"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, April 13, 2011

SERABUT


Serabut rasa diminda bila saya asyik mendengar bagaimana orang Melayu boleh mempertahankan kedudukan ketuanan nya. Mengapakah kita asyik sibuk dan menyibukan diri dengan berbagai majlis ceramah, wacana dan berbagai lagi untuk memperkatakan sesuatu yang saya rasa Malaikat tidak tanya nanti di Alam Barzah. Tetapi Malaikat akan tanya dengan perintah Allah jua untuk menyoalkan pegangan dan amalan keimanan Islam kita. Sejauh mana kita telah mentauhidkan  Allah dalam perilaku kita di semua aspek kehidupan.

Malahan kita Melayu yang Islam akan ditanya juga sejauh mana kita telah mengembangkan kebenaran hak kewujudan Allah yang maha pencipta sekian alam. Bolehkah kita belepas diri dengan mengatakan bahawa itu bukan tanggongjawab kita. Saya sudah dakwah pada kaum saya, iaitu Melayu sahaja dan melupakan bahawa isu dakwah adalah isu global.

Kita sering kali terperangkap dalam kemelut memperkatakan perkara yang kecil-kecil seperti Ketuanan Melayu dan lupa bahawa kita sebagai khalifah di muka buymi ini mempunyai tugas yang lebih besar. Tugasan kita meliputi membangunkan sekian alam. Itulah yang disebut banyak kali di dalam alQuran. Tidak salah kita mahu membangunan bangsa keturunan kita, tetapi jangan  sampai kita hilang punca janji kita pada Allah semasa kita dicipta dahulu.

Oleh kerana berfikiran kecil maka tindak-tanduk kita akan berkisar dalam ruang lingkup mempertahankan diri  atau defensif dan jarang sekali keluar menerajui perlaksanaan hak Islam / Melayu secara ofensive. Kita perlu yakin bahawa yang benar tetap benar, dan yang batil tetap batil. Walaubagaimana pun perbuatan dan tindakan kita perlu berhikmah seperti yang diajarkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhamad saw.

Bila kita defensif, kita asyik sibuk mempertahankan kedudukan kita dalam sejarah. Orang Melayulah yang berhak atas bumi nusantara ini. Yang lain adalah keturunan pendatang. Maka hak pendatang tidak boleh setaraf dengan hak penduduk asli dan penduduk utama. Begiltulah lebih kurang cara kita berdebat.  Tetapi di dalam alQuran seruan Allah adalah "Wahai manusia" atau "Wahai orang-orang yang beriman." Selain dari itu tidak ada. Maka mengapa kita sibuk sangat dengan Ketuanan Melayu. Isu-isu Islam diambil ringan.  Serabut otak saya........

Semoga Allah meanugerah taufik dan hidayahNYA dan kita sentiasa di jalan yang diredhaiNya.Ameen.
WaAllahu'alam.

8 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum

Salam kenal.. nak bertanya, dulu puan pernah bertugas di Kementerian Pendidikan? Maaf jika salah orang

ngasobahseliman said...

Salam kembali. Benar saya dulu di kementerian pendidikan, Bahagian Biasiswa dan kemudian Bah. Sumber manusia. Sekarang dah bersara sejak 2003. Mohon maaf kalau dahulu saya membuat kesilapan yang melibatkan diri sdri. TQ.

Makbonda61 said...

Agaknya mereke berfikir Mizan yang digunakan di Sana nanti punya jenama mengikut suku-suku.Hmmm
Wallahuaalam.

ngasobahseliman said...

Itulah kita manusia. Allah sering bagi kita yang mudah, kita cari yang susah-susah. Semoga Allah memelihara kita dari kekeliruan dan kesesatan. Dan semoga kita tidak tersasar tujuan. Salam.

noraini said...

salam sobah
sejarah kita ialah sejarah kejadian manusia yang di tugaskan 4 perkara:
beribadah
sebagai khalifah Allah
memamkmurkan bumi melalui akal sihat (ulul albab)
berdakwah ttg kebenaran (inilah jalanKu yang lurus, maka ikutilah)

sejarah kita juga bangun jatuhnya tamaddun lslam. itu yang patut di pertahan dan di perjuangkan.

lupa sejarah asal usul derail jadinya
WaAllhu'alam

ngasobahseliman said...

Benar kata Datin. Tetapi ramai kita yang belum rasa tergugat dengan keadaan pemikiran yang ada yang belum mahu menerima Islam sepenuhnya. Semoga Allah menunjuk jalan.

Werdah said...

Salam sekali lagi

Alhamdulillah memang benar apa yang saya jangkakan..

Puan, tidak ada buat apa-apa yang salah, jadi tak ada apa-apa yang patut puan mohon maaf.. saya pernah mengikuti ceramah puan masa berkursus induksi anjuran JPWP lama dulu..

Saya juga mohon maaf jika ada buat silap..

ngasobahseliman said...

Dear Werdah, Thank you for visiting. Blog orang bersara lain kan... tak macam blog orang-orang muda. Perjalan hidup berperingkat....semoga bila sampai ke penghujunganya kita telah temui apa yang kita cari. Semoga Allah meredhai. Salam.

Related Posts with Thumbnails