"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, June 27, 2013

Kesyukuran dicelah-celah jerebu....


Biarkan Jerebu....
(25 Jun 2013)



Teringin hendak ke Flora 2013.....
Jom kita pergi. 

Saya juga 'sawan' bunga seperti kawan saya yang pernah saya ceritakan dahulu. Maka kering tekak dan gatal-gatal mata pun saya tahankan sekejap dan meluru ke kawasan bunga.

Malangnya rasa tidak selesa. Suami saya dan seorang cucu tunggu dikereta. Rasa seperti mesti bersegera. Dan saya hanya bawa kamera yang saya kurang mahir menggunakannya  maka hasilnya seperti dibawah ini. 




Hanya menjamu mata buat seketika. Tidak puas rasanya, tetapi saya rakam juga pemandangan di atas untuk bahan cerita ank cucu bila mereka dewasa.

Ada bunga yang saya tidak pernah lihat dan agak teruja memerhatikannya.  Saya lihat dari dekat tetapi masih tidak tahu namanya. Mungkin suatu hari saya akan kenal  dan  kini  kagum dan bersyukur dapat mengerti betapa ciptaan Allah  itu luasnya dan kehebatannya tidak terthingga.


Maka Nikmat Allah yang Mana yang kamu hendak Dustakan.

...

2 comments:

Makbonda61 said...

Puan,
Bunga paling bawah itu namanya bunga 'ekor musang'. Saya tidak pernah menanamnya tapi pernah membeleknya. Saya rasa species dengan pokok jagung.

Bunga yang menjadi background tu bunga 3 bulan.Bunganya bertahan sehingga 3 bulan.

Terojanya saya tengok bunga2 yang dipamerkan,kalau dekat saya pasti pergi.

ngasobahseliman said...

OH YE...EKOR MUSANG. Nampak tepat dengan rupanya. Saya suka dengan bunga tetapi tidak mencari-maklumat yang seharusnya tahu. Terima kasih beri tahu. Amat seronok. Nama 3 bulan pun fascinating. MasyaAllah. Boleh bertahan 3 bulan. Saya kurang perhati...mungkin satu hari saya ada peluang untuk "lihat dan tahu". Tq dan salam.

Related Posts with Thumbnails