"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, May 18, 2011

CERITA-CERITI DI TURKEY





Alhamdulilah, peristiwa-peristiwa indah yang kecil tetapi istimewa saya catat dientry ini sebagai menyatakan kesyukuran pada  Allah yang memberi nikmat yang berlainan kali ini. Suami saya di hadiahkan Kek Hari Lahir yang ke 64  pada 5 Mei semasa makan malam di hotel penginapan kami. Tidak pernah mendapat perhatian seperti ini dan ia membawa rasa bahagia.Terima kasih pada teman-teman dan Ikin, ketua POTO travel yang bersama kami dan Alpin Kareem pemandu pelancung kami.




Sekuntum mawar di pagi hari menandakan HARI IBU amat terkesan dihati. Ia hadiah dari Syarikat pelancungan yang di sampaikan oleh Ibramim bey, Captain bas kami. Bahagia sekali dan bertambah bahagia bila menerima sms dari anak mengucap selamat dan mendoakan sejahtera. Maka berceritalah pada kawan akrab dan kami rakam saat itu semasa dalam boat mengelilingi Lautan Bosperous pada 8 Mei yang dingin sekali.
Saya rakam juga pemandangan dari Bosperous Cruise yang cantik dan menghayalkan. Bila akan sampai lagi !

Hidangan makanan di Turkey rata-rata lumayan dan enak sekali. Di atas ini makan kebab kambing biri-biri dan  salad yang berbagai, ada yang belum  pernah saya rasai. Rezeki kurnia Allah yang tidak terperi. Ladang kambing biri-biri banyak sekali maka tidak hairanlah ia menjadi makanan kesukaan ramai.  Tidak puas dengan hidangan yang telah termasuk dalam  pakej saya dan suami mecuba juga yang dihidang di salah satu superstore terkenal dan mewah di bandaraya Istanbul. Istanbull Cevasir namanya.

Enak sekali, mesti datang lagi. Mahal sedikit, tetapi puas hati.






Ladang biri-biri di Turkey luas sekali. Sejauh mata memandang. Maka tidak hairanlah Turkey adalah antara negara di dunia ini yang mengexpot carpet. Carpet-carpet yang terkenal adalah buatan tangan dan bahan-bahan yang digunakan adalah bahan-bahan asli yang sememangnya ada di negara itu, terutamanya  sutera dan wool. Bahan untuk mewarna juga adalah dari bahan tumbuha-tumbuhan organik. Kami sempat melawat tempat melukis bentuk design carpet dan menganyamnya dengan tenaga tangan. wanita-wanita.Tempat ini terletak di Cappadocia, (Land of Beautiful Horses).

Pengusaha carpet, Hamdi bey memberi penerangan. Bahasa inggerisnya perfect sekali.

Seorang pekerja wanita, Khadijah, membuat demonstrasi menganyam carpet.

Di dewan pameran bagi sesiapa yang berminat membeli. 
Menjamu mata pun sudah lebih dari memadai.







Selepas mendapat penerangan mengenai pembuatan carpet kami beredar untuk makan tengah hari, di restoran bawah tanah(gua) yang unique bagi kami.Membeli atau tidak semua ahli berpuas hati kerana bila pulang ke Malaysia tiada siapa yang boleh mengelirukan jika ingin membeli, iaitu carpet mana yang baik dan yang mana kurang baiak, bahan apa yang diguna, jenis 'stich' yang dipilih dan berapa halus benang yang diguna. Dan kami akan tahu carpet yang dibuat dengan machine dan mana yang dibuat dengan tangan. Alhamdulilah, bertambah ilmu kami. Itulah satu aspek tadabbur alam yang kami lalui.

Dewan makan di restoran bawah tanah (Gua). Sambil makan kami dihiburkan dengan lagu
oleh seorang pemain alat musik  tradisionaldaerah itu.

 Tidak membeli, ambil gambar pun tak ape!

Kami melawat juga tempat membuat ceramics. Duduknya juga di bawah tanah. Saya perhatikan di kawasan ini banyak tempat perusahaan craft duduknya di bawah tanah (Gua). Kata pemandu pelancung kami, beberapa ratus tahun yang lalu rumah-rumah dan gereja dibina di gua-gua. Sebuah bandar sejarah "Underground City" telah juga kami lawati. Dalam sejarah penduduk tempatan akan lari masuk ke tempat ini bila mereka diserang musuh. Mereka akan duduk hingga diberitahu keadaan selamat untuk pulang ke rumah masing-masing. Kalau zaman sekarang mungkin kita kata 'bunkers'. Cuma tempat ini luas dan besar. Saya tidak menjelajah kesemua pelusuk Underground City itu kerana tiada tenaga yang mencukupi. Lorong-lorongnya amat sempit dan kita terpaksa menundukan kepala. (Teringat peristiwa masuk dalam Piramid di Mesir pada akhir tahun tujuhpuluhan. Tak apalah, waktu itu muda dan apa jua boleh belaka).  Kini 64 tahun dan terlalu ramai pelancung dan rasa tidak selesa. Kami rehat minum kopi dan membeli belah sebagai aktiviti ganti. Satu gelas kertas yang kecil harganya RM6. Tidak mengapa bagi penduduk tempatan kerana pendapatan mereka tinggi dan mencukupi jua.

Penat tetapi seronok, terutamanya bila tawar menawar dengan menggunakan bahasa inggeris yang terhad. Hampir seperti ayam dan itek.


Selama seminggu, salah satu tempat yang ingin saya rakam tempat tinggal ialah di Torkmutfag seperti di atas. Rupa bentuk bangunan seperti UK, Tudor arcirecture kata seorang teman saya. Saya sukakannya kerana suasana tempat makan membuat rasa tenang dan tidak rasa terburu-buru untuk cepat habis.


Itulah cerita-ceriti di Turkey serba ringkas. Jika ada kesempatan mungkin saya tulis lagi. Suami dan saya bersyukur dapat melancung ketempat seindah ini. MAKA MANAKAH NIKMAT ALLAH YANG MAHU KAMU DUSTAKA?  Subhanallah. Hanya pada Allah kami bergantung dan pada Allah kami Pasrah.

No comments:

Related Posts with Thumbnails