Giliran anak cucu menjelajah bumi Allah mengikut kemampuan.
Ini anak-anak dan keluarganya di Phuket. Mereka mengajak saya tetapi saya tidak ikut
kerana diumur senja ini sudah banyak kekurangan.
Dua tahun dahulu berkesempatan pergi di sanctury gajah di Colombo, Sri Langka. Juga kurang minat untuk berbuat seperti digambar ini. Tidak mengapa. Tiap-tiap sesuatu ada masanya
dan ada caranya.
Walaubagaimana pun, semoga tidak lalai dan melalaikan.
Cuba mentarbiah bahawa mensyukuri nikmat Allah itu amat luas maknanya.
Tetapi dalam pada itu terfikir juga. Adakah rekreasi menggunakan tenaga haiwan seperti ini boleh
ditakrif mendera binatang. Jika ia, apa pula hukumnya. Saya tidak pernah terfikir. Termasuk juga binatang dalam sarkis (circus) dan sebagainya.
Kalau perhambaan abdi manusia ada hukum hakamnya,
maka menggunakan haiwan seperti ini apa agaknya kedudukannya.
Haiwan memang sudah berzaman diguna sebagai pengangkutan, dan membantu kerja-kerja berat di ladang, di hutan dan berbagai lagi. Tetapi yang untuk sukan dan rekreasi saya baru terfikir.
Saya terfikir juga mengenai sikap kita terhadap binatang.
Saya amat tidak setuju perkataan "binatang" diguna sebagai perkataan untuk mencela orang. Tidak ada binatang yang Allah buat sia-sia,
termasuk binatang yang diharamkan untuk dimakan.
Semua ada fungsi yang Allah telah tentukan.
Dari segi fitrahnya mereka patuh pada "peraturan" yang Allah tetapkan.
Maka mengapa kita menghina binatang. Contohnya: "perangai binatang" "nafsu binatang" "macam binatang! tak guna akal" dan berbagai lagi.
Binatang ganas hanya dari tafsiran kita. Mereka tidak ganas kerana suka menganiyaya makhluk lain. Mereka menyerang manusia kerana mempertahan diri, atau mereka perlu makan dan manusia sudah "MENCURI" makanan mereka dengan menebang hutan tanpa memikirkan kebajikan haiwan yang juga ciptaan Tuhan. Binatang makan hanya secukupnya. Manusia makan ikut nafsu selera.
Siapa yang lebih "beradab dan tertib?"
Hanya berkongsi fikiran dan rasa hati. Melihat program "Animal Planet" di Astro
membuat saya berfikir sejauh mana saya akan dipersoalkan nati di akhirat mengenai ciptaan Allah dalam kategori ini. Sejauh mana saya boleh berlepas diri.
Semoga Allah menunjuki jalan bagi saya berbuat sesuatu yang sempurna.
...
No comments:
Post a Comment