Tan Sri Asiah di sebelah kiri saya, no 2 dari kanan.Sentiasa selesa bersama-sama anak buahnya.
Dua minggu yang lalu seorang teman menjemput saya untuk berserta dalam perjumpaan bulanan kumpulan Old Girls Kolej Tengku Khursiah di Damansara Utama, Petaling Jaya. Oleh kerana saya yang tertua dalam kumpulan maka saya diminta mengetuai doa kesyukuran dan doa selamat bagi yang hadir pada hari itu. Sebenarnya saya bukan berasal dari Tengku Khursiah. Pendidikan awal saya di Sekolah Atap (literally) di Pontian Johore. Alhamdulilah bila dewasa ada teman-teman dari Sekolah Elite yang mengeluarkan ramai bijak pandai. Cuma saya kurang pandainya dan elitenya. Tetapi saya hargai dan ra'i teman-teman yang punya kelulusan tinggi berbagai bidang dan menyumbang dalam pembangunan negara.
Hari itu saya rasa amat teruja kerana mereka menjemput Tan Sri Asiah Abu Samah sebagai tetamu khas. Beliau pernah menjadi Pengetua kolej itu. Hilang rindu padanya. Tan Sri adalah wanita pertama menjadi Ketua Pengarah Pendidikan dan saya berpeluang berkerja bersamanya. Teringat pengalaman kerja yang berbagai rupa dan berbagai cabaran. Tan Sri sentiasa tenang dalam menghadapi berbagai karenah politik dan pengurusan. Saya kagum melihatnya. Maka saya rakam foto bersamanya pada hari itu. Alhamdulilah ia sihat dan semoga terus sihat.
Semoga jasanya diterima Allah sebagai amal soleh dan sumbangannya sebagai ilmu yang dimunafaatkan.
Ameen.
...
2 comments:
Assalamu'alaikum kak
Terubat rindu ya.. mula lihat gambar ni saya rasa saya kenal Tan Sri tu, bila baca ya benarlah beliau.
Semoga Allah merahamti pertemuan dan perjalanan hidup kakak serta rakan-rakan..amiin
Salam Werda, sempat juga singgah. TQ.Tan Sri jadi KPPM hanya setahun. Akak rasa itu ada politik pentadbiran. Agaknya. Apa nak buat. Mungkin itu terbaik bagi Tan Sri.
By the way I missed your wedding invitation. Very sorry and I hope to make it up in some other way. Dah umur ini jaga cucu ada sahaja yang tak terbuat. I hope you understand. Harap maaf. Mungkin ada peluang lain kita jumpa.InsyaAllah.
Post a Comment