"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, March 22, 2012

LUKA KU SIAPA PEDULI......


LIHAT RENUNGAN MATANYA. MERAYU UNTUK DIKASIHANI
Baring di atas kikinya yang patah

Kesian!....Itu sahaja yang dapat dikatakan.
 Ini kucing di rumah kakak saya di Pontian semasa saya balik kampung tempuh hari. Saya terpanggil untuk bercerita mengenainya kerana terkesan dihati bagaimanakah kita bila tiada upaya dan cacat cedera dan tiada  siapa yang berhampiran untuk membantu. Kucing ini patah kaki kirinya yang di hadapan. Maka ia berjalan dan berlari terdencut-dencut. Kakak saya menjaganya dengan memberi makanan secukupnya apabila ia datang entah dari mana untuk menagih kasih dari manusia. Kucing adalah kesayangan Junjungan kita 
Nabi Muhammad saw maka pasti kita mahu mencontohinya dalam memberi belayan kasih 
 pada makhluk Allah yang dicipta tanpa sia-sia.
 Semua ciptaan Allah ada fungsinya yang tersendiri dan kita dituntut berfikir apakah yang dapat kita pelajari dari persamaan dan perbezaannya. Sering kita tidak dapat melihat haiwan sebagi contoh bagaimana cara melalui kehidupan. Kucing contohnya. Apabila melahirkan anak ia akan menjaganya rapi dan akan segera memindahkan anaknya jika didapati ada manusia yang sudah tahu di situ tempat ia menjaga anaknya. Sangat peka tentang keselamatan dan amat cemburu tentang keselamatan. Hanya kita yang selalui cuai. Anak kecil dibiarkan ke kedai, mithalnya, beseorangan dan terdedah pada bahaya pencolek yang menjadikan anak-anak ini mangsa sexual atau dijadikan hamba untuk keuntungan diri mereka.

Eh!...Eh...Agak jauh saya menyimpang dalam catatan ini.  Hari ini saya  duduk bersendirian berfikir-fikir.Terfikir detik-detik lampau yang  masih menghantui fikiran. Masih ada Penyesalan yang  menyelubungi qalbu. Hanya mampu memohon maghfirah dariNYa yang maha Pengasih maha Penyayang.  Semoga Allah mengampuni segala kelemahan dan kekurangan. Dan semoga kini Allah sentiasa menurunkan pertolonganNya dan HidayahNya semoga sentiasa di jalan yang lurus. Diri ini terus menagih kasih sayangNya yang tidak terhingga dan semoga dapat memenuhi segala tanggongjawab dan kewajipan untuk diri sendiri dan ke atas orang lain, iaitu keatas keluarga, keluarga besar, jiran , masyarakat dan manusia dan makhluk lain hingga ke hujung dunia. Semoga dapat memahami konsep kerajaan Allah yang merangkumi bumi dan langit dan alam semesta yang tidak terjangkau diaqal saya hari ini.

Bila bercerita tentang menagih belas kasihan saya  lantas teringat pada manusia yang cacat cedera yang berada dimerata muka bumi ini. Mereka cacat kerana berbagai sebab. Ramai yang disebabkan peperangan, sama ada perang saudara atau perang mempertahankan maruah bangsa dan tanah air. Kita di Malaysia selalui merasai bahawa kita rasa bertuah kerana tiada mala-petaka yang besar dan tiada peperangan. Maka kita merasakan kita amat bertuah hingga kita lalai untuk menyedari bahawa ujian Allah itu turun dalam berbagai bentuk. Yang miskin diuji dengan kesusahan dan yang kaya diuji dengan kemewahan. Siapa yang lebih beriman dan bertaqwa. Itu ukuran hakiki bagiNYA.

Maka siapa agaknya yang lebih "bertuah". Adakah kita atau mereka yang berpeluang berjuang berperang dan berjihad ke jalan allah. Mereka duduk di saf hadapan dalam usaha umat mempertahankan maruah Islam. Ramai antara kita yang hanya melihat, termasuk diri saya. Kalau berperang semata-mata untuk harta kekayaan dan kuasa, itu tidak bermakna apa-apa di sisi Allah. Berperang sememstinya untuk mempertahankan hak agama dan maruah dan kepentingan penganutnya, iaitu Islam. Islam bukan agama ganas. Ia berperang jika diperangi dan jika dimusuhi.

 Dahulu Malaysia melepaskan Singapura tanpa berperang. Saya rasa amat terkilan dengan fakta ini. Orang Singapura sekarang maju dan aman damai. Maka ramai yang mengatakan itu suatu langkah yang terbaik. Saya tidak yakin itu suatu strategi yang baik kerana Singapura tidak mendaulatkan Islam. Tidakkah orang-orang Islam di sana rasa terluka di hati kerana dipinggirkan dalam hala-hal yang berkaitan dengan Islam. Saya masih tertanya-tanya apakah hukumnya melepaskan Singapura pada kuasa bukan Islam.

Negara Sudan melepaskan Southern Sudan dengan berperang. Apakah pengajarannya. Kita hanya melihat bumi Islam terlepas dari tangan orang Islam. Orang-orang Patani  pula "berperang" untuk menuntut hak asasi orang-orang Islam. Apakah perlu mereka dicontohi oleh orang-orang yang berkepentingan. Apa tindakan kita dalam membantu "yang luka dan cedera".

Kemudian kita lihat pula apa yang berlaku di Timur Tengah. Islam berperang dengan orang Islam? Ataukah ada nama lain. Apa yang jelas pada saya ialah bahawa kezaliman akan membawa padah yang besar. Ia jelas menunjukan bahawa orang-orang yang dizalimi akhirnya akan mendapat kebebasan dan keadilan. Dengan izin dan kehendak Allah mereka akan terbela juga. Mereka berkoraban segalanya untuk melepaskan diri dari cengkaman kezaliman oleh manusia yang tidak mengerti apa itu peri kemanusiaan. Kita berfikir-fikir untuk melihat bentuk kezaliman yang ada di negara kita ini. Kalau kita tidak luka dan cedera secara fisikal, adakah bererti kita tidak dizalimi. Semoga rakyat Malaysia juga akan terbela sewajarnya.

Marilah kita berfikir dan bertindak untuk membantu mereka yang sedang berperanag di mana jua. Kita bantu sekurang-kurangnya dengan doa dan dengan menyedarkan keluarga kita betapa pentingnya wujud perjuangan dalam hidup kita. Janganlah kita lalai dan lagha dibuai keseronokan yang disogokan pada kita oleh anasir-anasir yang mahu merosakan keutuhan orang-orang Islam. Menuntut ilmu adalah usaha yang penting tetapi ilmu bukan tujuan akhir bagi kita. Ilmu harus diamalkan. Ilmu tanpa amal adalah sia-sia belaka. Banyak pertubuhan-pertubuhan sukarela NGO yang memerlukan tenaga dan pemikiran kita walau pun mereka yang dalam kategori warga emas. Kita gembelingkan usaha yang muda dengan yang tua, kita adunkan kepintaran dengan kebijaksanaan dan semoga kombinasi ini dapat menghasilkan sesuatu yang benar-benar boleh dimumafaatkan.

Kucing tidak akan di tanya dan di hisab di akirat kelak. Hanya manusia yang semestinya dipersoalkan dengan pendirian kita mengenai usaha kita membela Islam.Ayuh kita berbuat sesuatu, tua atau muda. Semoga Allah memudahkan dan meredhai, dan semoga  di Taman-taman Syurga kita bertemu lagi dengan Kasih Sayang dan Rahmatnya jua.

...

4 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum kak

Semoga sentiasa dalam rahmat dan redha Allah.. amiin

Membaca N3 ini dengan memikirkan bagaimana kelak saya di sana nanti.. apakah sumbangan saya dalam hal ini.. lagi kurang jika dibandingkan usaha kak.. mudah-mudahan dapatlah saya berusaha lagi dengan apa saja bentuk yang termampu..

Melihat kucing ini saya juga mohon maghfirah Allah kerana pernah satu ketika dulu tak sempat ambil perhatian terhadap kucing yang mengadu ketika saya sibuk memasak di dapur.. dia merajuk terus hilang tak dapat dikesan lagi..

ngasobahseliman said...

Salam Werdah,
Semoga sihat-sihat saja. Ukurun sumbangan dan amalan itu Allah saja yang ukur. Werdah pun tahu kisah memberi minum anjing pun boleh masuk syurga. Kak buat hanya yang termampu dan semoga Allah terima dan mengampuni masa dulu yang terlalai.
Semoga Allah sentiasa bersama dan menolong kita.

Kerabu Jantung said...

Assalam Sis,

Kalau difikir-fikirkan apakah sumbangan saya terhadap Islam, kecut perut dibuatnya!

Semoga Allah meredhai apa jua sumbangan yang kita berikan, walau sekecil mana pun....

ngasobahseliman said...

Betul Sis. I feel just the same. Its impossible to make up for lost time. May Allah render his forgiveness and we move forward doing everything we know best and the best way we know how.May He be pleased with the little effort we put forth.

Related Posts with Thumbnails