"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, May 27, 2011

MASIH TERINGAT-INGAT








Mengapa masih teringat-ingat perihal lawatan ke Turki baru-baru ini walaupun telah cuba saya tutup entry blog saya dan tidak bertujuan  bercerita lanjut  tentangnya. Mungkin kerana kelmarin dulu kami ditanya dalam sessi sembang santai minum pagi di "Speakers Corner" Masjid Kg. Tunku bagaimana pendapat  ahli rombongan musafir kami  mengenai penghayatan Islam oleh  penduduknya semasa di Turki . Berbagai pendapat dan berbagai cara kami masing-masing  bercerita. Mereka yang pernah ke sana pada waktu yang lain  juga  menambah maklumat yang ada pada mereka sama ada dari segi pengalaman secara langsung  atau pun dari segi hasil  pembacaan.

Sememangnya Turki sukar dilupai. Mana mungkin dilupai begitu sahaja kerana di sanalah letaknya sejarah kekuatan Islam satu ketika dahulu, iaitu dalam pemerintahan Empayer Othmaniah.Saya secara peribadi suka melihat Turki sebagai satu negara yang berpotensi untuk menerajui kepimpinan dunia bagi pihak negara Islam yang lain. Warga Turki saya perhatikan mempunyai nilai insaniah yang positif yang boleh jadi daya penggerak untuk apa jua usaha kearah  pembangunan dan perjuangan. Nilai insaniah yang positif ini jika di gabung dengan nilai-nilai Islami saya yakin satu hari nanti dunia akan berfikir dua kali kalau mahu "memperlekeh" Turki.

Dalam sessi itu ada seorang ahli yang dahulunya bekerja di Biro Tata Negara bertanyakan pendapat sama ada rakyat Malaysia adalah lebih beruntung berbanding dengan rakyaat Turki dari segi kebebasan beragama, terutamanya dari segi penghayatan Islam. Saya menyatakan bahawa soalan itu  merupakan soalan yang  berat walaupun nampak seperti ringan. Maka saya hanya berkata: " Di Turki kerajaan mengatakan ia Negara Sekular, tetapi pemimpinya amat komited untuk mengembalikan Islam ke tempat yang tertinggi. Di Malaysia kerajaan mengatakan ia Negara Islam tetapi komitmen untuk benar-benar menegakan syariatnya hanya seperti melepas batuk di tangga." Tiada yang komen jawapan saya ketika itu. Mungkin dilain sessi nanti agaknya. Cuma marilah kita fifirkan sama-sama. Secara santai saya katakan saya suka tinggal di Malaysia tetapi  bermimpikan pemimpin seperti Perdana Menteri Turki sekarang. Mungkinkah?....

Pernah saya ikuti berita di CNN atau di Aljazeera tidak  lama dahulu dimana Perdana Menteri Turki , Recep Erdogan, bangun meninggalkan sessi perbincangan apabila wakil Israel atau sekutunya (dalam ingatan saya) mengatakan sesuatu yang "menghina" kepentingan  yang berkaitan Islam atau dunia Islam. Ini saya lihat sebagai satu bukti  komitmen bahawa beliau  mahu mempertahankan dan membela maruah orang-orang Islam. Dan dalam satu ketika lagi beliau membatalkan persetujuan dengan Israel untuk mengambil bahagian dalam "Military Exercise" yang sama. Contoh seperti itu saya belum lihat (mungkin ada tetapi saya terlepas pandang) dari pemimpin kerajaan Malaysia terhadap regim Zionist.(mohon teguran dimana saya silap).

Setiap orang ada kekuatan dan ada kelemahan dan kekurangan. Hanya Allah yang boleh menilai dengan tepat kerana Allah yang maha Mengetahui, maha Bijaksana dan maha Adil serta maha Berkuasa atas segala sesuatu. Semoga kita mendapat perlindungan dariNya.

Maka sekarang saya berundur diri buat seketika waktu.

2 comments:

noraini said...

salam l like your comment Malaysia mengaku negara lslam tapi melakukan banyak mungkar,Turki mengaku negara sekular tapi mempraktikkan sikap lslam.

ngasobahseliman said...

Yes Datin. Orang Malaysia ramai yang kabur tentang misi hidup di dunia ini termasuk kepimpinan kita. Malang sungguh kita ada kepimpinan yang tidak buat apa yang dikata. Semoga Allah mengampuni dan satu hari nanti kita orang-orang Islam di negara ini terbela dan terpelihara.

Related Posts with Thumbnails