Kemudian mendengar pula berita bahawa Ratko Mladic General Serbia yang di cari-cari untuk dikemukakan ke mahkamah pengadilan antarabangsan kini sudah ditangkap walaupun mengambil masa 15 tahun. Tiada siapa yang zalim dapat bersembunyi di Bumi Allah ini. Ambilah iktibar. Kalau tidak di sini pengadilan pasti terlaksana di sana. Kesabaran setiap yang terlibat Allah akan kurnia ganjaran setimpal. Yang mati dibunuh beramai-ramai tanpa belas kasihan ada tempat istimewa di sisi Tuhan, Allah yang maha Penghukum dan maha pelaksana keadilan.
Semoga kita tidak hanya menjadi penonton tanpa apa-apa tindakan. Mereka yang dizalimi di Palestine dan di mana jua masih perlukan pembelaan. Tidak kira apa jua pertolongan yang boleh dihulurkan kita perlu usahakan. Ini ingatan untuk diri saya juga dan semoga Allah menunjuk jalan.
No comments:
Post a Comment