"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, November 18, 2012

Huzaifah cuti....Embah pun cuti.







Allahu Akbar.....

Gembira tak terkira menjelang hari akhir sekolah di Adni.

Huzaifah (cucu sulung yang tinggal bersama saya)  akan bersama ibunya selama hampir 2 bulan bercuti. Maka saya dan suami akan juga bercuti.  InsyaAllah kami akan ke Morocco. Besar kemungkinan Huzaifah tidak lagi bersekolah di Adni Islamic School tahun hadapan kerana beberapa sebab yang perlu diambil kira terutamanya dari segi kepentingan dirinya yang perlu ruang untuk bermesra dengan adik-adiknya.

Saya tanya menguji.

"Ujai nak sekolah dari rumah Embah atau  dari rumah Ibu ?" Saya bertanya walaupun saya sudah tahu jawapannya. Yang menyentuh hati saya ia tidak menjawab serta merta.....selepas 10 saat munkin, baru dia berkata:
"Ujai nak Ibu...."
Pasti itu jawapan yang lumrah bagi anak-anak. Mana mungkin orang lain dapat  mengambil tempat Ibunya.

Maka saya insyaAllah akan bercuti ke tempat yang tidak pernah saya fikirkan akan pergi ke sana dalam hidup saya. Suami saya cuba meyakinkan saya tempat itu ada nilai tambah yang kita boleh perolehi jika kembara berpandu. Bersungguh-sungguh ia mengajak saya.  Maka saya akur. Apa salahnya melihat negara Morocco yang penuh sejarah kata teman-teman yang sudah menjelajah ke sana.


Foto di atas ini saya rakam pada hari akhir dengan kakak Nora yang membantunya setiap hari untuk ke sekolah. Nora pulang seminggu sebelum cuti sekolah ke Madura dan tidak akan kembali  kerana ia akan berumah tangga dan pastinya tidak akan bekerja dengan saya lagi.

Peristiwa ini sepertinya tidak penting untuk saya kongsikan di sini.

Tetapi saya catat juga untuk melayani fikiran dan perasaan sendiri. Saya rasa seperti impian saya terhenti dipertengahan jalan kerana tahun hadapan masih belum pasti jenis sekolah yang akan dipilih oleh kedua ibu-bapa Huzaifah baginya. Sekolah Islam Adni sudah menamapkan bukti. Hasil pelajar-pelajarnya cemerlang mengikut kemampuan masing-masing. Jikalau tidak cemerlang dibidang akademik, pelajar itu terdidik dengan akhlak mulia berasaskan alQuran dan Hadith dan insyaAllah akan dapat menjalani hidup ini dengan lebih  bermakna dan lebih sempurna. Semoga Allah meredhai.

Saya merenung masa hadapanya seorang diri dan rasa tersayu kerana pastinya umur saya tidak akan sampai melihat Huzaifah dewasa, dalam sistem apa sekalipun.  Suami saya "memarahi" saya berfikiran panjang seperti itu kerana seperti tidak tawakal pada Allah swt. Kita telah berusaha maka yang lainnya bukan kuasa kita untuk menentukan.

Maka saya tumpu untuk pergi bercuti, mencari pencerahan fikiran dan kebijaksanaan dengan melihat kebesaran Allah yang belum saya lihat sebelum ini. Saya tahu bahawa saya harus terus berdoa dan berharap, kerana jalan ke Syurga itu berbagai cara asalkan sahaja ia dalam ruang linkup mentauhidkan Allah swt.

Maka itu sahaja catatan buat sementara waktu. Semoga Allah masih menganugerah kesihatan akal fikiran, memberi ruang dan peluang untuk berkongsi perjalanan hidup ini dalam inspirasi kasih sayang sesama manusia. Hidup ini bukan untuk keselesaan sendiri sahaja tetapi bagaimana bolih memberi keselesaan pada orang lain ...... itulah yang lebih dituntut.

 One Big Bear Hug and lots of Love.
Saya rakam kenangan Huzaifah
 denagn TokAyahnya  pada hari terakhir ia dikendali oleh  Nora ke sekolah.


Kali terakhir Nora menghantarnya ke kererta di awal subuh untuk
 ke Adni Islamic School.
( Hari ini dalam Sejarah untuk si Kecil )
Embah doa Huzaifah akan menjadi hamba berjiwa pejuang, Berilmu dan Bertaqwa, Bijak dan Berani menegakkan Kebenaran Allah di muka Bumi ini.
Ameen, Ya Rabb....

....

6 comments:

Makbonda61 said...

Subhanallah,

Luahan hati seorang Embah yang sangat menyentuh.

Seorang Embah yang positif,dibimbing pula oleh peneman hidup kuat.

Si Cucu punya perjalanan yang masih jauh,coraknya dan warnanya telah diatur oleh Khaliknya.sedangkan si Embah sudah hampir ke penamat.Apa yang terlintas dalam jiwanya diketahui olehNYA.

Insyaallah,DIA Maha Mendengar.

Selamat bermusafir,jajankan untuk saya sekadar cerita.

Werdah said...

Assalamu'alaikum kak

In Sya Allah kak, impian kak akan dipermudahkanNya walaupun tidak dapat meneruskan di Sekolah Islam Adni, Huzaifah sudah ada asasnya.

Benar kata Hasimah tu, perjalanan kita dah ke penghujung manakala mereka yang masih muda agak jauh lagi.

Semoga segala hajat dan keinginan kak tertunai.. Allahumma Aamin.

Selamat dalam perjalanan ya kak..

ngasobahseliman said...

Salam Simah.Kata Khairil Anuar: "Aku mahu hidup seribu tahun lagi." Sepertinya begitu. Tapi mana mungkin. Hanya lintasan nafsu.
Semoga Allah mudahkan dan berkati hidup seterusnya. Sama-sama kita doa.Kita jumpa di Syurga Firdaus tanpa hisab dengan semua yang kita kasihi. Amiin.

ngasobahseliman said...

Salam Werdah.Harapan dihati begitu. Semoga Allah menganugrerah impian. Semoga Huzaifah menjadi pejuang bertaqwa membebaskan kezaliman. Perjalanannya jauh lagi. Kita sama-sama doa semoga cucu-cucu kita mengikut jejak langkah Sahabat-sahabat Nabi kita saw. Ameen.

Kerabu Jantung said...

Assalam Sis,
kerap kali disebut - cucu kita, anak orang - ibubapa yang mencorakkan anak-anak mereka, kita pula membantu setakat mana yang patut.

Anyway, enjoy yourselves in Morocco, and if you have time, crossover to Andalusia!

ngasobahseliman said...

Ialah sis...tidak semua yang kita harapkan kita dapat.
Kini dah balik Moroko. Tidak ke Andalusia. Mungkin ada rezki lain kali. Ini pun dah rasa lama.

Related Posts with Thumbnails