"Hai jiwa yang tenang,
kembalilah kepada Tuhan mu,
dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku
dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Di Era AI (artificial intelligence) sekarang kita boleh tersilap pilih.
Amat bahaya kerana kita mahukan teman yang bukan sahaja menjadi pendorong kearah kebaikan, kita mahukan teman yang dapat membawa kita ke Syurga Firdaus dengan kehendak Allah.
JOM kita ikut nasihat DOKTOR mengenai makanan dan pemakanan. Semoga menjadi asbab kita di kurnia umur yang bermunafaat.
Kita amat perlu menjaga kesihatan semoga dapat beramal soleh untuk diri dan juga untuk membantu mereka yang memerlukan. Allah menentukan segalanya. Namun Allah menuntut kita berikhtiar.
Semoga kita sentiasa bersyukur dan redha dan Allah swt Meredhai.
InsyaAllah jika samapai 12 Mei 2021 ini saya akan menjangkau 76 tahun ikut kiraan Hijrah.
Sekarang sudah pun mula lupa-lupa. Semoga tidak lebih dari itu dan semoga Allah kembalikan semua deria yang Allah kurnia hingga ke akhir hayat....termasuk deria ingat.
Saya terjumpa video di atas ini dan saya kongsikan semoga membawa munafaat tidak kira berapa umur sekarang. JOM IKUTI........
Kalau saya seorang lelaki saya akan ikuti sebab hidup di dunia dan mati di dunia hanya sekali. Asbab mati hanya Allah yang tahu hakikatnya. Dan jika kita ada "keraguan" atas kesahihannya, kita boleh ijtihad sendirian dan ikut apa kata Ustaz Ihsan Tanjung seperti dalam video. Kalau kita di takdirkan mati, saya mohon itu mati syahid sebab kita ikut Nas yang ustaz kata sebagai Hadith yang jelas kebenarnya.
Dalam kemelut politk yang ada sekarang sama-sama kita berdoa semoga kita bertenang menghadapi kehidupan seterusnya. Semoga Alla kurnia yang terbaik buat kita semua di sisiNYA.
Dalam pada itu kita berfikir-fikir tentang kesudahan kehidupan kita ini tidak kiralah kita tua atau muda. Allah punya perancangan buat kita semua. Semoga Allah kurnia belas kasihan dan kasih sayangNYA buat kita semua.
Hanya Mati yang pasti dalam hidup ini. Tetapi kita sentiasa berfikiran positif kerana Mati itu pun ada Hikmhnya. Kita beriman dan bertaqwa pada Allah semoga Mati kita itu membawa Bahagia pada hamba-hamba Allah yang Redha dan Allah meredhai.
Jom kita lihat Video diatas. Semoga Taufiq Hidayah Allah mengiringinya.