"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, May 14, 2011

MERAH DARAH





Berkibar megah dan terus berkibar megah. Merah menyala gagah. Itulah Lambang keberanian dan darah merah pengorbanan jiwa raga rakyat mempertahan negara. tanpa mengalah.  Itulah warna bendera Negara Turkey. Sangat menyentuh hati bila fakta ini disebut oleh pemandu pelancung selama kami di bumi Turkey  yang penuh sejarah ini. Seminggu kami di sana cuba memahami sejarah dan pembangunan negara yang disegani dimata dunia.

Turkey hari ini adalah dengan rasminya disebut Republic of Turkey. Sejarah negara ini amat rumit untuk saya fahami dengan mendalam dan mengikutinya satu persatu kerana terlalu banyak peristiwa yang melibatkan berbagai kuasa besar dunia yang mahu menaklukinya pada ketika dahulu hinggalah ia mencapai kemerdekaannya. Orang yang seperti saya yang lemah dalam sejarah hanya mengetahui secara sepintas lalu,  "touch and go" sahaja, walaupun beberapa kali disebut oleh pemandu pelancung dan diberi gambaran dalam peta di dinding bangunan bersejarah seperti di bawah ini.



Secara ringkas Turkey dahulunya dinamakan 'Ancient Anatolia' dalam kurun 11 AD.  Dari tahun 1299 - 1699 ia dibawah kuasa  Abbasid dan  kemudian Ottoman.(semoga betul fahaman saya).   Kejatuhan kerajaan Rome dalam tahun 1453 adalah diketuai oleh Sultan Mehmed II atau lebih dikenali sebagai Al Fatih (the Conqueror). Gereja teragong Santa Sophia dirombak dan di jadikan Masjid yang diberi nama Hagia Sophia atau Ayasofia. Gambar berikut menampakan kehebatan senibinanya yang bertahan sehingga kini.

Pandangan dari jauh.

Chandelier yang digantung rendah mengikut fakta sejarah.


Antara reka bentuk dan ukiran dalaman.


Pandangan Mihrab setelah Gereja menjadi Masjid.


Hiasan cermin kaca yang warna warni.






Pada tahun 1462 Al Fatih membina Istana agongnya yang diberi nama Topkapi Sarayi yang sekarang adalah sebuah musium. Di dalamnya terdapat ruang -ruang khas seorang Sultan termasuk dewan besar dan dapur, dan berbagai lagi. Dinding-dinding berhias cantikdari ukiran batu marmar. Tetapi yang menarik perhatian   ialah bahan-bahan sejarah seperti pedang sahabat-sahabat Rasulullah, kesan tapak nabi dan kesan janggutnya. Juga tinggalan baju Siti Fatimah, anak Rasulullah saw.(kami tidak dibenar mengambil foto).

Dinding hiasan ukiran marble.

Anjung tempat Sultan berehat menunggu azan untuk berbuka puasa.

Dari anjung melihat ke lautan Marmara.

Di perkarangan Tokapi juga ada taman bunga Tulip yang di bina oleh Al Fatih 
tetapi sekarang tinggal sedikit sahaja. 

Constantinople ditukar nama menjadi Istanbul. Bangunan-bangunan yang tersergam indah di sekeliling Istanbul dan kemudiannya di daerah lain adalah dibina oleh seorang Akitek terkenal bernama Sinan. Dalam sebuah penulisan sejarah dikatakan beliau membina 79 Masjid, 34 Istana, 33 public baths, 19 maqam (tombs), 62 sekolah dan 12 Caravanserais (Tempat persinggahan pedagang-pedagang kuno  ketika dalam perjalanan ke sebelah Timur Turkey). Oleh kerana zaman itu zaman mewah maka Sultan Mehmud II (Al Fatih) membina sebuah  masjid kembar yang diberi nama "The Blue Mosque" berhampiran dengan  Aya Sophia.

Pemandangan jauh The Blue Mosque.

Tempat wudhu lelaki

Dewan Solat

Antara hiasan dalaman  di atas siling yang cantik indah

Peninggalan sejarah amat mengkagumkan. Tetapi tidak banyak diceritakan oleh pemandu pelancung tentang kehidupan rakyat biasa. Cuma yang kami difahamkan wilayah ini  selalu dilanda peperangan. Kedudukannya yang strategik menyebabkan banyak kuasa besar di sekelilingnya yang mahu menaklukinya. Nyatalah ini telah terjadi. Kekuasan negara Rome diganti dengan Kekuasaan Bayzantine dan kemudian kekuasaan Ottoman sebelum kemerdekaannya  selepas perang dunia pertama.  Berbagai peperangan yang dialami rakyat dari zaman kezaman.Peperangan yang terpenting yang selalu disebut-sebut dan dimaklumkan pada pelancung ialah "The Battle of Sakarya". Ia adalah pertahanan terakhir menentang  tentera Greek dalam peristiwa peperangan untuk mencapai Kemerdekaan bagi negara Turkey.

Tahun 1909 adalah tahun bermulanya Kamel Ataturk menerajui kepimpinan dalam peperangan. Banyak penulisan sejarah tetapi saya tidak mampu menulisnya semula di sini kerana ia memerlukan kefahaman yang mendalam dalam  hal sejarah. Cukup bagi saya untuk memperkatakan bahawa Kamel Ataturk yang menjadi daya pendorong utama ke arah kejayaan kemerdekaan ini.. Banyak penulisan sejarah yang menyanjung beliau yang dari umur mudanya sudah menampakan quality kepimpinan yang luar biasa. Ia dapat menterjemahkan kekuatan rakyatnya menjadi kenyataan berani maju bertempur hingga ketitisan darah yang akhir.

Antara tempat lawatan  yang mengkagumkan dari segi persembahan maklumat ialah lawatan ke Musium dimana dirakamkan kehebatan Mustafa Kamal Ataturk dalam peperangan Kemerdekaan terutamanya pertempuran di Sakarya. (kami tidak dibenarkan mengambil foto di sini). Sebab itulah warna bendera  Republik Turkey adalah merah. Merah berdarah yang melambangkan kehebatan jiwa keberanian dan kesungguhan tentera dan rakyat Turkey mencapai kemerdekaan.

Kini Turkey merdeka. Pendudunya seramai 75.8 juta dan di Istanbul sendiri pendudunya adalah seramai 18 juta. Kami dapati barang-barang agak mahal harganya. Tetapi kami tidak dapat meninjau kawasan yang kurang berkempuan dari segi ekonominya untuk kami mendapat bandingan. Walaubagaimanapun, kami dimaklumkan bahawa  gross per capita income ialah dollar US 8,720/- Barang-barang export utama ialah textiles dan pakaian, buah-buahan dan sayuran, besi keluli, kenderan dan berbagai machinery berat dan bahan bakar dan minyak.

Antara pemandangan di Istanbul hari ini.

Pemandangan indah di Istanbul menampakan kemewahan yang majority rakyatnya berpuas hati. Sememangnya ada elemen pembangkang terutamanya dari daerah orang-orang Kurdish. Tetapi ini dapat dibendung oleh kerajaan yang ada sekarang. Kerajaan sekarang diketuai oleh perdana menteri Recep Tayyip Erdogan dan President Abdullah Gul. Kedua-duanya dari Parti AKP (Parti Keadilan dan Pembangunan). Parti ini ada yang mengatakan bahawa ia mirip parti Islam. Dengan itu banyaklah masaalah yang dihadapi kerana Perlembagaan Republik Turkey mengatakan nergara itu adalah negara Sekular.

Walau apa pun banyak negara di dunia ini yang  memerhati perkembangan seterusnya. Turkey adalah bergabung dengan NATO dan sekarang sedang dipertimbangkan untuk menjadi ahli Europesn Union. Saya kagum dengan kesungguhan rakyat Turkey membina negaranya. Tetapi saya bersedih, sangat bersedih hati  kerana negara Islam yang dahulunya masyhur dengan kekuatan dan kekayaan negara, kini bukan lagi negara Islam walaupun pendduduknaya adalah 99%  mereka yang mengaku dirinya Islam. Disepanjang musafir, kami agak kurang selesa dengan pilihan makanan dari segi fakta halalnya. Tetapi pemandu pelancung kami meyakinkan kami bahawa kami tidak perlu bimbang. Beliau juga adalah seorang Islam.

Republik Turkey adalah negara yang unik dari beberapa aspek lagi. Akan saya ceritakan nanti dilain entry, insyaAllah. Semoga Turkey akan kembali gemilang menjunjung AlQuran.

No comments:

Related Posts with Thumbnails