"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, November 10, 2012

......senang sebelum susah.





Ingat lima perkara sebelum lima perkara.
Antaranya: senang sebelum susah...

Setahun sepuluh bulan pembantu rumah Nora  bersama saya, menjadi pembantu setia dan pengasuh cucu sepenuh masa. Hari Isnian yang lepas dia pulang ke Madura untuk mendirikan rumahtangga dengan jejaka yang diaturkan oleh keluarga. Dia mendapat permit kerja melalui proses pemutihan yang saya serah semuanya pada ajen yang saya kurang pasti fungsi sepenuhnya. Tetapi saya lihat Passportnya dan semuanya teratur dan saya rasa lega.

Tetapi rasa lega itu sebentar sahaja kerana kini dia tiada dan cucu saya terpaksa saya jaga bersama. Mujur Huzaifah, cucu yang tinggal bersama kerana bersekolah di Adni Islamic School kini bercuti panjang akhir tahun dan ia pulang pada ibunya.

Begitulah lumrahnya sekarang di Lembah Kelang. Kenalah saya melaluinya penuh kesabaran. Semoga masaalah  ini tidak berpanjangan kerana banyak tugas yang mesti diselesaikan sebelum samapi kegaris penamat sebuah kehidupan.

Sekarang saya berkejaran pagi hingga petang. Kebersihan rumah kurang sempurna dan makan minum jarang terhidang di atas meja. Saya perlu bersegera dalam semua kerja kerana kelas pengajian tidak bolih ditinggal begitu sahaja. Itulah ustaz selalu berpesanan : Kaya sebelum miskin, senang sebelum susah, sihat sebelum sakit, muda sebelum tua dan akhirnya hidup sebelum mati.
Maka pembantu rumah tidak seharusnya menjadi isu besar. Ya Allah mudahkan segala urusan baginya dan bagi keluarga saya. Semoga mendapat ganti yang setanding  atau lebih baik darinya.

.....

2 comments:

Werdah said...

Assalamu'alaikum kak

Semalam dah datang.. taip sedikit di ruang komen ni.. tak habis lagi cucu-cucu pula datang.. apa lagi komputer dah 'on' dia oranglah ambil alaih.. alhamdulillah semalam tak ada rebut-rebut, elok je mereka bertiga berkongsi dengar nasyid-nasyid alif baa taa dan sebagainya.

Ya kak, 5 perkara sebelum 5 perkara lagi tu memang patut diambil perhatian berat tentangnya.

Namun bagi saya ni yang dah ke penghujung ni banyak dah yang terlepas..

Semoga segala urusan kak dipermudahkan Allah SWT.

ngasobahseliman said...

Ya, Werdah. Saya lagi banyak yang terlepas dan ketinggalan. Cuma harapan semoga Allah mengampuni dan memelihara kita untuk perjalanan seterusnya. Salam.

Related Posts with Thumbnails