"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, April 5, 2011

JALAN KE SYURGA





Banyak cara jalan ke Syurga. Tetapi jalan-jalan ini seharusnya jalan yang telah digariskan di dalam alQuran dan hadith Junjungan kita (saw). Cara yang lain Allah tidak terima walaupun nampak logik dari pandangan mata dan  nampak cantik dari susunan strukturnya.

Walaubagaimana pun tidak ada jalan pintas untuk menuju kepadaNya. Walaupun jalan berbeza-beza prinsipnya adalah sama, iaitu menjunjung prinsip mentauhidkan Allah sepenuhnya jua. Apabila seorang Mukmin menemui ajalnya, hadith mengatakan hanya tiga perkara yang dibawa olehnya. 1) Sedekah Jariah, 2) Ilmu yang di munafaatkan dan 3) Anak-anak yang soleh yang sentiasa mendoakan. Dengan tiga perkara ini  semoga Rahmat Allah akan bersama dan mudahlah kita meneroka laluan ke sana.

Baru-baru ini saya dan rakan-rakan diperingatkan lagi mengenainya dalam satu perjumpaan Mesyuarat Agong Pertubuhan Mawaddah Malaysia (PMM) yang diadakan di Shah Alam. PMM adalah sebuah pertubuhan sukarela (NGO) yang baru berumur 5 tahun. Banyk masaalah yan dihadapi terutamanya mengenai keahlian dan kewangan. Tetapi berkat doa dan kegigihan ahli berusaha tanpa mengenal penat lelah menghasilkan kejayaan yang memuasakan memandangkan banyak kekangan yang terpaksa dilalui. Alhamdulilah.

Maka Ustazah Maznah Hj Daud selaku Pengerusi telah memberikan kata-kata aluan didalam mesyuarat itu dengan membangkitkan semangat ahli untuk berusaha terus menerus. Beliau memberi tajuk ucapannya: MENCARI SYURGA BERSAMA NGO.

Gambar menunjukan Ustazah Maznah didengari dan
Sebahagian kumpulan ahli yang hadir


Dalam Surah Ali Imran ayat  195 Allah berfirman yang bermaksud:  "Maka Tuhan perkenankan doa mereka 'Sesungguhnya Aku tidak akan mensis-siakan amalan orang-orang yang beramal dari diantara kamu lelaki atau  perempuan (kerana) setengah kamu  (adalah keturunan) dari setengahnya yang lain; maka orang-orang yang berhijrah (kerena menyelamatkan agamanya)  dan yang diusir keluar dari tempat tinggalnya dan juga yang disakiti kerana menjalankan agama mu dan yang berperang (pada jalan Allah)  dan yang terbunuh , sesungguhnya Aku akan hapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan sesungguhnya Aku akan masukan mereka ke dalam Syurga yang mengalir dari di bawahnya beberapa sungai sebagai pahala dari di sisi Allah dan dari di sisi Allah jualah adanya pahala yang sebaik-baiknya".

Antara maksud ayat ini ialah supaya kita berusaha beramal, terutamanya untuk membela Islam. Kita beramal bukan untuk diri sendiri sahaja seperti yang dituntut dalam ibdah fardhu ain, tetapi kita di tuntut juga mengamalkan ibadah fardhu kifayah dan ibadah-ibdah sunat yang lain. Antara salah satu jalan berbuat demikian iala melalui badan-badan sukarela NGO.

 Kita disarankan untuk berbakti pada masyarakat semasa kita berumur muda dan janganlah menunggu waktu telah bersara dari kerjaya yang formal. Hidup kita terlalu singkat untuk mengguhkan kerja-kerja kebajikan kerana ditakuti tidak berkesempatan. Pandai-pandailahlah kita mengaturkan masa dan jika kita benar-benar ikhlas dan  bersungguh-sungguh, Allah akan membantu dan memudahkan perjalanan kita.

Kerja-kerja amal ibadah yang berbentuk untuk diri akan tamat munafaatnya ketika kita meninggalkan dunia ini. Tetapi amal ibadah yang kita buat untuk masyarakat seperti untuk pendidikan, kebajikan orang-orng miskin dan yang memerlukan dan lain-lain sepertinya, maka munafaat  amalan itu akan terkumpul hingga hari Qiamat. Pahalanya berganda-ganda seperti yang tersebut dalam ayat AlQuran  di atas tadi.

Maka Ustazah Maznah mengingatkan supaya kita berbakti, dan antara cara yang mudah ialah melalui NGO kerana strukturny dan networkingnya telah tersusun.
SELAMAT MAJU JAYA BERSAMA NGO.
Semoga Allah memberi pertolongan dan memudahkan segalamya. Semoga kita berjumpa di Surga pilihan kita dengan Rahmat Allah jua adanya.  Ameen.

2 comments:

Makbonda61 said...

Asslamualaikum Puan,

Syabas,mememenuhkan hujung kehidupan dengan sesuatu yang bermunafaat. Baik lagi jika ada usaha menampak bilangan peserta untuk turut serta.

Semoga setiap umat Islam mendapat peluang untuk menghampiri wadah perjuangan menegakkan Islam.

Allahuakbar

ngasobahseliman said...

Dear Makbonda,Tq for visiting. Keahlian PMM belum boleh dibanggakan. Sebab itu sekarang kita sedang buat kempen mendapatkan ahli. Ramai antara kita, termasuk saya semasa muda, menyangka masa terbaik untuk kerja-kerja NGO adalah selepas bersara.Ini merugikan sebab lepas bersara tenaga amat berkurangan dan kesihatan menjadi kekangan. Siapa yang bersara awal beruntunglah kalau terus melibat diri dengan kerja-kerja sukarela. Sebenarnya salah sebut sukarela, kerana menjadikan minda kita malas untuk bersegera.Tetapi kalau ikut cara lain pun tak ape, asalkan kita buat kebajikan untuk orang lain juga. salam.

Related Posts with Thumbnails