Jauh di hujung dunia
Tiada siapa dapat menduga
Duka dan lara di jiwa
Di daerah usang mahu mengubat rasa
Mana mungkin
Hanya sunyi dan kesunyian di minda bermain
Tanah gersang jadi pinggiran cuba membina tenang, yakin
Tiada teman mendampingi, tida insan lain
Seorang dan keseorangan tiada yang ingin
Mungkin begitu agaknya di hari senja
Hidup kelana di pentas dunia
Harta kurang, tenaga susut, rupa pun tiada
Seperti hidup ini tiada lagi harga
Namun sentiasa mengingat pesanan jangan putus asa,
DIA ada, maka tidak perlu pada yang lain dari Nya
Dia maha Pencipta, maka Dia mengetahui apa rahsia di dada
Hanya perlu sujud dan terus sujud dengan tabah rasa
Kebergantungan diri hanya padaNYA
Damai di hati, damai di minda
Damai di hati, damai di minda
Dia tidak akan membiar hambaNya berdukacita
Dia maha kasih, maha sayang dan pasrah sahaja jangan membilang
Semuanya dalam kiraan
Tidak dipersia amalan semasa muda walaupun kini tiada usaha
Ingatan pudar, tidak tahu berbicara
Ingatan pudar, tidak tahu berbicara
Badan lesu, sukar dibantu dan waris berjauhan mahu meminta;
Ya Allah...aku hamba Mu
Anugerah pemgiktirafan itu yang ku tunggu-tunggu
Di Taman Syurga pilihan moga bertemu syahdu.
Dengan limpah rahmatMu yang ku rindui selalu.
...
No comments:
Post a Comment