Perjalanan pulang ke kampung di Pontian Johor kali ini mengambil masa 4 jam kerana hujan dan banyak kenderaan di jalan oleh kerana ini musim cuti sekolah. Saya dan suami mengambil kesempatan tidak mengurus cucu ke sekolah dan pulang untuk ziarah kakak yang terlantar sakit kerana berbagai masaalah kesihatan. Perhentian R&R pun agak sesak dan amat tidak selesa. Maka saya menghibur hati di luar dan mengambil foto bunga ini untuk menceriakan diri. Alhamdulilah, masih dikurnia deria melihat. Kakak saya sudah tidak dapat melihat kerana sakit kencing manis. Foto di bawah ini untuk kenangan anak cucu semoga menghargai umur muda sebelum tua, sihat sebelum sakit, kaya sebelum miskin, kelapangan sebelum di sibukan dan HIDUP SEBELUM MATI...
Kakak saya terlantar kerana pernah jatuh dan patah kakinya hampir dengan arah pinggangnya. Alhamdulilah, suaminya masih boleh menyenggara rumah tangga dengan bantuan pembantu rumah. Anak-anaknya sentiasa sibuk dan saya sempat menasihati seorang darinya supaya prihatin menjaga ibu yang tidak ada galang gantinya. Mengasihi ibu bapa tidak bersyarat dan sesiapa masih ada orangtuanya maka mereka berpeluang besar meraih kesyukuran pada Allah kerana dikurnia peluang dan ruang melalui jalan pintas ke Syurga. Jika menjaga dengan penuh kasih sayang, insyaAllah janji Tuhan tetap menunggu.
Keluarga kakak saya yang ini tinggal di Kota Tinggi dan dari jam 11 pagi hingga ke malam saya berada di sana. Seorang kakak saya membaca al Quran di sampingnya untuk di dengarinya semoga tidak lalai dari mengingati Allah. Saya agak khuatir kerana kakak saya ini sudah mula lupa-lupa. Begitulah hakikatnya. Jika kita tidak aktif dan tiada bantuan untuk aktif kebarangkalian menjadi lupa-lupa amat tinggi. Itulah pengalaman saya menjaga orang tua hingga ke umur ini. Siapa yang masih ada emak ayah, ziarahlah selalu dan berkomunikasilah dengannya samaada secara lisan atau secara sentuhan. Kedua-duanya sekali adalah terbaik. Ada juga anak-anak yang kurang mahu menyentuh orang sakit. Entah kenapa. Datang bersalaman dan itu sahaja. Setiap insan suka pada sentuhan kasih. Seorang teman saya menasihati saya supaya memeluk ahli keluarga kita selalu, hari-hari acap kali lagi baik. Sentuhan membawa seribu erti, meyakinkan kasih di hati.
Saya pulang ke Pontian dan sampai tengah malam. Keesukannya kakak saya yang tinggal di Pontian sibuk masak asam pedas ikan merah untuk suami saya kerana itu kesukaannya. Ia juga memetik daun-daun ulam untuk menyelerakan lagi hidangan dan untuk bekalan balik ke rumah saya.
MEMETIK DAUN BEBUAS ATAU DAUN SENGKEL
TIDAK ADA BAHAYA RACUN.
Nostalgia menyelubungi rasa pulang ke kampung. Emak saya pulang ke rahmatullah pada tahun 2004 dan sejak itu saya jarang-jarang balik kampung. Hanya 3 atau 4 kali setahun. Tetapi bila kakak saya sakit terlantar saya pulang agak selalu juga. Itulah kasihnya saudara dan saya mensyukurinya. Saya berdoa semoga generasi mendatang mengekalkan kasih sayang keluarga termasuk keluarga besar, iaitu pupu-poyang, mak saudara dan tok saudara dan seterusnya. Saya amat bimbang budaya ini hampir pupus. Kita boleh meluang masa untuk pergi berhibur dengan keluarga terdekat tetapi hampir lupa adanya keluarga besar yang masih menunggu-menunggu menaggih kasih kaum keluarga, jauh dan dekat.Sayangnya di zaman teknologi tinggi hari ini ramai ornag-orang muda dan anak-anak remaja yang "bergantung kasih" dengan IPhone IPad dan berbagai lagi alat komunikasi dan alat teknologi menghibur atau menceriakan hati. Saya khuatir akan pupus apa yang kita sebut "silaturrahim" tradisional. Entahlah.
Semoga ada usaha semua pihak untuk memelihara nilai-nilai murni yang diwarisi selagi ia tidak bercanggah dengan syari'ah. Semoga Allah memudahkan dan meredhai.
...
5 comments:
Salam rindu Sis Ngasobah,
Saya tabik hormat pada anak-anak yang memelihara ibu bapanya yang telah tua atau pun yang terlantar.
Anak lelaki jiran saya menjaga, memandikan dan menyuap makanan pada arwah ibunya setiap hari, hingga terkeluarlah dari mulut ibu sebelum ia meninggal dunia : syurgalah tempat mu kelak , anakku!
Semoga kita boleh mengucapkan yang demikian untuk anak-anak kita..
Salam kembali Dear sister.
Nak cadang kalau setuju. My friend Dr Wan Fatimah kenal baik dengan Sis. Apa kata kita jumpa over lunch or high tea satu hari yang sesuai. I meet her 2 or 3 times a week. I can suggest to her. It would be interesting to meet up and maybe do things together. Kalau tak boleh pun tak ape. Cuma cadangan.
InsyaAllah boleh je bila2 masa terluang, kita jumpa kat pertengahan spt KGPA ke, beritahu je bila masa free. Saya dah lama tak buka blog, hari ni entah apa mimpi, rasa nak buka dan terbaca komen di atas.
Dear Sis,
MasyaAllah.. I dah lama terfikir hal ni.
Sampaikan terfikir nak pegi tunggu kat tadika your grandson which I think it is quite near my house.
Insyaallah, would like to meet you both very much!and thank you!
Dear Kerabu Jantung. Pl sms your no to 0192160064. I'll make a date with Dr Wan and ref back to you. tq
Post a Comment