak tahu. Ketika itu hanya tahu rasa seronok bila berjumpa kembali rakan-rakan lama di peringkat sekolah menengah atas. Yang tidak ke University biasanya tidak menjadi ahli persatuan seperti itu. Sebab itulah agaknya rasa hebat. Alangkah melesetnya jika diimbas kembali masa yang lampau. Dulu tidak pernah terfikir tanggongjawab pada masyarakat sebenar-benarnya. Hanya soal prestige yang difikirkan. Alangkah jahilnya!

Dewasa ini, umur telah sampai kepenghujungaan, dan masih menjadi ahli Alumni, terfikir apa pulak yang hendak diseronokan. Nampak macam Persatuan Alumni yang diri ini jadi ahli tidak punya apa-apa objektif yang nyata selain dari hal-hal silaturrahim, kebajikan dan networking jika sesaorang itu masih meneruskan kerjayanya diumur yang sudah sampai kepenghujungan ini. Ada setengah pendapat aktiviti Alumni di peringkat umur sebegini adalah penting supaya minda sentiasa aktif dan akan dapat mengelak kemurungan.

Bagi Alumni yang majority ahlinya beragama Islam, terfikir pulak nak bertanya, "apa selepas ini". Soalan ini ingin ditanya kerana mata sudah kabur, rambut sudah gugur, lutut sudah kendur dan ingatan makin hari makin tidak teratur. Ada pendapat fikiran seperti ini adalah fikiran negatif, dan jika ingat pada mati dan kematian pula itu dikira 'very fatalistic'.

Mati adalah hakikat yang mesti difikirkan dengan serious. Bertemu Allah bukan suatu yang ringan. (That is the moment of truth). Mungkin persatuan alumni harus juga mengaturkan aktiviti kearah ini. Kalau berjumpa tidaklah lagi asyik gelak ketawa, menyanyi berdansa seperti dulu kala dan tidak seutus ayat yang dilahirkan untuk ahli "bawa ke sana". Sudah 60 ke 70 tahun hidup, kenapa masih belum mahu bercerita tentang mati. Cerita tentang takut mati dan bebincang tentang ubat-ubatan sering sekali, seolah-olah kalau badan sihat, hidup bahagia, Mati masih boleh ditunda.

Persatuan Alumni diharapkan mengubah senario hala tuju agar sentiasa relevan pada semua ahli hinga keakhir hayat. Alumni harus ada perjuangan untuk menegakkan kebenaran yang sebenar-benarnya. Jadi kalau ahli sudah uzur sekali pun ia tetap akan menyumbang masa , wang dan tenaga untuk persatuan ini. Amat 'pathetic" kalau melihat seorang ahli umur tujuhpuluhan memegang jawatan dalam persatuan yang aktivitinya tidak menjurus kearah mendapat redha Ilahi. Masih mahu bersantai dan tenggelam dalam keselesaan dan seolah-olah mahu abadi di sini.

Catatan ini semoga dapat menjalin sentuhan hati, dan semoga doa ibu dan ayah tersayang yang telah besemadi menjadi ganti pengawasan diri, dan Allah merahmati agar di sana nanti kita dikurnia kesejahteraan yang sejati, Amin.


Thursday, June 25, 2009

DARI EMBAH KE HUZAIFAH -- GANAS DAN KEGANASAN



Hari Ahad 28 Jun 2009 ini Embah akan memberi ceramah singkat mengenai Keganasan Rumahtangga pada satu kumpulan ahli masyarakat yang difikirkan perlu didedahkan dengan masaalah ini agar mereka mendapat kefahaman yang mencukupi untuk membolehkan mereka mengambil tindakan yang sewajarnya jika keganasan berlaku kepada mereka atau kepada orang-orang yang dekat dengan mereka. Perihal keganasan rumahtangga ini sering diperkatakan di mana-mana dan berbagai pertubuhan sukarela tampil kehadapan untuk membantu mangsa-mansa keganasan seperti ini. Pihak kerajaan pun menubuhkan berbagai Jawatankuasa bertindak untuk membendung masaalah masyarakat yang Embah rasa makin hari makin bertambah buruk keadaannya. Embah tak tahu mungkin sudah ada penyelidikan yang dibuat untuk mendapatkan fakta-fakta yang tepat dan penguatkuasaan undan-undang yang lebih berkesan.

Apa yang Embah nak cerita pada Ujai supaya bila Ujai dewasa nanti dapat memahami masaalah ini dan dapat membantu membenteras bibit-bibit yang boleh membawa kepada tercetusnya keganasan ini ialah fakta kerukunan rumahtangga. Keganasan boleh berlaku di mana-mana dan kekejaman pun boleh berlaku di mana-mana. Cuma bezanya keganasan rumahtangga ini ditekankan ialah kerana orang-orang yang terlibat adalah ahli keluarga juga dan biasanya seorang suami yang berlaku ganas pada isterinya. Atau ibu bapa atau penjaga yang ganas pada anak-anaknya.

Siapa yang terlibat, siapa yang menjadi akibat dan bagaimana gejala sosial seperti ini boleh berlaku hingga keperingkat yang membimbangkan telah banyak dianalisa. Fakta seperti kemiskinan, kurang pengetahuan, kejahilan, masaalah kesihatan psikologi dan lain-lain yang berkait dengannya pun sudah banyak kali diperkatakan. Embah musykil kenapa hal ini terus berlaku walaupun pihak-pihak seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Polis, Hospital dan Jabatan Guaman telah menjalankan tugasnya dengan baik sekali dalam keadaan kemampuan yang terhad dan kekangan-kekangan yang belum dapat diselesaikan.

Embah pun terfikir adakah kerana pendekatan dan staregi dalam menyelesaikan masaalah ini tidak holistik atau adakah kerana belum cukup 'passion dan compassion' dikalangan kumpulan kerja yang terlibat yang menyebabkan masaalah ini seperti satu tindakan ibarat melepas batuk ditangga. Dalam ilmu Embah yang amat terhad dalam bidang ini, Embah merasakan pendekatan kita seperti tindakan berbentuk 'corrective' diperingakat yang menjadi mangsa. Semacam belum ada usaha yang serious dan sepadu dalam menangani isu ini diperingak punca (at source). Jadi Embah rasa kita bertindak seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat. Dengan lain perkataan, kita menangani ' symptom' tetapi tidak dalam waktu yang sama menangani sabab-musababnya. Jadi walau sangat baik sekalipun usaha kita diperingkat bawah tetapi jika tidak mengambil kira diperingkat atas atau punca, maka masaalah ini akan berterusan.

Nanti bila Ujai dewasa dan Ujai punya peluang untuk melihat dasar-dasar kerajaan atau nilai-nilai masyarakat, Embah harap Ujai dapat berbuat sesuatu atau menyumbang sesuatu ke arah membentuk akhlak manusia yang sempurna seperti contoh-contoh yang kita lihat pada Rasulullah saw. Ujai mesti mula dengan diri Ujai dan jadikan sahabat-sahabat nabi sebagai role-model. Kalau Ujai jadi pemimpin, pegang pada janji dan tanggong jawab. Kalau kita seorang yang baik dan benar-benar mengikut contoh-contoh yang baik, maka apa yang kita lakukan pada orang lain pasti baik. Ambil perangai lebah, Ia makan benda yang baik, dan ia mengeluarkan benda yang baik dan bila dia hinggap didahan yang rapuh sekalipun, dahan itu tidak akan rosak lantarannya.

Kalau kita contohi binatang yang lain, kita boleh contohi gajah. Ujai perhati perangai gajah. Antaranya, gajah tidak akan meninggalkan ahli kelumpuknya walau pun ia membebankan pada yang lain nya. Ujai rajin-rajin tengok program "animal Planet" di T.V. Banyak pengajaran yang kita boleh dapat. Lihat perangai binatang betina sebagai emak. Dia tidak akan membunuh anaknya. Dia tak tinggalkan pun anaknya walaupun sudah mati hinggakan beberapa hari. Ujai ingat kita pun digelar 'yang melata'. Cuma Allah bagi kita akal fikiran yang lebih dari makhluk 'yang melata' yang lainnya. Dalam al Quran ada disebut fakta ini. Embah tak ingat ayat mana. Ujai cari nanti ya.

Sebenarnya naluri atau "instinct" ganas ini ada pada semua orang. Cuma ada yang bersabar dan dapat mengawalnya dan ada yang tidak dapat mengawalnya. Ada manusia yang bersifat berang, marah, bengis yang akan terus menyepak, memukul, menerajang hinggakan membunuh. Ada yang bersifat sama seperti itu tetapi oleh kerana dia lebih bijak dan berkemampuan dia akan mengupah orang lain untuk bertindak untuknya. Ujai lihat cerita-cerita dalam T.V. Itu semua ganas dan mengakibatkan keganasan, kejam dan membawa pada kekejaman. Ujai jangan ikut.

Embah berdoa kita dilindungi Allah swt dan dijauhkan dari malapetaka seperti ini. Kita doa juga untuk semua agar tidak terjebak dalam gejala ini dan kita berdoa juga kita dapat pemimpin yang yang benar-benar memahami ini dan mencontohi kepimpinan Rasulullah dan sahabat-sahabatnya dan yang lain-lain yang mendukong prinsip-prinsipnya. Semoga dengan kepimpinan seperti itu kita dapat keselamatan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat jua. Amin.


Monday, June 22, 2009

Parenting Is an Art

 huzaifah --I was baby sitting for my daughter

Parenting is an art, so say some expert in child development. And they say "It takes the whole village to raise a child". I tend to agree with what is said, although I have my own understanding of how to be a good parent, or rather, a good mother. First rule is just to be myself, for whatever its worth. I have been brought up the old traditional way, by a father and a mother until I was sixteen when my father passed away at a good age of about 95. My parents were immigrants from Java,Indonesia and many of the traditions are of course Javanese in nature. One of the characteristics of the Javanese immigrant values is to call a spade a spade, although I am also aware that a Rose is a Rose by any other name. Therefore I am always straight forth with my children, especially on values that are entrenched in the Hadiths and the Al Quran.

However, there are occasions when I let my children discuss and argue their course. There are times when I agree with them but there are also times when I don't. There are also times when I said straight to them that a certain issue cannot be argued upon. When they asked why, I simply said, "because I am your mother, and I know what is best for you, period".

It may sound Draconian, but I believe children must understand that a mother always means well, and definitely mothers are wiser. Children may be smart, but at a certain age they cannot be wiser than you.

But let me tell some of my secrets. When my children fallout, sometimes I pretended like I don't know and let things happened the way they wanted. But ocassions like these are few and far between. I let it be because I have my own recovery plans which I implement sooner or later. So all is well.

Someone asked me if I used the rod. Of course I did, but sparingly. I believe that we must use both the stick and the carrot. If I may say at this point, the principle of the stick and the carrot is actually A Quranic Value. Allah said very often in the al Quran that if you do good deeds, your place is in Jannah, that is the Paradise. Otherwise, if you do the forbidden deeds, then your place is in Hell. That is how the al Quran teaches all mankind. Therefore I am one of those people that do not agree that children must not be taught to fear Allah, but to love Him. I do both. And in the Hadith ( the sayings of the Prophet), it says that if a child does not perform his prayers and other required rituals at age 7, you must repremand him verbaly, but if he doesn't comply with required rules at age 10, then you must spank him. i.e using the rod or cane, at appropriate places as stated. And if we follow this, we get 'barakah", that is an assurance of success. Believe me, if we follow the Quran and Hadiths, we will always be blessed and we will never go wrong. If our children happened to be otherwise, it is the result of other forces and factors outside our control. Remember the saying above " It takes the whole village to raise a child." If we have a fallout, "somebody" in the "village" is not doing his or her job.

We can write a book on this subject. I am no expert at all. I am only stating some of my beliefs and opinion. We can continue on this at length on a different platform. For now, The right things I say come from Allah, and the not-so-right things are mine alone and I ask for forgiveness from Allah the All Mighty, and the All Knowing.

with my daughter Azra Haida

DARI EMBAH KE HUZAIFAH -- BERKONGSI NIKMAT ANTARA TANDA BERSYUKUR PADA ALLAH.

Hari ini Embah berbicara dengan seorang teman tentang hidup dan kehidupan, tentang nikmat dan kenikmatan dan tentang korban dan pengorbanan. Teman Embah banyak membuat kerja-kerja sukarela dan ia berperanan penting dalam sebuah badan bukan kerajaan yang selalu nya kita panggil NGO (non governmental organization). Embah rasa kagum bagaimana dia dapat membahagikan masa antara hal-hal peribadi, hal-hal keluarga, hal-hal masyarakat dan negara.

Hari-harinya padat dengan program dan aktiviti yang teratur dan diatur oleh diri sendiri dan oleh orang-orang yang memerlukannya. Allah kurnia baginya kesihatan yang baik dan dia selalu bersyukur kerana itu fakta penting untuk membolehkan kita bergerak aktif. Embah selalu cakap pada ibu, Embah iri hati dengannya kerana Embah ni kadang ok kadang tak ok. Embah hampir sebaya dari segi umur, cuma hampir dua tahun bezanya. Jadi Embah selalu kata agaknya sebab Embah tua sikit padanya. Namun sebenarnya itu hanya alasan sahaja.

Embah berbicara dan bercerita Embah seronok dapat kawan dengannya. Dia pun kata dia seronok sama-sama dapat menyumbang pada masyarakat melalui NGO ini. Tetapi dicelah-celah keseronokan itu dia merasakan mungkin dia patut melepaskan diri dari satu tanggongjawab yang agak berat itu dan memfokus kepada keperluan diri yang sejauh ini dia merasai agak tercicir dan terkebelakang. Embah pulak macam pandai sangat, Embah kata pada dia jangan berhenti sebab pengorbanan yang dia buat sekarang bukan satu kesempatan yang Allah bagi pada semua orang. Embah lihat dari sudut bahawa dia itu Allah pilih untuk mengusahakan sesuatu yang merintis jalan kearah mencapai kesejahteraan pada masyarakat Islam. Dan ini Embah rasa adalah satu usaha untuk membangun ummah yang sekarang ini sedang dilanda kesibukan-kesibukan yang tidak mempunyai objektif hala tuju seperti yang dituntut oleh Allah swt.

Bila Embah pulang ke rumah, Embah fikir-fikir balik tentang apa yang Allah kata tentang NIKMAT. Teringat Embah satu ayat Al Quran yang Ustaz pernah ajar pada Embah. Nanti Ujai besar Ujai semak apa yang Embah faham tentang nya.

"Wahai Bani Israel, kenangkanlah kamu akan segala nikmat yang telah aku berikan kepada kamu, dan sempurnakanlah perjanjian kamu dengan ku, supaya aku sempurnakan perjanjian ku dengan kamu; dan kepada akulah sahaja hendaklah kamu merasa gerun takut (bukan kepada sesuatu yang lain)."
Maksud Surah Al Baqarah, Ayat 40

Bani Israel adalah kaum yang kufur nikmat, (mohon Allah jauhkan kita darinya). Dia banyak mengingkari janji-janji mereka dengan Allah. Kita ambil iktibar supaya kita menjadi umat yang benar-benar mengabdi diri pada Allah swt semata-mata dan tiada yang lainnya. Dan dalam konteks ini kita hendaklah mensyukuri segala nikmat Allah dengan melaksanakan segala perintahnya dan meninggalkan segala larangannya. Dan kita mesti sentiasa mengingati Allah secara diam-diam dalam hati atau secara lisan atau secara perbuatan. Sebenranya tiga cara ini kait mengaiat dan tidak boleh di pisahkan. Kemudian teringat pulak Embah dengan ayat Al Quran yang satu lagi.

"Sesungguhnya pada kejadian langit-langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang ada tanda-tanda (kekuasan) Allah bagi orang-orang yang berfiklir". (Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk, dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami, tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka".
Maksud Surah Ali Imran Ayat 190-191

Kita mengingat Allah bukan semata-mata mengingat-ingat Zatnya, kerana tak mungkin / mustahil kita tahu sepenuh nya. Tetapi kita boleh beringat dan bersyukur melalui usaha memahami segala ciptaan Nya yang ada di antara langit-langit dan bumi. Maksud mengingat di sini bukan hanya diminda, di akal dan secara lisan, tetapi sama pentingnya atau pun lebih penting dari itu ialah dengan perbuatan. Maksud dengan perbuatan ialah dalam apa jua hal yang kita lakukan kita mesti jelas bahawa dia adalah semata-mata kerana Allah. Ada ayat-ayat lain dalam Al Quran yang kita dituntut untuk mengimarahkan dunia ini. ini adalah sebahagian dari konsep mengingati Allah (zikrullah). Kalau kita membangunkan industri, perumahan, pertanian, membuat kajian-kajian sains, kajian-kajian sosial, teknikal dan apa jua sekalipun itu adalah sebahagian dari zikrullah. Malahan ada setengah pendapat mengatakan zikrullah di atas tempat solat kurang darjatnya jika di banding dengan konsep zikrullah dengan perbuatan yang di lakukan semata-mata kerana Allah. Embah lebih suka berfaham seperti ini kerana pada hakikatnya jika semua orang duduk di tempat solat siapa pula yang hendak bertugas seperti yang lain tadi? Siapa yang hendak mengimarahkan dunia ini?

Berbalik kita pada mensyukuri nikmat Allah tadi, Embah nak tekankan di sini bahawa apa jua kepandaian, kepintaran dan keterampilan yang Allah swt kurnia pada kita hendaklah kita guna untuk mengimarahkan dunia ini kerana itu adalh sebesar-besar zikrullah. Dalam pada itu ketulusan dan keikhlasan dan kemurnian hati hendaklah dijaga. Kalau tidak usaha-usaha kita akan sia-sia sahaja. Jangan kita hairan diri, ujub sombong dan mendabik dada semata-mata kerana kita menyangka bahawa kita pandai dan lain-lain itu sebab kita sendiri bukan Allah yang kurnia. Ujai kena ingat bahaw kita tiada kekuatan, tiada apa jua melainkan apa yang Allah kurnia.

Dan seterusnya, salah satu cara mensyukuri nikmat Allah yang dikurnia pada kita, hendaklah kita kongsikan dengan orang lain. Kalau kita tamak, maka kita juga jadi kufur nikmat. Bikak pandai biasa mengatakan "bukan kejayaan kalau kejayaan itu tidak dikongsikan". Ujai fikir-fikir apa yang Embah kata ni. Tanya Ustaz lebih baik sebab Embah bukan Ustazah. Munkin tak jelas apa yang Embah nak katakan.

Embah cuma nak Ujai banyak berfikir tentang kebesaran Allah, kekuasaan Nya dan kasih sayang Nya dan lain-lain sifat yang dalam nama Allah yang 99 itu. Satu lagi Embah nak Ujai tahu juga bahawa berkongsi nikmat  adalah juga ibadah, ia sebahagian dari konsep Ilmu yang dimunafaatkan. Dan inilah antara yang Allah akan kira sebagai amal soleh bila kita berjumpa dengan Nya nanti. Jadi Ujai harus bersyukur banyak dalam bentuk amalan dan perbuatan yang bersesuaian dengan nikmat yang Allah beri.Tapi Ujai kena ingat juga Ilmu mesti sentiasa cari. Tetapi Ilmu is a means to an end, dan buka an end in itself. Sebab itu jangan ghirah cari ilmu tetapi tidak mencari masa untuk mengapikasi ilmu itu, atau menghayati ilmu itu. Jadi kalau begitu ilmu itu jadi sia-sia.


Nanti bila lapang masa Embah nak berbicara atau bersembang lagi dengan teman Embah itu. Teman Embah inilah dulu yang banyak beri Embah inspirasi dalam mencari jalan menuju yang benar. Jadi bila Ujai dewasa nanti pandai-pandai pilih kawan. Eluk nya Ujai ada kawan yang lebih dari Ujai supaya Ujai boleh belajar darinya. Dan Ujai berkawan juga dengan yang kurang dari Ujai supaya Ujai boleh berkongsi apa jua dengan nya. Betul tak? Embah tak ada nanti, Ujai tanya pada Ibu.

Thursday, June 18, 2009

Dari Embah ke Huzaifah -- bukan nak jadi seorang solihin sahaja.

Embah selalu doa untuk anak-anak dan sekarang cucu-cucu semoga akan menjadi seorang yang cemerlang dan yang soleh. Tetapi sejak Embah bersara ini dan Embah banyak membaca sejarah Islam, terutamanya mengenai Palestin, Embah nak tambah doa Embah supaya anak-anak dan cucu-cucu Embah dan juga semua kaum kerabat Embah menjadi orang yang cemerlang dan soleh dan dengan izin Allah menjadi juga mujahid terbilang.

Huzaifah dewasa nanti Embah harap Huzaifah akan mempelopori gerakan mujahid di mana jua yang Allah akan aturkan, sebab kita ingin bertemu dengan Allah sebagai seorang yang soleh dan lebih dari itu sebagai seorang syuhada' juga.

Embah rasa maksud ayat al Quran yang di bawah ini menjelaskan sedikit sebanyak apa yang Embah maksudkan.

"Dan siapa yang taat kepada Allah dan Rasulnya, dan mereka akan
disamakan dengan orang-orang yang telah dikurnia nikmat oleh Allah swt
kepada mereka, iaitu nabi-nabi dan orang-orang siddiqin, (iaitu orang-orang
yang amat benar dalam imannya, bagaimana zahirnya begitulah batinnya)
dan orang-orang yang mati syahid, serta orang-orang yang soleh.
Dan amat eluknya mereka menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)."

Surah An Nisa' ayat 69

"Tidaklah sama (keadaan) orang-orang yang duduk (tidak turut berperang)
dari kalangan orang-orang yang beriman ( selain dari orang-orang
yang ada keuzuran ) dengan orang-orang yang berjihad (yang berjuang)
pada jalan Allah swt (untuk membela Islam) dengan harta dan jiwa mereka.
Allah swt melebihkan orang-orang yang berjuang dengan harta benda
dan jiwa mereka atas orang-orang yang tinggal duduk (yang tidak ikut
berperang kerana uzur) dengan satu darjah (kelebihan). Dan tiap-tiap satu
(dari dua golongan itu) Allah menjanjikan dengan balasan yang baik
(syurga), dan Allah melebihkan orang-orang yang berjuang atas
orang-orang yang tinggal duduk (tidak ikut berperang dan tidak
ada sesuatu keuzuran) dengan pahala yang amat besar."

Surah An Nisa' ayat 95.

Dalam hal ini, kalau kita dapat membantu dalam jihad dengan meluangkan dan menggunakan masa yang ada pada kita, itu pun boleh dikira sebagai pengorbanan. Mungkin bila Huzaifah dewasa nanti peperangan di Afghanistan sudah tamat dengan Islam mendapat kejayaan, dan munkin Masjid Al Aqsa dan Palestin pun sudah dapat pembebasan, maka Huzaifah berjuanglah ketika itu mengikut keperluan semasa. Yang penting semangat juang hendaklah sentiasa berkobar-kobar kerana tanpa itu hidup tidak banyak makna. Embah harap Huzaifah sentiasa ingat apapun keadaan yang ada, Tauhid mengesakan Allah pegang kuat-kuat. Jangan sekali-kali mensyirikan Allah walau sekecil zahrah sekalipun. Ingat janji Allah dalam surah An Nur ayat 55 yang bermaksud:

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh
diantara kamu (wahai umat Muhamad) bahawa Ia akan menjadikan
mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi
sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka,
khalifah-khalifah yang berkuasa dan Ia akan menguatkan dan
mengembangkan agama mereka (agana Islam) yang telah diredhainya
untuk mereka, dan ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah
mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh), mereka terus beribadat
kepada Ku dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Ku
dan (ingatlah) siapa yang kufur engkar sesudah itu, maka mereka itu
orang-orang yang fasik."

Surah An Nur ayat 55

Sekarang ini kaum Yahudi dan sekutu-sekutunya memerintah dunia. Orang Islam ramai yang leka dibuai sindrom selesa dan masih sibuk berhibur dan bersantai dan lupa dan tidak mengerti apa itu perjuangan seperti yang tersebut dalam ayat di atas. Huzaifah hendaklah sentiasa waspada, sentiasa munajat memohon Allah meningkatkan Iman dan sentiasa memimpin kejalan yang lurus menuju kepada Nya. Tipu helah Yahudi ada disebut di dalam al Quran. Huzaifah cari dan fahami bagaimana dalam dunia sekarang mereka mengatur perancangan untuk memusnahkan orang Islam dan negara Islam.

Kita jangan tepengaruh dengan kata-kata manis dan janji-janji sekutu-sekutu mereka. Dalam Al Quran pun dah disebut orang Yahudi tidak akan puas hati hingga kita orang Islam tunduk padanya. Sekarang ini ada perpecahan dikalangan orang-orang Islam. Antara sebab yang besar ialah perbezaan pemahaman konsep dan falsafah Tauhid Islam. Kita pun munkin susah nak faham. Sebab itu kita kena banyak munajat pada Allah dan dengan penuh ikhlas dan ihsan memohon pertolonganNya. Jangan sedikit pun kita ragu dan jangan mempersekutukan Allah. Buat segala suruhanNya dan tinggalkan segala laranganNya. Barulah pertolongan Allah itu dekat. Memang banyak dugaan, tapi kita perlu banyak kesabaran. Allah tetap bersama dengan orang-orang yang sabar.

Apabila Huzaifah sudah faham, pegang kuat-kuat jangan lepas walaupun ada pihak yang menjanjikan kesenangan di dunia ini. Ingat perjuangan Rasulullah saw. Banyakan Selawat keatasnya.

Semoga kesudahan kita mendapat redha Allah dan kita akan ditempatkan bersama-sama para Syuhada' dan solihin, Amin.



beauty and brutality -- kecantikan yang membawa kecelakan

Siapa yang harus dipersalahkan mengenai gejala sosial yang amat berleluasa di Malaysia kini. Kajian rambang yang kadang kala diutarakan oleh media massa tempatan mengatakan keturunan ethnik yang ramai terjebak dalam gejala sosial ini ialah orang Melayu yang rata-rata beragama Islam. Antaranya ialah masaalah membuang bayi, dadah, pelacuran dan lain-lain yang selalu sangat tersebar diakbar-akabar dan lain-lain media. Pihak yang dianggap bertanggong jawab akan membuat analisa dan akan akan menyalahkan pihak-pihak yang berkaitan. Biasanya Ibu Bapa yang menjadi sasaran tohmahan bahawa mereka inilah yang patutnya dipersalahkan kerana tidak mendidik anak-anak sewajarnya.

Tapi barang diingat ibu bapa tidak menjadi ibu bapa sekelip mata. Mereka adalah hasil asuhan dan didikan ibu bapanya yang terdahulu juga. Ia adalah satu proses hidup. Oleh kerana kita sering membuat silap dalam menganalisa sabab-musabab, maka kita terperangkap dalam strategy penyelesaian yang hanya menangani "symptom" tetapi tidak ada apa-apa tindakan yang diambil atas "root of the problem". Dengan lain perkataan, samada secara senghaja atau tidak senghaja, pihak yang bertanggong jawab tidak akan mahu mengatakan bahawa masaalah gejala sosial yang ada sekarang adalah disebabkan oleh dasar-dsar sosial yang merangka dan melaksana program-program sosial tanpa mengira nilai-nilai hidup murni. Secara terus terang boleh dikatakan bahawa program sosial terutamanya program rekreasi dan hiburan tidak dilihat dari sudut akhlak berdasarkan nilai-nilai yang dapat membentuk akhlak seperti yang dituntut oleh agama, tidak kira agama apa, tetapi definetly tidak berasaskan agama Islam.

Hasilnya amat meyedihkan. Anak-anak yang cantik jelita menjadi mangsa keganasan hawa nafsu. Dan malangnya masyarakat masih ramai yang mengaggap bahawa kecelakaan akhlak hanya berlaku apabila sesaorang itu keterlanjuran hingga ketahap akhir, iaitu melahirkan anak tanpa pernikahan. Apa jua yang berlaku yang tidak sampai ketahap itu tidak dianggap satu kecelakaan besar. Wal hal di dalam Al Quran, ayat yang berkaitan mengatakan jangan mendekati perbuatan itu. Perkataan yang patut diamati ialah JANGAN MENDEKATI.

Kelmarin saya menghadiri satu mesyuarat antara NGO-NGO dengan JAIS. Antara yang diperbincangkan ialah bagaimana pihak NGO dapat membantu membenteras gejala sosial ini. Usaha ini amat baik sekali kerana banyak NGO yang menjadikan bidang Dakwah sebagai salah satu tugas murni mereka. Tapi sayang nya perbincangan hanya berlegar atas perkara-perkara perlaksanaan. Dengan lain perkataan, perbincangan hanya menjurus kepada mendakwah keluarga, kaum belia dan masyarakat umumnya. Hampir tidak terdengar pihak yang mengatakan bahawa diperingkat pembuat dasar, hal ini patut ditekankan juga. Ini adalah kerana jika dasar tidak murni maka hasil nya pun tidak murni. Amat malang sekali bagi yang bekerja kuat cuba membenteras kemungkaran, tetapi ada pihak yang menggalakan kemungkaran.

Saya berpendapat strategi NGO jangan hanya "defensive" tetapi mesti juga "offensive". Dengan lain perkataan, NGO harus juga membawa dan membincang masaalah ini di peringkat pembuat dasar. "Trouble shoot at source". Jika ini berlaku rasanya barulah boleh menampakan hasil yang lebih positive. Tapi rata-rata NGO takut untuk berterus terang dengan pembuat dasar. Munkin satu hari nanti NGO akan mendapat kekuatan dalaman yang dapat mendorong mereka ke arah ini demi kebaikkan semua. Semoga Allah membantu niat murni semua NGO yang sebenarnya rasa gelisah melihat gejala sosial yang namapknya seperti tidak ada kesudahan yang dapat memberi ketenangan yang sebenar-benarnya. Dan semoga Allah akan memberi taufik hidayah kepada semua agar satu hari nanti akan timbul kesedaran bahawa pepatah yang mengatakan "Ikan busuk dari kepalanya" akan ternampak kebenarannya. Dan pepatah yang mengatakan "It takes the whole village to raise a child" akan nampak juga kebenarannya. Hanya Allah yang maha mengetahui. Dan kita memohon perlindungan Nya.


Sunday, June 14, 2009

From Embah To Huzaifah ... A Home is where the Heart is

A HOME is where the heart is. A HOUSE is where you live in. In many developed countries, there are many "homeless" people and they live in shelters, on the street or just about anywhere they can find "comfort and peace", and maybe "security". In most cases a homeless person neither has a home nor a house. This is what most people would say. But if the definition of a home is where heart is, then many homeless people find their homes where their friends are, together with them on the streets, under the bridges or deserted houses. They may not have a roof over them but they can still call it a home.

If families live together in luxurious houses, or just any house for that matter, but almost never see each other or talk to each other, never eat or sleep together, then these are "Home"less people.

Home is where you care for each other, understand each other, and doing things together and worry for each other. In short Home is Love. Some people say a home is never a home without a mother. Embah would just add : or a substitute mother, one who loves and care just like a mother would do. A father can be both a father and a mother substitute. Therefore, a home can be without a 'female' person.

When Ujai grow up, talk to ibu about this and she can describe to you better than Embah can. She write beautiful things about 'relationships' and Ujai can be a wiser person. For the moment just remember that a home is not a physical concept. It is an intangible entity. Just like the 'heart', but not the physical heart. You can be walking down the road, walk in a crowd, be in the rain, roughing out the weather,live among strangers, you can still be at home if you have love and care.



Friday, June 12, 2009

from embah to huzaifah -- "we are essentially alone"


Embah nak cerita satu hakikat hidup bahawa kita ini sebenarnya seorang, bersaorang dan juga keseorangan. Kadang kala bingung nak fikirkan hakikat ini, tetapi kalau Ujai fikir tenang-tenang, lihat sekeliling kehidupan, bertanya faham dengan para bijak pandai dan wara', Ujai nanti tahu kenapa Embah kata begitu.

Embah terfikirkan hal ini semasa Embah berumur 34 tahun dan ketika itu Emabh sedang bersedih kerana kakak yang Embah fikir dia akan ganti Mak Tua untuk jadi ketua "keluarga Wak Leman" mendapat stroke dan tak upaya untuk bergerak bebas. Mula-mula ia masih boleh bercakap dan duduk tetapi bila kena kali ketiga, dia terus koma tidak sedar diri. Kesemuanya dalam masa satu tahun.

Pada mula terkena Embah ada di US untuk buat ijazah lanjutan (Masters). Embah cepat-cepat habiskan kursus dan terus pulang ke Malaysia. Jika melihat kebelakang, kalau Embah tangguh kerana nak belajar lebih, pasti Embah tak sempat bertemu denagan kakak kesayangan Embah.

Embah panggil dia Kak Yah. Hidupnya sentiasa dalam kemiskinan kerana suaminya hanya kerja mengambil upah buat rumah di kampung. Kak Yah dikurnia 10 orang anak, 5 lelaki dan 5 perempuan. Tetapi Embah tetap sayang padanya. Dia sangat menyayangi Embah juga. Dalam keadaan susah sekalipun dia jaga embah walaupun Embah dah besar panjang semata-mata kerana Embah adik bongsu.

Kak Yah duduk di Johor Bahru, di Jalan nak ke Kota Tinggi. Embah duduk bersamanya semasa mula belajar di tingkatan 6 di English College, kerana di Pontian tidak ada tingkatan Enam. Rumahnya kecil tapi dia beri Embah satu bilik kecil di belakang. Pagi-pagi lagi dia dah bangun buat sarapan, apa jua yang termampu. Mak tua pun tak berapa ada tabungan untuk memberi keselesaan pada Emabah dan Kak Yah. Tetapi bila Embah dapat biasiswa kecil sebanyak 60 ringgit sebulan Embah pindah ke asrama dekat dengan sekolah. Di asrama Embah terkenang dan rindu rumah, sebab baru itu berjauhan dengan dengan keluarga. Kak Yah akan datang selalu ikut kemampuan bayar tambang bas. Bila Embah fikir-fikir betapa dia berkorban untuk bantu Embah supaya selesa di hati. Ada kalanya dimusim buah dia akan pikul buah rambutan sekantung dan bawa ke asrama. Embah rasa seronok dapat habuan. Embah rasa Kak Yah insan hebat, sanggup berbuat demikian. Dia tak rasa malu memikul barang. Embah pun tak pernah rasa malu. Selalu seronok kalau Kak yah datang bawa makanan yang seadanya.

Bila ingat peristiwa seperti itu sekarang ini Embah rasa sedih dan terharu. Emabah hanya sekadar dapat mengirim doa sahaja kerana sekarang Kak Yah dak tak ada bersama. Di saat-saat akhir Embah menunggu dia di hospital, Embah cuma rasa bingung dan sedih. Ilmu Islam mengenai mati dan kematian belum di fahami. Doktor kata sudah tidak ada ubat baginya. Kalau nak bawa pulang pun tak apa. Tetapi oleh kerana Embah tidak ada pengalaman, Embah takut kalau membawa dia pulang seolah-olah Embah meyebabkan dia mati. Ada Ustazah di wad itu yang mengatakan tak apa kerana kita dah cukup ikhtiar.

Embah bersama keluarga merawatnya di rumah selama seminggu dan akhirnya kak Yah menghembus nafas yang akhir.

Ketika dia nazak, ketika itulah Embah terlintas bahawa kita sebenarnya seorang dan keseorangan. Tidak ada siapa yang boleh menolong kita di saat-saat seperti itu. Suami dan anak-anak tersayang pun tak boleh berbuat apa. Dari sejak itu Embah became wiser about life. Nyata sekali "we are essentially alone".

Selepas peristiwa itu Emabah tak takut kalau hidup seorang, kerana sebenar nya kita seorang sahaja yang boleh menolong diri kita sendiri. Kita tidak boleh berharap sesiapa pun. Kalau ditakdirkan ada yang menolong, itu adalah semata-mata kurnia Allah swt.

Sekarang ini Emabah dah masuk umur senja hampir malam. Sudah mula rasa keseorangan. Tapi Embah tidak rasa bimbang sebab hanya Allah yang boleh menolong. Kalau Tok Ayah Ujai tinggal Embah atas apa sebab sekalipun, insyaAllah Embah boleh menjaga diri sendiri. Sebab Embah sebenarnya telah bina kekuatan minda sejak bapak tua meninggal dunia dan Embah hidup cuma dengan Mak tua dan kakak-kakak. Hidup serba miskin pulak. Tapi Embah tetap berdoa Allah kurnia kesejahteraan dan Allah mudah kan segala urusan. Sebab al quran pun kata, suami, anak dan harta cuma hiasan hidup semata-mata.

Oleh itu pesan Embah pada Ujai, jangan lupa erti "seorang dan keseorangan". Fikir baik-baik dan tenang dan banyak berdoa mohon pertolongan dari Allah jua.

dari Embah ke Huzaifah ... suka bertanya

Ujai sekarang umur tiga tahun setengah. Tahun 2009 sudah boleh ke Taman didikan kanak-kanak. Tok Ayah kata terlalu awal nak ke "sekolah". Tapi ini bukan sekolah. Ia tempat bermain untuk menembangkan minda dan supaya pandai berinteraksi dengan kawan sebaya.

Ujai selalu tanya "apa tu?" Setakat ini soalan mudah Tapi Embah tahu nanti lama-lama keluar soalan yang susah-susah.

Tak apa. Embah suka orang suka bertanya. Ini perilaku atau sikap yang baik. Masa kecil-kecil orang dewasa suka mendengar soalan-soalan yang keluar dari mulut dan minda kanak-kanak. Biasanya soalan-soalan itu berbentuk spontan. Ia boleh menimbulkan keriangan dalam keluarga atau dikalangan sahabat handai bila berkumpul bersama.

Tetapi Embah hairan kenapa bila di sekolah tak ramai yang suka bertanya pada guru atau pada kawan atau pada siapa saja. Ada ibu bapa yang memang tidak suka anak-anak banyak bertanya kerana kadang-kadang tidak tahu bagaimana hendak menjawabnya. Silap kalau bersikap demikian, kerana kanak-kanak suka berinteraksi dan apa-apa jawapan pun kalau kita ikhlas menjawab mereka akan percaya, atau seperti akan percaya.

Di sekolah guru-guru pun tak ramai yang menggalakan pelajar-pelajar bertanya. Budaya bertanya seolah-olah terhenti semasa kanak-kanak belum sekolah. Strategi pendidikan yang terpenting ialah bagaimana hendak memotivasi supaya pelajar suka bertanya dan mahu bertanya. Ini adalah pra-syarat untuk mencapai sesuatu kemajuan sama ada di peringkat individu, keluarga , masyarakat atau negara.

Embah mendapat tahu sistem pendidikan di negara Israel yang ditiru oleh negara Singapura ialah menitikberatkan budaya bertanya dan akan menyediakan environment agar pelajar suka bertanya. Sikap suka bertanya adalah amat dituntut oleh Al Quran. Selalu terdapat ayat-ayat yang berakhir, " untuk orang-orang yang mahu berfikir" dan lain-lain sepertinya. Inilah yang akan mencetus dan mengembangkan budaya suka membuat penyelidikan. Kita disuruh mengimarahkan dunia yang Allah cipta ini. Ini juga tersebut di dalam al Quran dibanyak tempat. Ujai rajin-rajin baca tafsir dan pasti akan menemui perintah Allah untuk berfikir, menyelidik dan seterusnya membetuk satu tamadun yang serba maju.

Kegagalan masyarakat untuk tidak menggalakan anak-anak bertanya juga telah mengakibatkan beberapa "fall out" dalam kehidupan. Contohnya yang Embah rasa amat relevan ialah dikalangan remaja yang terjebak dengan masaalah sosial seperti penagihan dadah. Remaja-remaja ini ada masaalah dan mahu bertanya tapi takut dan ditakut-takutkan. Mereka memendam rasa , rasa marah, rasa kecewa, rasa terpinggir, rasa tidak disayaggi dan berbagai lagi. Remaja tidak bertanya, dewasa juga tidak mahu memulakan bertanya. Siapakah yang patut dipersalahkan dalam hal ini.

Bill Cosby, seorang Amerika dalam interviewnya pernah berkata,"the children wants to tell us something, but we adults are not listening". Tapi Ujai jangan khuatir. Emabah selalu kata pada ibu dari ibu kecil-kecil lagi bahawa Emabah benarkan Ibu bertanya. Pasti ibu tak marah kalau Ujai suka bertanya. Pepatah Melayu kata "Malu bertanya, Sesat jalan". Jangan sampai sesat jalan. Buruk padahnya.

Ibu bapa di Israel, bila anak-anak pulang dari sekolah mereka tidak sangat menayakan tentang berapa "A" ia dapat dalam ujian. Mereka akan bertanya soalan apa yang mereka tanyakan pada guru pada hari itu. Bila kita kata orang Israel ini bermakna orang Yahudi. Jadi kalau orang Islam mahu lebih baik dari orang Yahudi, maka kita mesti bermula dengan suka bertanya.Bukan bertanya dengan maksud "menjaga tepi kain orang" tetapi bertanya untuk mengembangkan minda kearah membanunkan tamadun yang benar-benar cemerlan,g gemilang dan terbilang. Tetapi ini bersyarat. Ia itu ia mesti beasaskan paradigma TAUHID. Kerana bertanya tanpa berasaskan nya dan prinsip-prinsip lain yang ada di dalam al Quran dan hadis, maka nanti kita akan terpesong. Nampak maju dan membangun tetapi tidak menepati kehendak Allah swt, dan takut akhirnya kita kecundang.

Embah harap Ujai bertenang dan suka berfikir dan suka bertanya. Embah dari sekarang lagi berdoa Ujai dan adik-adik berjaya di dunia dan di akhirat.


Monday, June 8, 2009

from embah to huzaifah -REMEMBERING MAK TUA

Sekarang Huzaifah tak kenal Mak Tua. Emak pada Embah semua orang panggil dia Mak tua. Mak Tua meninggal dunia tahun 2004, dalam bulan January. Setahun selepas Embah bersara dari perkhidmatan Awam. Umur Emabah ketika itu 56 tahun.

Emabah tak berapa cerita pasal Bapak Tua sebab dia meninggal masa umur Embah 16 tahun. ketika itu belum banyak mengerti pasal hidup dan kehidupan. Cuma Embah tahu dia tidak banyak cakap orang nya. Dia sentiasa bekerja kuat kerana tak mahu meminta-minta walaupun hidup susah.Dia pesan sangat supaya jangan malas, jangan banyak makan dan jangan banyak tidur. Embah waktu itu tak pandai nak tanya kenapa. rupa-rupanya itu adalah prinsip hidup orang bermarwah, supayakin pada kebolehan diri dan minta tolong bila betul-betul amat memerlukan.

Mak Tua orangnya banyak cakap. Emabah macam Mak tua. Suka becok kalau tengok hal-hal yang tidak betul. Mak tua pun amat rajin orangnya. Pagi-pagi lagi dah ke kebun getah. Emabah bila dah remaja kena ikut tolong dia menoreh getah. Tak membantah bila kena suruh sebab Embah macam faham tolong orang tua itu satu kemestian. Kebun ini jauh dari sekolah. Emabh pergi tumpang duduk rumah saudara dan tolong Mak tua. Saudara ini pun bukan orang senang. Mak Tua bayar juga saguh hati kerana menumpang.

Walaupun Mak tua tak pandai, dan tak sekolah pun tapi pemikiran nya tajam. Dia orang kampung dan seorang pendatang. Sebab pendatanglah agaknya Mak tua tak malas dan sentiasa berfikir dan berusaha macam mana nak hidup tidak merempat. Bukan nak hidup kaya raya, cuma nak cukup makan dan tinggal di rumah yang agak selesa. Embah sekolah waktu itu pun dalam keadaan serba tidak cukup. Disekolah rendah tak pernah cukup buku teks. Mak Tua nanti pergi jumpa kawan yang agak senang dan pinjam duit sikit untuk beli buku. Atau pun cari kawan-kawan yang ada anak agak sebaya dan pinjam buku yang sudah tidak diguna. Embah nanti ikut sekali pegi sebab nak tahu buku mana nak pinjam. Embah kadang-kadang rasa malu sikit, tapi Mak tua kata kita mesti buat macam itu. Kalau tidak macam mana nak pandai.

Tapi Embah ni yang jenis kuat main. Belajar bila terpaksa. Nasib baik lulus juga pereksa. Sekarang sedar itu semua kurnia Allah yang bagi Embah pandai sikit dan belajar sikit-sikit pun dapat jawab periksa. Agaknya kalau Embah yang jenis rajin belajar, agaknya Embah jadi perdana Menteri. HE.. Hee

Mak Tua kalau Embah fikir-fikir sekarang ni, dia ada wawasan. Semua yang di bawah jagaan nya di hantar kesekolah. Anak-anak pak sedara tak sekolah. Cuma Anak-anak Mak Tua yang sekolah. Bukan saja ada wawasan, Mak Tua pun ada strategi. Strategi macam mana? Oh.. Dia pinjam duit untuk hantar anak sekolah. Bayar balik sikit-sikit. Itu kira buat investmen lah. Lagi pulak Mak Tua ni sentiasa bertanya dengan orang-orang kampung yang agak pandai macam mana nak buat itu atau ini. Contoh nya macam mana nak tanam semula kebun getah, macam mana nak beli tanah kebun dan lain- lain untuk kumpul wang untuk masa depan. Ada orang kat Mak Tua tu "mata duitan". Embah sedih kalau ingat itu. Tapi kalau Mak Tua tak "mata duitan" tentu dia tak hantar anak-anak ke sekolah. Huzaifah pun tak dapat baca apa yang Embah tulis sekarang ni. Suka sedikit harta bukan semestinya "mata duitan". Memanglah Mak Tua sangat cerewet tentang kegunaan duit. Setengah orang kata dia kedekut. Sekarang ni Emabah kata adik beradik Embah , "kalaulah itu satu kelemahan, tapi itu adalah juga satu kekuatan" (her weakness is her strength). Tanpa sikap itu dia tidak pandai berurusan sendiri. Bapak Tua sudah meninggal dunia. Siapa nak tolong.

Jadi , Huzaifah, bila dewasa nanti Embah mungkin tak tak dapat cerita ini semua. Harap huzaifah fikir-fikir sebab ini adalah warisan. Warisan Embah cuma mengembangkan pemikiran tentang apa yang sekarang ini Embah lihat sebagai apa yang baik dan apa yang tak baik untuk kehidupan. Antaranya jangan banyak tidur. Hadith kata tidur lepas subuh papa, tidur lepas asar, gila. Jangan banyak makan. Nanti benak. Quran pun ada ayat-ayat yang menegah dua perkara ini. Ujai nanti dewasa boleh kaji dan pastikan sendiri. Kalau Mak tua berjimat cermat, Ujai pun boleh contohi. Jangan ikut cara kawan-kawan yang kaya berbelanja. Kalau ada duit lebih, tolong orang yang susah. Lain-lain Ujai tanya pada Ibu, sebab Embah dan banyak cerita pada Ibu.

Itu dulu, nanti ada masa Embah cerita lagi.
Salam sayang.

Sunday, June 7, 2009

HOW YOU DRIVE, IS HOW YOU LIVE YOUR LIFE.......TRUE OR FALSE?

"Very intimidating statement. How could you compare the two !" said a friend when I introduced the subject. I smiled and said, "just observe the people you know in the family and at work if you have the chance. Observe without prejudice".

If he drives on the fast lane, and have little patience to wait for a car to switch lane before he passes, then this person is one who likes to do things fast, but has little tolerance to forgive other people's weaknesses. He would flash his head lights, or worse still he would honk repeatedly.

And a person who likes to jump queue on a day when traffic is heavy without a very good reason like an emergency, then this person is a self-centred person. He only cares for his personal well being and will not bother one bit if others are inconvenienced by his action.

If a person likes to follow the same route every day, and never even think of wanting to learn other possible routes, then this person is "a stick in the mud", boring and not adventurous in life. He takes no risk in life and could mean he is a person "who cannot and would not move forward " and venture into new things. He is not creative and like to stick to traditions.

If a person drives fast, and switches lanes in a reckless manner, this person may also be reckless in life. He is shortsighted about life just as the way he drives, thinking as though he is very skillful and takes danger very lightly.

If he is a slow driver but likes to drive on the fast lane, then this person is a presumptious person or a person who cares little about rules and regulations.

Okay. These are some observations which can be added on. It may not be right to conclude such, and therefore these observations can be criticized.


FROM EMBAH TO HUZAIFAH.........mimpikan sebuah impian

Perjalanan ini sudah terlalu jauh, sudah melalui berbagai onak dan duri didaratan dan ombak menggunung dilautan. Namun perjalanan ini masih lagi nampak terlalu jauh.Sudah tidak terdaya rasa nya kederat kaki mengusung tubuh, namun perjalanan ini masih perlu diteruskan dan mesti diteruskan ibarat perlumbaan belari jarak jauh yang sudah hampir kegaris penamat. Tidak mungkin ia diperlambatkan kerana sampai kegaris penamat itu lah yang terpenting. Kemenangan digaris penamat bukan kerana kita yang terpantas tetapi kerana kita dapat memujuk hati dan tenaga untuk lari selaju mungkin hingga sampai kegaris itu.

Begitulah ibaratnya laluan hidup ini, merentasi berbagai cabaran kerana mahu mengecap nikmat, walau sedikat sekalipun akan apa yang Allah janjikan. Kata orang tua- tua nikmat hidup bukan diukur dari wang ringgit dan kedudukan dimata masyarakat, tetapi nikmat adalah ketenangan dan kesejahteraan. Dua istilah ini amat sulit untuk diterjemahkan dalam hidup sebenarnya. Kebenarannya seolah-olah begitu subjektif dan boleh diintepretasi berbagai cara dan rupa. Kalau sudah rasa tenang dan rasa sejahtera, ditakuti pula itu satu penipuan minda, bukan kenyataan sebenarnya. Kerana hakikatnya ia ibarat duduk di dalam 'roller-coaster', kadang-kadang melambung dan kadang-kadang menjunam. Kadang -kadang ia merata stabil tetapi rasa itu muda terlupa bila dihayun tinggi semula.

Semasa muda belia impian hidup semata-mata untuk mencapai keselesaan dan kedamaian bersama orang dan rakan tersayang dan di kelilingi pula sanak saudara yang hidupnya cemerlang dan terbilang. Ketika itu tiada kerisauan, tiada ketakutan. Seolah-olah apa jua masaalah yang dilalui boleh sahaja diselesaikan. Biar apa pun yang terpaksa di dikendung dipikul kesemuanya rasa ringan. Tidur malam rasa nyaman, siang hari berkejar-kejar memburu impian tidak pernah kepenatan, malah penuh keseronokan.

Bila sebenarnya laluan hidup berubah rupa dan haluan tidak dapat dipastikan. Ibarat pelayaran dilautan tiba-tiba dilanggar badai dan taufan. Tetapi jika difikir-fikir dan diamat-amati dengan teliti akan nampak keretakkan atas apa yang dimimipikan. Cuma diri yang sentiasa kerdil sangat enggan menerima kenyataan dan akan berbicara dan berhelah dengan pemikiran yang serabut dengan nilai-nilai hidup yang tidak berkentetuan.

Sebenarnya sikap dan perasaan seperti ini perlu kejutan, ibarat kejutan dipanah petir dan guruh kuat yang menakutkan. Barulah terduduk sebentar memikirkan peri hal hidup yang berlalu dan yang akan kehadapan. Hakikat kekerdilan diri tidak dapat dijauhkan. Kerdil kesemuanya terutama di sisi Tuhan, Allah yang maha menjadikan dan menciptakan. Bila dapat menerima hakikat ini barulah nampak hidup ini bukan sebuah impian, dan bukan boleh sesuatu itu dimimpikan.

Hidup ini adalah kenyataan, walaupun dihati kecil ini masih rindukan sebuah impian. Seperti tidak mahu putus asa dan masih yakin akan kebijaksanan dan kasih sayang Allah itu tidak boleh disamakan kerana Ia bukan bandingan, Ia bukaan sangkaan. Ia Benar dan mimpi ini mungkin dapat kurniaan. Hanya perlu sanggup berkorban dan bersabar hingga sampai kepenhujung jalan tanpa sesalan dan tanpa rintihan.

Bukan tidak sedih memikirkan pepecahan persudaran, bukan tidak sedih melihat sanak saudara tidap dapat diberi bantuan seperti yang di impikan. Warisan Emak dan Bapak tidak dapat dikekalkan lantaran perbezaan perasaan dan ukuran, dan perbezaan falsafah kehidupan. Warisan pendatang yang mengharungi lautan dengan rasa kehausan dan kelaparan tidak dapat dipertahankan lantaran dibuai mimpi yang tidak kesampaian. Banyak warisan tinggal warisan hanya dalam kenangan walaupun sebenarnya banyak yang boleh dipraktikkan. Mungkinkah ini kerana rasa malu dan tidak selesa menerima hakikat keturunan seorang pendatang yang terpaksa membanting tulang untuk sesuap nasi dan tempat berteduhan. Saudara sedarah sedaging membezakan keturunan, hingga nama pada diri bukan satu pusaka yang harus dibanggakan. Aku anak pendatang, anak buruh kontrak yang datang dengan tongkang. Lautan gelora tidak dihiraukan lantaran mahu mencapai sebuah impian. Impian yang kini tiada kesinambungan. Terhenti lantaran mahu menegakkan kebenaran dihati sendiri-sendirian. Tidak mahu mengingat kembali betapa Emak dan Bapak mahu diingati sebagai pengasas kejayaan di bumi ini, walaupun sekadar laluan sejanak seperti meminta api untuk kegunaan di malam hari.

Perjalanan ini berterusan. Mahu pulak mewariskan pada Huzaifah satu pegangan falsafah kehidupan. Tiada yang sempurna melainkan kita sentiasa mahu menghitung pengisian keperbadian, dan mahu melihat diri sendiri dengan melihat diri orang, terutamanya yang tidak berkepentingan. Kita harus sentiasa melihat dan mendengari orang-orang yang di sekeliling tentang apa yang diperkatakan dan lebih penting tentang apa yang tidak diperkatakan tetapi jelas nampak dari gerak laku yang diperlihatkan.

Nilai-nilai untuk kehidupan jelas di dalam hadith dan Al Quran. Namun penafsirannya bukan dipelajari semata-mata dari penulisan tetapi perlu dipelajari dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang, bukan dari yang dekat tetapi juga dari yang jauh kerana bumi Allah amat luas untuk kita mendapatkan nikmat Kurniaan.

Banyak lagi yang Embah nak wariskan. Nanti dilain lembaran kita sambungkan. Sama-sama kita pohon Allah perkenaan segalan permintaan dan Allah kurnia kesejahteraan yang terbaik bagi kita yang tidak terfikirkan.





Friday, June 5, 2009

mencelah komen pidatu Obama

Semua yang tahu dan berkepentingan menanti apa yang akan dikatakan oleh President Obama ketika lawatan nya ke negara-negara Arab dan berucap di University Cairo. Tapi kita juga harus mendengari apa yang tidak dikatakan oleh beliau. Mudah bagi kita untuk menganalisa apa yang dizahirkan tetapi amat susah untuk mengetahui dan memahami apa yang tidak diucapkan.

Manusia akan bertindak atau tidak bertindak atas apa yang dikatakan dan juga atas apa yang tidak dikatakan. Adalah lebih bahaya kalau pada yang tidak dikatakan. Sekali imbas ucapan itu semacam ia amat memahami Islam dan amat menghormati Islam. Tetapi saya percaya setiap yang dikata ada muslihat tertentu padanya.

Islam bukan semata-mata 'symbolism'. Ia itu memperkatakan apa yang 'cantik' dalam Islam belum dapat meyakinkan bahawa orang yang berkata itu benar-benar ikhlas tentang kewujudan Islam. Pada Obama, kalau dia mengerti dan 'kagum' dengan Islam, maka mengapa dia 'meninggalkan' Islam. Oleh itu ucapannya pada saya adalah semata-mata untuk 'memujuk' dunia Islam seolah-olah Obama tidak ada niat jahat dengan Islam atau dengan penganut-penganutnya.
Kita harus waspada dengan ucapan yang diberi olehnya takut-takut itu hanya merupakan satu taktik untuk memperdaya umat Islam.

Kalau dia benar-benar ikhlas, mengapa tidak menceritakan tentang keganasan Israel. Dia hanya menyebut tentang keganasan Hamas/Palestin. Kenapa hanya simpati dengan Israel kerana dibunuh beramai-ramai tanpa mengatakan kenapa mereka dibunuh. Obama patut juga menyatakan Yahudi juga kena berubah perangai. Kalau Obama boleh mengeluarkan maksud ayat-ayat Quran mengenai kehebatan al Quran, mengapa tidak dia mengeluarkan ayat-ayat al Quran yang menyebut sejarah dan perangai bani Israel. Semua ada disebut dalam al Quran. Obama masih mengatakan tindakannya di Afghanistan dan di Pakistan membunuh penduduk awam tidak boleh dianggap salah. Ia bersebab. Mengapa tidak boleh ia menerima hakikat bahawa orang-orang Islam juga ada HAK mempertahankan diri. Orang Islam tidak mendahului peperangan kerana itu dilarang Allah. Tetapi Allah menghalalkan peperangan/pembunuhan untuk mempertahankan diri, harta dan tanah air.

Obama hanya mengatakan Israel mesti memberhentikan pembinaan rumah-rumah di tanah kepunyaan Palestin. Tapi dia tidak mengatakan apa yang patut dibuat pada rumah-rumah yang sudah dibina. Tanah Palestin makin kecil. Kalau setuju dua negara pun apa ertinya kalau tanah sekangkang kera.

Jadi malaslah saya nak komen banyak-banyak. Sejarah telah menunjukkan musuh-musuh Islam wujud dalam berbagai bentuk. Kita mohon pertolongan Allah agar diberi kesabaran, kekuatan, keimanan, ketaqwaan untuk menegakkan kebenaran yang hak, iaitu ISLAM.Semoga kita semua mendapat perlindunganNya dan rahmatNya.


Thursday, June 4, 2009

OBAMA, KAU DURHAKA

Obama,
Kau kufur, kau engkar
Kau durhaka pada yang Esa

Kata-kata mu manis, tetapi tiada erti tiada makna
Pada Muslim Mukmin yang cinta pada Allah, Tuhan nya.
Kau sekadar berkata dan berbicara
Untuk halwa telinga sekutu-sekutu mu yang durjana
Untuk menjadi keliru umat manusia yang leka dibuai kemewahan dunia
Untuk didengari rakyat mu yang sama-sama durhaka.

Kau tidak menyedari sekutu mu Israel adalah manusia hina
Telah disebut dalam al Quran betapa mereka berhelah, menipu daya
Enggan tunduk pada sesiapa jua, termasuk negara mu Amerika.
Mereka hanya mahu kepentingan mereka terjaga
Tidak mengira siapa yang akan binasa, siapa yang akan teraniaya
Asalkan mereka hidup selesa, harta menggunong, jiwa bahagia.

Obama,
Jangan engkau menyangka retorika dipomasi dapat mengabui mata dunia
Dapat mengubat luka parah dan kesangsaraan yang selama ini dirasai semua.
Terutama mereka yang kau anggap terrorist, fundamentalist di hujung dunia.

Mungkin kau di sanjung dan dipuja oleh mereka yang menyangka
Engkau ikhlas, bijak dan tidak berniat musuh pada sesiapa
Engakau dipeluk cium, dijabat tangan penuh hormat oleh ketua negara
Yang mahukan perlindungan mu untuk kepentingan dirinya
Belum tentu untuk kepentingan rakyat yang mahu mendukung kebenaran Tuhannya
Allah, Rabbul Jalil Pencipta dunia dan apa jua di dalamnya.

Obama,
Engkau mengunjungi negara Arab untuk mengatakan engkau seorang teman
Bukan seorang lawan yang sentiasa mahu bermusuhan bertelengkahan
Engkau disambut meriah, berpidatu dan menjanjikan kedamaian
Didengari oleh pembesar negara janji kosong yang mengelirukan
Kerana dengan Israel engkau sebenarnya berkata berlainan.

Engkau menjanjikan kedamaian kerana engkau sebenarnya takut dengan umat Islam
Hanya umat Islam yang tidak yakin dirinya umat pilihan
Tidak yakin kemiskinan dan kekurangan senjata bukan halangan
Bukan penyebab umat Islam mesti tunduk pada kezaliman

Wahai Obama,
Ini janji kami dan janji pada Allah tuhan semesta alam,
Kami tidak duduk diam untuk dipijak-pijak kaum yang mendabik diri, kesombongan
Kami terus berjuang mengikut jejak Salahuddin al Ayubi penuh keberanian
Cara kami tersendiri dan engkau Obama dan sekutu mu akan kecundang
Palestin akan bebas, Al Aqsa tidak akan lagi kesunyian.
Dan rakyat Islam di Bumi Allah akan sejahtera kedamaian.

Kami akan berpegang teguh pada Suruhan dan tinggalkan segala Larangan
Talian Tauhid kami genggam tanpa mengira apa jua ancaman
Kami yakin pertolongan Allah pasti amat dekat, tidak kami ragukan
Dan Engkau Obama dan sekutu mu Israel akan menemui kehancuran.

Ya Allah,
Kami mohon pertolongan dan perlindungan,
Dosa-dosa kami diampun dan kami mendapat kejayaan
Di dunia ini dan di akhirat berkekalan.






















Wednesday, June 3, 2009

those days in Penerok and Pontian, may Huzaifah revisit.

You may wonder where Penerok is. It's a small town, very small town, in Pontian. It's never on the map of Johore. That's how small it is. My parents came from Java, Indonesia and they started life as immigrants in Penerok, some hundred odd years ago. My father felled the jungle and started a small rubber holding. Later they moved to Pontian Kechil, a small fishing village. But my parents kept their "career" as rubber tappers, though my father was more a farmer planting cash crops like ubi, keladi, keledek etc,etc.

I remember my childhood days starting maybe at age five. All I remember is about eat, play and helped my mother tapping rubber in penerok and at the kebun in Pontian. We also had a small rubber holding in pontian and during my primary school days I was more helping my mother and eldest sister tapping rubber in Pontian.

Helping parents in those days was never a big deal. It was all part of growing up. And in fact it is the fun of growing up that I treasured most and my memories of my father and mother was the fun I had helping them together with my nephews of the same age. I helped my father catching eels at the parit and trapping burung ayam-ayam for our daily meals. I also remembered catching belalang kunyit for 'deserts'. That was really some experience that I would like Huzaifah to know. Its not choclate chips and ice creams and ayam 'goleng'. We had chicken or beef only once a year during Hari Raya. My parents reared chickenn but it was all for sale so we could by other house hold necessacities.

Rubber smallholdings in those days was never like the ones they have now. Then it was almost like a secondary jungle environment and let me tell you that the danger of tigers was always there though I had no chance of seeing one. The rubber plot was at the edge of the jungle and snakes and babi hutan and kera was a common thing. But by the grace of Allah I was never made to be afraid of them to the extent that I feared to venture. My mother said 'Kalau tak kerja siapa nak tolong". It's like saying today "nothing venture, nothin gain" "no pain, no gain". Who said our parents are not University 'materials'. My mother always said when I was in college that if she had the chance, she too can be the prime minister. That was no small talk. She was serious. My father passed away when I was 16, and my mother passed away in 2003, and I was 56.She was about 95 years old.

My father was always strong no matter how difficult life was. One thing that he said whichI held on strong was " kita miskin, tapi jangan mintak-mintak" However poor and difficult, do not beg. Work hard and we will be okay. My father taught religious knowledge to the kampong friends, All in the Javanese language and I still have some of the Kitabs even now. I hope it is still there in my safe-keeping.My older sisters often told me how strong our father was. He could walk for miles with 'goods' like the whole banana on his head and brought home 'goodies' for us.

I was a happy child and had a happy childhood. My parents asked us to work hard. We had to fetch clean water from the government taps and walked maybe half a mile in the 50's and collected firewoods every day, after school. As I was the youngest in the family my mother stopped the hard work when I was in Form 1 at secondary school because 2 of my sisters became teachers and they helped out with the family finances.

We developed strong personalities as aresult of our "life style". Hard work was never a difficult thing. Its all part of life because we set goals in our life. My father told me stories about the life of 'contract labour' and I guessed that he came over to Malaysia as one. But I often "joked" that he came by tongkang and swamed half way the Staraits of Malacca. But since he was not a good swimmer he landed in Johore. His 'friends' , the stronger ones , landed in Selangor and ' few' in Perak.He... heee.

Alhamdulilah, all is well that ends well. May Allah have mercy on my parents and place their souls with the Shuhada' and the Solihin, Amin.


Related Posts with Thumbnails