SALAM MAAL HIJRAH PADA SEMUA,
Maka masuklah kita ke tahun baru, 1434 Hijriah. Alhamdulilah. Allah masih kurnia peluang dan ruang untuk kita bertaubat atas segala kelemahan dan kekurangan dan atas segala dosa yang nyata dan yang tersembunyi.
Kita terus mohon semoga Allah kurnia kita akal minda yang waras dan hati nurani yang menginsafi diri dan semoga Hijrah 1434 dan seterusnya kita akan dilimpahi kurnia Rahmatnya yang tidak terhingga.
Semoga Allah akan sentiasa memimpin kita ke jalan yang lurus seperti doa yang kita panjatkan setiap kali kita membaca surah alFatihah.
Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
(Al-Faatihah 1:5)
(Al-Faatihah 1:5)
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat
kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan
bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
(Al-Faatihah 1:7) |
(Al-Faatihah 1:7) |
Dan semoga di akhir jalan yang lurus ini Allah kurnia bagi kita Syurga Firdaus tanpa hisab bersama-sama semua yang kita kasihi dan cintai.
Ameen, Ya Rabb.
......
Ameen, Ya Rabb.
......
3 comments:
Assalamu'alaikum kak
Semoga sentiasa beroleh kesejahteraan dan dalam redha Allah
Mudah-mudahan kita sentiasa muhasabah diri dalam meneruskan usia /nikmat kehidupan agar sentiasa berada di atas jalan yang lurus hingga ke destinasinya. Allahumma Aamiin
Salam Ma'al Hijrah..
Assalamualaikum,
Ameen.
Alhamdulillah,kita telah diberi kesempatan untuk menikmati kehidupan sehingga tahun ini.
Selamat Maal Hijrah untuk Bonda Ngasobah dan Kak Wedah semoga sentiasa dalam kerahmatan.
Salam pada Werdah dan Simah. Semoga sihat-sihat belaka. Alhamdulilah kita masih ada masa walaupun pada saya tinggal sedikit aje lagi. Itu yang mahal. sama-sama kita doa. Yang mahal kita hargai sebaik mungkin. Redha Allah yang kita pohon untuk diri dan semua yang kita sayangi.
Post a Comment