"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Tuesday, April 12, 2011
KARENAH TOK AYAH PULA.
Bukan cucu-cucu sahaja banyak karenah. Tok Ayah juga banyak karenah. Kalau tidak jumpa cucu seminggu pun dia mula resah. Maka hujung minggu lepas terpaksa saya bersiap tergesa-gesa hampir jam 6 petang hari Ahad untuk ke Putrajaya supaya dapat bersama cucu, terutamanya Huzaifah (UJAI) yang sudah mula pandai bersembang. Biasanya pada malam Isnin saya suka tidur di rumah, tetapi malam itu saya tidur juga di Putrajaya kerana esuknya Tok Ayah hendak tenguk Ujai ke sekolah.
Selepas subuh di Masjid cepat-cepat ia pulang ke rumah dan tolong anak saya siapkan Ujai. Tok Ayah pun rasa "hebat" dapat pakaikan stokin cucu. Masa dengan anak-anak dulu tugas ini tidak terlintas dihatinya. Agaknya itulah fitrah manusia. Menjelang umur tua, mulalah dapat merasakan apa yang dahulu terlalu sibuk untuk diberi perhatian. Cucu pun seronok sama. kalau lama tidak jumpa Tok Ayah dia akan bertanya kenapa tidak pergi rumah Tok Ayah. Itulah pusingan hidup. Akhirnya kita bertemu Allah dan semoga doa kita untuk cucu-cucu Allah terima dan cucu-cucu pun nanti diharapkan dapat mendoakan Tok Ayah dan semua yang pergi dahulu darinya. Semoga Allah merestui. Ameen.
Semoga ia membesar sihat dan gagah dan doa kami untuk UJAI menjadi seorang ululalbab dan seorang mujahid akan Allah anugerah atasnya. Ameen.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Aduhai Tok Ayah. Saya juga ada seorang Pakcik yang telah bersara,volunteer menghuruskan persekolahan cucu dari beg sekolah hingga ke bilik darjah. Bukan main lagi komplein jika ada kepicangan pihak sekolah. Masa anak-anak sekolah dulu tak pernah sempat pantau beg sekolah pun.
Alhamdulillah sempat merasa nikmat bercucu.
Alhamdulilah. Embah pun buat-buat tak kalut. Tapi kalau tenguk ayah dan ibunya lengai jaga anak, embah pun naik "berang".
Begitulah hidup. Semasa ada kita jarang menghargai. Semoga kita sentiasa sedar supaya tiada yang perlu disesali. Salam.
Post a Comment