"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, July 19, 2011

MAWAR KU


Ini adalah salah sebuah gubahan bunga mawar di FLORIA 2011 di Putrajaya minggu lepas.
MasyaAllah! Indahnya bunga-bunga yang di pamerkan. Saya terpegun menikmati keindahan ciptaan yang Maha Pencipta. Maka alQuran bertanyakan beberapa kali dalam surah Ar-Rahman:
"Maka nikmat Allah yang mana yang hendak kamu dustakan?"

Mawar adalah antara bunga yang termahal di Malaysia ini. 
Mungkin bunga-bunga ini didatangkan juga dari luar negara, saya kurang pasti kerana ada bunga mawar yang belum pernah saya lihat lagi. 
Tiada bayaran untuk masuk melihatnya. Bagi saya ia menjadi sebahagian dari aktiviti metadabbur alam.
Namun saya tertanya-tanya pihak mana yang membiayai projek ini kerana saya di situ sangat sebentar dan tiada kesempatan bertanya atau membaca. 
Bunga-bunga  Mawar ini  melambangkan kemewahan.

Maklumlah saya berasal dari kampung dan hidup keluarga saya dahulu tiada kemewahan untuk mengecap nikmat seperti ini. Teringat sejarah diri waktu itu saya sekeluarga berkerja  kuat  bagi  sesuap nasi untuk beberapa kali dalam seminggu.
Di sini kelihatan kemewahan yang amat sangat  yang terdapat dari punca bunga-bungan sahaja.
Warga di kampung masih ada yang miskin, dan mungkin juga masih ada yang lapar.
Saya masih belum dapat menghubungkan dua fakta ini, iaitu kemewahan vs kemiskinan dalam kontek ini.
Selalu sahaja saya berfikiran yang kadangkala orang di sekeliling saya sukar memahami.
Saya sensitif dengan hal-hal kemewahan yang tidak dikongsikan bersama.
Semoga kemewahan ini dapat mengangkat mertabat warga yang miskin.
Pastinya kebarangkalian ia boleh  itu besar kerana tiada ciptaan Allah yang batil dan sia-sia.
Kita perlu berfikir-fikir.


2 comments:

Temuk said...

Assalamu'alaikum
Tak berkesempatan pula ke FLORIA 2011. Dapat bayangkan betapa cantiknya segala rupa bunga yang dipamerkan. Dengan bilangan dan jenis yang begitu banyak, pastilah ketara bunga itu menggambarkan kemewahan. Di sebalik bunga itu adalah RMnya, kosnya, dan golongan orang yang perolehi keuntungan, termasuklah pengeluarnya. Sukar mahu dipastikan siapa lagi yang perolehi manfaat, berkongsi keuntungan yang diraih, apatah lagi dari kalangan golongan miskin.

ngasobahseliman said...

Wa alaikumussalam. Terima kasih sudi mamper. Very refreshing comment. Kadang-kadang saya tidak realistik dalam memikirkan sesuatu.Suka mengharapkan orang berfikiran yang sama. Sama-sama kita cari jalan dan berdoa bagaimana cara mendapatkan keselesaan dan keadilan semasa kita di bumi nyata ini. Semoga Allah tidak meminggirkan kita.

Related Posts with Thumbnails