Saya berniat untuk berhenti sebentar memikirkan tentang apa yang akan berlaku pada dunia kini Mubarak sudah tidak ada. Adakah dunia Arab Islam akan bertukar wajah. Saya terfikir sendiri, mengapa kita sibuk memperkatakan hal negara orang, negara sendiri bagimana.
Maka saya mengimbas semula peranan saya dalam keluarga dan hubungan saya dengan anak cucu dan anak-anak saudara dan cucu-cucu saudara. Mereka inilah pewaris negara. Adakah mereka akan membesar dan dewasa sebagai warga yang peka dan berjati diri dan sanggup berkorban untuk mempertahankan bumi Islam. Kita harus memulakannya untuk mereka membesar bukan sahaja mereka kasih pada ibu bapa kandung tetapi kasih juga pada ibu-ibu saudara dan bapa-bapa saudara.
Ini cerita kakak saya yang sangat seronok dengan cucu-cucu dari cucu pertama ketika umurnya mencecah limapuluhan hinggalah hari ini. Sekarang ia berumur 72 tahun. Saya rasa jelous bagaimana ia ada stamina untuk mengurus makan minum cucu-cucu bila-bila masa mereka datang berkunjung. Saya jauh lebih muda darinya, tetapi surrender jika terkena menjaga cucu waktu kecemasan, iaitu bila pengasuhnya berhenti mengejut. Rupa-rupanya kakak saya berpandangan jauh. Kalau kita mahukan mereka membesar dan dewasa tanpa berkira tentang pengorbanan masa, harta dan tenaga, maka kita berikan contoh kita untuk mereka ikuti. Alhamdulilah. Kakak saya ini berjiwa besar.
Sekarang ini cucu yang tua, lelaki, nampaknya sudah hampir untuk berumah tangga kerana sudah tamat pengajian . Kakak saya cuba mengingatkan bahawa dalam Islam berumah tangga bukan untuk dua manusia sahaja. Dia adalah untuk keluarga, kemudian untuk masyarakat dan kemudian untuk negara. Perkahwinana adalah antara asas kekuatan orang-orang Islam. Jika prinsip ini kita ikuti, masyarakat tidak akan pincang dan bobrok. Masyarakat yang tidak percaya lagi mengenai institusi perkahwinan akan runtuh binasa akhirnya.
Cucu anak sulung yang dua lagi masih meneruskan pengajian di Jordan dan di Jepun. Kakak saya merasakan ini adalah juga kejayaannya walaupun dia tidak pernah mengatakannya secara langsung. Maka saya kata: "Behind every successful man is a caring grandmother".
Cucu anak sulung yang dua lagi masih meneruskan pengajian di Jordan dan di Jepun. Kakak saya merasakan ini adalah juga kejayaannya walaupun dia tidak pernah mengatakannya secara langsung. Maka saya kata: "Behind every successful man is a caring grandmother".
Saya rasa ini betul kerana jika ada masaalah penjagaan cucu, kakak sayalah yang menolong tanpa banyak bicara. Kalau saya sendiri saya rasa tidak sepontan seperti itu tentang menjaga cucu.Kakak saya adalah seorang guru dan walau pun telah bersara, kasih sayangnya pada kanak-kanak masih terus segar. Alhamdulilah. Melalui cucu-cucunya lah kakak saya berdakwah dengan mengajarkan hal-hal fardhu ain dan lain-lain yang berkaitan dengannya bila-bila masa bersama, mengikut kemampuan yang ada.
Ini gambar kenangan semasa musim cuti sempena Hari Tahun Baru Cina 2011. Cucu-cucu yang ada terara adalah dari tiga anak lelaki kakak saya, Azirin, Azmin dan Azman. Kesemuanya lelaki dan yang sulung Azrain tidak pulang pada kali ini. Kakak saya tidak ada anak perempuan, tetapi kesemua anak lelakinya boleh membuat kerja-kerja rumah tangga dengan agak cekap kerana telah dilatih dan dididik dari kecil lagi. Saya berpendapat sangat beruntung isteri-isteri mereka, terutamanya dalam kehidupan hari ini dimana usaha mendapatkan pembantu rumah yang sempurna amat sukar sekali. Semangat lengkap melengkapi inilah yang kakak saya tanamkan pada anak dan anak menantu. Semoga ini diwarisi pula hingga keakhir zaman.
Jarang-jarang sekali saya dapat bersama mereka, dan apabila mendapat ruang dan peluang saya pula cuba menekankan prinsip hidup seorang pejuang. Cerita-cerita berkisar sekeliling pejuang Islam seperti Salahuddin Al Ayubi, Al Fatih dan sepertinya. (Setelah kejadian di Mesir insyaAllah akan saya selitkan juga erti jati diri dan apa erti pengorbanan yang sebenarnya pada golongan muda). Semoga generasi ini akan sentiasa menyedari bahawa kejayaan dalam hidup bukan diukur dari segi harta, walaupun harta itu penting. Seperti ilmu, harta bukan matlamat akhir. Ilmu dan harta tidak ada makna jika tidak digunakan dalam ruang lingkup mentauhidkan Allah dan mencari keredhaannya. Dan antara cara mencari keredhaanNYA ialah bersikap sanggup berkorban dan sanggup mengambil risiko demi menegakkan kebenaran yang hakiki. Semoga Allah sentiasa memelihara dan memudahkan.
Ameen.
2 comments:
Assalamualaikum Puan, catatan puan mengamit rindu pada Umi saya. Umi saya pun bekas guru pencen yang amat sibuk dengan pelbagai aktiviti kerohanian, urusan homestay dan 9 cucu - umi tidak pernah mengata tidak jika anak2 mintak emergency assistance. Saya memohon pada Allah agar dipermudahkan segala urusan dunia dan akhirat dan sentiasa dianugerahi nikmat disamping cucu2 pada semua wanita2 hebat ini Ameen.
Mieza
Salam Rosie.Thank you for visiting. Kasih Ibu membawa kesyurga. Satu hadis mengatakan anatra jalan-jalan untuk mendapat khusnul Khatimah (kesudahan mati yang baik) ialah menjaga kedua ibu bapa dengan ikhlas dan sempurna. Maka jagalah mereka dengan penuh kasih sayang. Penjagaan atas mereka bukan satu bebanan. Take care.
Post a Comment