"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, November 12, 2012

"....aku adalah aku...seorang champion..."





Aku adalah Aku...
Kenapa tanya ?...

"Aku ini binatang jalang.....
Dari kumpulannya terbuang...."

Teringat saya puisi Khairil Anuar seperti di bawah ini dalam saya mengingat kembali sessi bengkel yang saya hadiri pada minggu yang lepas.

Dalam satu sessi mengenal diri seorang peserta mengatakan "Aku adalah Aku..." Ada yang senyum lebar mendengarinya, dan ramai yang tertawa kuat, mungkin teringatkan karenah diri masing-masing. Pak Hasni, pakar rujuk kita kata: Aku seorang Champion.

Nanti di bawah ini saya ceritakan.

sajak untuk renungan sampingan....(saya suka sajak ini dari sekolah tingkatan enam lagi....)

AKU

Kalau sampai waktuku
'Ku mau tak seorang kan merayu
Tidak juga kau
Tak perlu sedu sedan itu
Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang
Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang
Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri
Dan aku akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi


Chairil Anwar
Maret 1943 

(Sumber: BLOG Dari Jiwa Rasa)


Bermula Isnin hingga ke Rabu minggu lepas saya dan seorang teman "menghadirkan diri" dalam satu bengkel yang dikendalikan oleh MRSM Gemencheh mengenai "Guru sebagai Murabbi" dalam konteks IHES / QGDP ( Integrated Holistic Education System / Quranic Generation Development Program). Saya dan teman mengiringi Tuan Hj Hasni (Pak Hasni), CEO, Adni Islamic School yang menjadi pakar rujuk bagi tajuk ini. Terima kasih pada MRSM Gemencheh yang menerima kami seadanya.

Antara kelemahan sistem dan proses pendidikan negara kita sekarang ialah konsep Guru tidak sama dengan konsep Murabbi. Guru banyak memfokus kepada pembangunan minda dan tidak pembangunan hati dan jiwa (rohani). Ramai guru  tidak dapat menyentuh jiwa raga anak didik untuk "benar-benar mendidik".

Dalam bengkel itu kita diberi "latihan" untuk mengenal diri  terlebih dahulu dan kemudian mengorientasikan minda supaya hasrat dan tujuan mendidik selari dengan apa yang dituntut oleh Islam. Dasarnya mesti memahami konsep Syahadah bahawa Tuhan itu satu dan Rasulullah adalah contoh teragong. Apa jua tujuan pendidikan, matlamat akhirnya adalah Redha Allah.

Mengenal diri adalah permulaan segala Ilmu. Kita akan dapat mengenal potensi diri. Proses mengenal diri bukan untuk mendedahkan kelemahan atau kekuatan seseorang itu. Kelemahan dan kekuatan adalah suatu yang relatif dan boleh diubah dan diperbaiki. Kelemahan boleh dihapus dan kekuatan bolih diperkukuh.

Kita boleh mendefinasikan diri kita dari berbagai sudut. Semuanya betul, kata Pak Hasni. Tapi yang mahu diutarakan oleh beliau ialah hakikat bahawa Allah mencipta kita sebagai seorang Champion / Juara.

Apa maksudnya?

Beliau menunjukan sebuah video-clip yang menunjukan bagaimana bayi terbentuk dan kemudian dilahirkan dari dua pasangan manusia.  Sperma lelaki, beribu banyaknya akan berkejaran berlumba-lumba mencari telur wanita. Yang berjaya hanya satu. Itu yang diiktiraf Champion kerana yang gagal akan mati dan satu sahaja yang Allah kehendaki untuk terus hidup dari segumpal darah terus menjadi bayi dan kemudian lahir menjadi jasad individu seperti  kita semua.

Maka kita dilahirkan sebagai Juara. Kitalah Champion. Kita terbaik, kita terpilih, kita terhebat, kita yang diberikan nur....dari segumpal darah.
Kalau dilahirkan Champion maka kita harus terus membina diri sebagai Champion. Kita bina jati diri dalam ruang lingkup paradigma TAUHID. Kita bukan yang terbaik jika tidak berpegang pada mentauhidkan Allah swt.

Maka apa kaitannya dengan 'guru' atau 'murabbi' ?
Maka Pak Hasni menerangkan dengan panjang lebar konsep IHES / QGDP.  Saya tidak mampu mengulang kembali penerangannya di sini.Yang saya simpulkan untuk diri saya adalah seperti berikut.
Dalam mendidik, kita harus punya hati yang suci murni. Kita harus ada akal yang sihat dan ada keterbukaan. Antara akal dan hati harus ada komunikasi. Akal menerima ilmu, tetapi hanya hati yang bolih menapais dan mematuhi mana yang halal dan mana yang haram. Itulah Iman.

Dari IMAN barulah boleh terbina TAQWA. Ilmu dan Taqwa menjamin kejayaan.

Maka kata Pak Hasni Pedagogy hati itu ada 5 peringkat atau proses.
  • Kita mesti ada Ilmu termasuk Ilmu bagaiman mentarbiah, bagaimana mahu mendidik hati.
  • Kita sendiri harus memahami apa itu nialai dan moral diri. Ini syarat utama dalam proses membimbing. Kita tidak boleh memberi apa yang kita tidak ada. Kita bina diri kita untuk jadi Ikon contoh sebenarnya. Jika kita mengajar Physics maka kita dapat melahirkan ahli physics yang hebat yang bertaqwa.
  • Kita sendiri faham selok belok mendidik dan melatih....minda dan hati.
  • Kita harus mempunyai kemahiran bagaimana mahu menyesuaikan sesuatu dengan kehendak alQuran. (adoption and adeptation).
  • Membina diri supaya kita menjadi tempat rujukan. Dan kita boleh dalam masa yang sama membimbing dan mencari di mana kita boleh membuat rujukan pada mereka yang lebih tahu. Kita menyedari bahawa kebolihan kita adalah relatif.
Apa yang saya catat di atas adalah fahaman saya yang mungkin kurang tepat dari kaca mata Pak Hasni. Maka saya cadang sesiapa yang benar-benar berminat boleh menghubungi Pak Hasni secara terus di Adni Islamic School untuk penerangan dan latihan.

Bengel bersama Pak Hasni tamat pada tengah hari Khamis 7 November. Maka teman saya mengambil kesempatan menjemput Pak Hasni untuk membantu kami dalam usaha kami mahu membina sebuah Tadika berasaskan konsep IHES / QGDP ini di Tangkak Johor.



Kami berbincang  santai tetapi kemudian agak serious cara bagaimana mahu menerapkan konsep itu pada Tadika yang sedia ada, iaitu Tadika Subur Fitrah.

Kami dinasihatkan untuk membina semula dengan konsep baru ini dan menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Tujuannya ialah supaya anak-anak didik dari kecil-kecil lagi sudah terdedah dengan berbagai Ilmu yang boleh menjadi asas pembanunan diri sebagai insan yang berjiwa professional dalam ruang lingkup beriman dan bertaqwa. Medirikan dan menegakan kebenaran Allah adalah suatu perjuangan yang tidak mengenal penat lelah. Kewangan adalah antara faktor penting tetapi ia bukan faktor penghalang. Kalau hendak seribu daya. Munajat kita memohon pertolongan Allah semestinya kuat dan semua yang terlibat dalam usaha ini harus mempunyai tekad yang jitu  untuk berjihad dalam bidang pendidikan. Kita bolih bermula kecil-kecilan tetapi kualiti mesti terjamin. Adni Islamic school bermula dengan 30 orang murid lebih 20 tahun yang lalu. Apa yang ada kini bukan kejayan individu pengasas, kata Pak Hasni. Ia adalah kurnia Allah semata-mata. Kita wajib berusaha, hasilnya adalah Hak mutlak Allah swt jua.

Maka inilah prinsip yang kami pegang dan munajat kami tidak putus-putus mencari pertolongan Allah. Apa jua yang akan terhasil kami hanya mohon keampunan dan keredhaan Allah jua bagi diri, keluarga,  teman-teman dan semua yang membantu kami berjihad ke jalanNya. Kami perlu dana untuk melatih murabbi, menaik taraf kemudahan fisikal, kemudahan pengajaran dan pembelajaran dalam konsep IHES / QGDP dan berbagai lagi keperluan. Kurnia Allah itu berbagai rupa dan betuk. Semoga kami ditunjukki jalan.

barisan anak-anak harapan untuk membela kebenaran

Kami mohon Pertolongan dan RedhaMu Ya Rabb...

...

No comments:

Related Posts with Thumbnails