Kan ku harung lautan yang dalam,"
Kan ku turuti Ibu.
"Kenapa Embah tak beli tiket Ujai tadi." Ia berkata dengan nada perlahan sepertinya ia kesal dengan sikap saya yang tidak peka dengan kemahuannya.
"Ujai sekolah. Belum cuti lagi..." saya cuba memujuk. Ibunya pun kata yang sama.
Ujai tidak suka berpisah dengan ibunya bila-bila masa pun. (Dia tinggal bersama saya atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan). Maka semalam bila saya bawa dia ke KLIA untuk melepaskan ibunya, seperti tidak karuan rasa dihatinya. Air matanya berlinang dan mulutnya mencebik. Mahu sahaja ia menangis. Cuma ibunya memujuk lembut dan ia seperti akur untuk tinggal bersama saya.
"Ujai tunggulah... Nanti bila cuti kita jalan-jalan semua sekali.....dengan adik Akif, adik Asim, adik Aqil....Embah, Tok Ayah semua sekali."
Ujai nampak tenang dan kami pun beransur bergerak ke pintu berlepas.
Untuk menghibur hatinya saya bawa Ujai ke Mc Donald dan membeli ais krim strawberry kesukaannya.
Saya ingat bab perpisahan dengan ibu sudah selesai. Tetapi sebelum tidur ia bertanya: "Embah, kenapa Ujai kena sekolah?...." (Loaded question). Soalan yang berisi berbagai makna. Pastinya ia masih tidak boleh menerima hakikat ia tidak bersama ibunya. Dan pastinya dia tidak puas hati dengan alasan yang kami beri padanya. Maka saya cuba melarikan ingatannya pada hal yang lain.

"Ujai esuk nak sarapan apa?" Pura-pura saya tidak tahu.
Ujai tidak menjawab. Ditarik kain selimutnya dan cuba memejamkan mata. Kasihan, tetapi apakan daya.
Apa yang berlaku semalam mengingatkan saya pada anak-anak yang tiba-tiba kehilangan ibu semasa kejadian bencana alam, gegaran bumi, Tsunami, gunung berapi meletup, kebakaran dan berbagai lagi "musibah" yang berlaku. Pastinya trauma. Saya cuba bayangkan. Pastinya tidak terbayang.
Mereka yang dapat dibantu oleh pakar-pakar dalam mengubati hati penderitaan kanak-kanak mungkin rasa agak tenang. Pakar kanak-kanak itu pastinya boleh bercerita pada yang tidak melalui fenomena ini. Besar sungguh dugaan Allah. Hanya Dia yang maha mengetahui masa hadapan anak-anak ini. Mereka tidak berdosa. Kita yang dewasa inilah yang seharusnya rasa bertanggong jawab mengurus kebajikannya. Pasti tidak terlepas soalan-soalan di akhirat nanti, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
Saya sendiri tidak pernah berjauhan lama dengan Emak saya semasa kecil. Pertama kali berpisah ialah ketika umur 17 tahun kerana terpaksa ke Johor Bahru untuk tingkatan 6 di Maktab Sultan Abu Bakar, dahulunya English College. Maka tidak ada masaalah besar. Malahan seronok dapat pengalaman baru.
Anak semestinya berada bersama ibu dan bapa. Rumah kebajikan kanak-kanak hanyalah satu penyelesaian kerana tidak ada pilihan lain. Ini lebih baik daripada menjadi anak-anak jalanan. Baru-baru ini saya menonton satu dokumentri di Astro mengenai anak-anak yang lari dari rumah di Bandar Raya Lahore kerana berbagai masaalah kemiskinan yang dihadapai oleh ibu-bapanya. Mereka menghidu sejenis "gum" kerana dipengaruhi oleh pengedar-pengedar dadah yang menjadikan mereka mangsa. Yang nampak "cantik" di colek untuk dijadikan mangsa seksual kumpulan penjenayah yang sentiasa menunggu peluang. Malang sekali nasib anak-anak ini.
Tetapi apa yang menarik perhatian saya dalam dokumentri ini ialah ada sekumpulan kecil orang dewasa yang prihatin dan "memungut" anak-anak ini untuk dijaganya. Kumpulan dewasa ini bukan kaya. Mereka juga miskin. Tetapi mereka berjiwa waja, berbudi tinggi dan rasa bertanggong jawab. Mereka kasih pada anak-anak ini dan menjaga mengikut kemampuan yang ada. Sekurang-kurangnya mereka tidak terdedah pada penjahat-penjahat dalam masyarakat yang mahu memuaskan nafsu mereka sahaja.
Kadang-kadang saya tertanya diri sendiri. Dalam keadaan seperti di Lahore itu, apa agaknya yang akan saya lakukan. Di Malaysia ini saya pun hanya mampu menolong sedikit-sedikit (amat sedikit) NGO yang cuba membantu rumah anak-anak yatim dan miskin. Belum boleh di kira berjiwa waja. Jauh sekali.
Saya ada seorang teman yang mendirikan rumah kebajikan berseorangan diri untuk tujuan memastikan anak-anak terpelihara hak asasinya. Wang gratuity di guna untuk itu. Rumah yang ia tidak perlu dijual. Semua untuk itu. Ia benar-benar bekerja kuat. Ia kasih pada anak-anak walaupun ia sendiri tiada anak kandung. Saya malu dengannya dan malu dengan diri saya sendiri.
Pihak kerajaan di Lahore diberitakan tidak mampu berbuat apa-apa. Pihak polis yang sepatutnya menjaga keselamatan dirasuah oleh penjenayah-penjenayah dan anak-anak ini terkapar-kapar bersendirian. Jenayah rasuah berada dimana-mana.
Sungguh kasihan kerana tidak ada orang-orang kaya yang tampil ke hadapan membantu. Mungkin ada tetapi tidak diceritakan. Begitulah kehidupan di dunia. Allah uji orang-orang yang kaya dengan kekayaan mereka. Tunggulah di akhirat nanti jika mereka tidak berhati perut dan pura-pura tidak tahu masaalah yang ada di sekeliling mereka. Semoga saya tidak tergolong dalam kumpulan yang senghaja memanupelasi keadaan. Semoga Allah memelihara.

Anak-anak yatim dan miskin yang Allah anugerah pertolongan melalui sekumpulan dewasa yang berharta dan prihatin.
(gambar kenangan semasa lawatan ke Sri Lanka bersama NGO. Orang-orang Islam di sana terpinggir dan dipinggirkan.)
Melalui cerita-cerita seperti ini saya mengimbau kembali pengalaman saya dengan murid-murid sekolah di daerah pendalaman dalam tahun-tahun akhir tujuhpuluhan. Pengalaman yang tidak akan saya lupa ialah semasa lawatan kerja saya ke pendalaman negeri Sarawak di mana anak-anak kecil sekolah rendah terpaksa di tinggalkan di asrama kerana tidak ada sekolah yang berdekatan. Sekolah yang terdekat berbatu jauhnya dan tidak ada jalan raya. kalau ada jalan pun ia seperti lorong-lorong dicelah-celah kampung dan kebanyakannya di pinggir hutan. Maka terpaksalah mereka menggunakan sungai sebagai laluan. Tidak ada pengusaha pengankutan. Cuma sampan-sampan persendirian. Maka mana mungkin untuk pergi setiap pagi ke sekolah.
Maka terpisahlah mereka dari kasih keluarga berminggu-minggu hingga cuti sekolah. Alangkah belasnya saya lihat mereka kerana bangunan yang dikatakan asrama itu pun seperti pondok sahaja. Tidak ada api dan air. Semasa lawatan saya itu mereka sedang makan malam jam 6 petang kerana tidak ada lampu yang mencukupi unyuk makan waktu malam. Tambah kasihan bila melihat menu makanan. Nasi dengan kuah lemak taugeh dan goring ikan masin. Itu sahaja. Kalau sekarang saya akan bertanya : Di mana kekayaan negara? Mungkin sekarang mereka ini sudak dewasa dan sudah beranak-cucu. Kalaulah ada diantara mereka yang menulis buku menceritakan kembali pengalaman mereka untuk diambil iktibar oleh mereka yang kaya raya.
Ketika itu di Semenanjung Malaysia pun wujud juga keadaan seperti itu. Saya pernah melawat ke sekolah pendalaman di Ulu Sungai Tembeling mengarah ke kawasan Taman Negara yang ketika itu belum wujud seperti sekarang ini. Anak-anak kecil sekolah rendah juga tinggal di asrama. Dan keadaan asrama pun bangunan rumah kampung. Saya masih ingat hingga sekarang mereka duduk dalam gelap dan di bahagian hadapan rumah kambing-kambing menumpang berteduh kerana waktu itu hujan lebat. Di sekelilingnya semak samun. Mereka tinggal di asrama atas sebab yang sama. Tidak ada sekolah berdekatan dan amat bahaya untuk naik bot tiap-tiap hari. Kadang-kadang keadaan air sungai amat cetek kerana tiada hujan dan penumpang harus berjalan dan bot ditunda. Itu pengalaman saya lalui sendiri.
Tetapi ada orang-orang kampung yang mahu membantu anak-anak itu bersekolah. MasyaAllah, berjiwa waja. Masih mahu menjaga hak anak-anak untuk mendapat ilmu. Masih kasih pada anak-anak walaupun mereka sendiri miskin. Alangkah tinggi budi mereka. Semuanya atas kesedran kasih pada anak-anak yang kecil. Itulah erti nikmat hidup. Nikmat hidup pada memberi.
Sampai di sini dahulu. Banyak lagi warna-warna sudut kasih yang boleh diceritakan. Mungkin di lain kali insyaAllah. Saya mohon ampun atas kelemahan dan kekurang saya . Semoga Allah memberi pertolongan dan mendapat keredhaanNya.
......
No comments:
Post a Comment