"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, November 22, 2021

DEMI CINTA !!! @Malam Cinta Rasul Pagoh Muar (Full with Subtitle)



Bismillah in Calligraphy.jpg

DEMI CINTA AKAN NABI SAW
DENGARILAH INI WALAU HANYA SEKALI.
KITA TETAP MERINDUINYA.
SEMOGA  ALLAH SWT KURNIA ATAS KITA SYAFAATNYA.
AAMEEN YA RABBAL AALAMEEN.


Sunday, November 21, 2021

Sentiasa Mengingatkan Diri ...@THE FINAL SIGNS BEFORE THE WORLD ENDS



Bismillah Calligraphy 76.svg


Sama - sama kita sentiasa mengingatkan diri akan hakikat bahawa 
kehidupan Dunia ini sudah amat hampir kepenghujungnya.
Namun hanya Allah yang Maha Mengetahui bila Saat itu akan berlaku.
Kita hanya cuba sedaya upaya buat persediaan untuk kematian. 
Sebab cara apa pun yang Allah swt takdirkan, setiap yang bernyawa 
akan menemui kematian.
Ya Allah yang Maha Pengasih Maha Penyayang,
 ampunilah dosa-dosa kami
 dan kurniakan kami Rahmat MU yang tidak Terhingga.
Aameen ya Rabb.....


Saturday, November 20, 2021

AMARAN BUAT KITA SEMUA .....@'Dear Malaysians' - Doctor sounds 'December wave' alarm for Covid-19





Kita masih dalam "Danger Zone" berkaitan wabak covid19 ini.
Maka kita berhati-hati jaga semua.
Kita iringi doa semoga Allah kurnia pertolongan
 dan kita selamat Dunia dan Akhirat.
Aamiin ya Rabb....




REALITY, JANGAN SYOK SANGAT! .....@Garasi Kupas | Kenapa Dos Ketiga Diperlukan



Bismillah Calligraphy 34.svg


MENGANALISA DATA DENGAN MANTAP.
JOM IKITI !

REALITY VS LOGIC 
KEDUDUKAN COVID19 DI MALAYSIA.
 FAHAMKAN DAN FIKIRKAN DENGAN HATI-HATI.
BANYAKAN DOA MOHON PERTOLONGAN ALLAH SWT.

Tiada sesuatu yang Allah izin berlaku yang tidak ada Hikmahnya.


Friday, November 19, 2021

Jom Bersama Kita Fahami ....@MENOLAK ILMU TASAWWUF SAMA DENGAN MENOLAK RASULULLAH | BUYA ARRAZY HASYIM



Bismillah Calligraphy 76.svg


Kalau belum faham, Kita usaha sampai faham kerana 
menolak Rasulullah itu adalah fakta yang bahaya.
JOM HATI-HATI...


Maher Zain - Ya Nabi Salam Alayka (Arabic) | ماهر زين - يا نبي سلام عليك selingan ringan



Basmalah.svg

JOM BANYAK BERSOLAWAT.


DENGARI SEMANGAT POSITIFNYA, SEPERTI SAYA TIDAK KUAT MACAM DIA ? ....@Living under a Bridge Doesn't Stop This Seattle Homeless Woman from Stay...



Bismillah Calligraphy 53.svg


Saya generasi pertama di Malaysia dari kelurga Pendatang.
Allahyarham Bapak saya datang ke sini (dulu Malaya) awal tahun 1900an.
Saya tidak pastikan bila. Cuma bila Bapak saya meninggal dunia dalam tahun 
1964 emak saya kata dia hampir 100 tahun. Allahu'alam.
Kaitan fakta ini ialah berkenaan saya melalui hidup dalam kemiskinan
 dan serba kekurangan walaupu tidak tinggal di bawah jambatan.

Bila saya mula ingat dalam umur 5/6 tahun
 saya sudah tinggal di rumah papan di kebun getah.
Pengalaman hidup macam cerita dalam video ini buat saya rasa 
amat sedih dan amat simpati dengan 'nasibnya'.
Tetapi saya amat terpegun mendenari ceritanya 
dalam menghadapi hidup miskin.

DIA SENTIASA BERFIKIRAN POSITIF WALAUPUN TERSEPIT HATINYA.

Saya anak bongsu dari lapan adik beradik. Maka saya tidak mengalami
 peritnya hidup miskin seperti kakak-kakak saya yang tua.
Namun saya tetap peka apa erti hidup serba susah
 dan serba tidak mencukupi.
Cuma saya tidak pernah rasa kelaparan berpanjangan
 sebab Allahyarham bapak saya menjadi pekebun diatas
 tanah ehsan "entah siapa".
Saya rasa itu tanah kerajaan dan bapak saya nekat tanam ubi, keladi, keledek
sebagai makanan asas. Kata emak saya tiada ganguan kerajaan.

Walaupun susah saya ingat saya riang. 
Teringat makan buah-buahan dari "kebun orang".
 Makan belalang pun jadi kesukaan. 
Bapak saya kerja ambil upah buat peparitan di kebun orang dan
 saya ingat banyak ikan termasuk belut dalam parit yang agak besar. 
Maka saya tidak rasa geli geliman
 bila orang cerita takut dan geli makan belut. 

Saya suka semangat wanita dalam video ini. Saya lihat air matanya
 sebagai keinsafan diri, mungkin rasa keseorangan 
dalam perjuang yang sukar.
Tidak ramai mahu menolong. Itu saya teringat Ustaz Ebit Lew 
suka tolong penghuni bawah jambatan.

Saya tenguk-tenguk juga kisah penghuni bawah jambatan di Utube
 terutamanya di negara asing yang kaya tetapi yang miskin tidak dijaga.
Saya tidak akan pernah lupa erti kemiskinan.
Selalu ingatkan anak-anak saya jangan ber mewah-mewah
 melayan cucu-cucu saya
 sebab nanti hati tidak ada kekuatan untuk mengharung kesusahan. 
Inikan pula sudah ada dalam fasa Akhir Zaman.
Dunia tidak akan menjadi lebih mewah dari apa yang ada sekarang.
Baru dilanda Covid19 pun kita  seluruh dunia sudah kebingungan.

Tetapi kita yakin dengan Janji Allah swt. 
Allah tidak pernah menzalimi makhluknya.
Setiap kesusahan ada kemudahan. 
Cuma orang-orang yang beriman sahaja yang nampak Janji Allah ini.
Sedikit perigatan dari AlQuran di bawah ini.
(Maaf no. ayat slap print. Tetapi bunyi ayat tidak silap)
Bismillah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

A001

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu:

 dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah petunjuk) ?

(Ash-Syar-h 94:1) A002

Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam) -

(Ash-Syar-h 94:2) A003

Yang memberati tanggunganmu, 

(dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)?

(Ash-Syar-h 94:3) |A004

Dan Kami telah meninggikan bagimu: sebutan namamu 

(dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)?

(Ash-Syar-h 94:4) |
A005

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) 

bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,

(Ash-Syar-h 94:5) |A006

(Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

(Ash-Syar-h 94:6) |
A007

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), 

maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain),

(Ash-Syar-h 94:7) |A008

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon

 (apa yang engkau gemar dan ingini).

(Ash-Syar-h 94:8) |







Related Posts with Thumbnails