"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, March 6, 2012

CERIA



Ibarat bunga kembang mekar, di halaman atau di hutan, ia tetap menceriakan.
Bagaimana kita mampu bertenang, ceria dan menceriakan, kalau di hati sanubari penuh kecelaruan dan rasa  kesedihan.

Banyakan zikrullah, kata seorang teman. Menghayati pengabdian akan membuatkan hati tenang, itu kata seorang usataz yang sering membantu secara Rukhyah, satu bentuk perubatan. Jangan menyendiri kata seorang pakar psikologi insan. Isi waktu  dengan padatnya melalui  aktiviti fisikal dan  mental.

Mudah sahaja, kata seorang teman lain, penuh yakin resipi hidupnya menyegarkan. Kata seorang Ustaz fikir sahaja begini dan berusaha apa jua :
KATAKAN:
AKU HAMBA PADA YANG MAHA KAYA, MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG, maka  aku yakin aku tidak akan miskin merempat selamanya. AKU HAMBA PADA YANG MAHA PEMBERI REZKI, pastinya jika aku berusaha Dia akan kurnia seperti janjinya.
AKU HAMBA PADA YANG MAHA PELEMBUT, pastinya dia akan membuat hati ku rasa tenang dan Dia akan menghilangkan apa jua kesedihan di hati ku.
..........dan  katakan terus bagi berbagai lagi nama dan sifat Allah yanag Maha Pencipta dan Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
ISUnya kita yakin bulat padaNYA dan berusaha......  
Saya terpegun jua sejenak dengan cara teman saya berhujah bagaimana kita harus memahami dan merasai dan menjiwai  erti Hamba pada Tuhannya.Saya berfikiran orang yang mengguna "therapy" seperti ini pastinya Maqam Imannya tinggi.Tetapi iman tidak datang sendiri. Kita usaha dan memohon. Semoga Allah mengurnia. Allah yang maha mengkhendaki. Allah jua yang maha pengasih dan maha penyayang.

ILMU dan IMAN pada permulaannya.
Diikuti dengan TAQWA seorang Hamba yang sebenarnya.
Semoga  EHSAN akan bersemarak dan Allah kurnia bahagia dan sejahtera, di sini dan di sana.
Dengan Rahmatnya semata-mata.

...

No comments:

Related Posts with Thumbnails