"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Tuesday, June 11, 2013
Semalam....
Semalam seperti tidak tahu apa nak buat. Rasa di hati macam ada tak kena.
Mengapa tiba-tiba teringat video dalam U-Tube yang menunjukan seorang wanita sedang dipukul seksa oleh tentera kerajaan Syria, Saya lihat dalam FB.(Yang sebut tentera Syria ialah yang linkan video itu kat fb saya).
Kejam....terlalu Kejam.
Saya rasa lelaki seperti ini tidak pernah melihat ibunya dan mungkin tidak pernah didakap oleh ibunya... dan tidak punya adik beradik perempuan dan mungkin tidak ada isteri dan anak perempuan. Mungkin ia membesar sendirian.
Hatinya ganas dan tidak merasakan dirinya juga seorang manusia.
Kalau bukan manusia adakah dia binatang...
Saya bela perilaku binatang sebab binatang hanya ganas kalau kelaparan tiada makanan atau kalau nyawanya rasa terancam.(kadang-kadang kalau mengawan berebut pasangan).
Dalam kes ini tentera itu pasti tidak kelaparan kerana berbadan besar. Wanita yang dipukul seksa itu diikat kaki dan tangannya. Askar itu berdua dan pastinya tidak ada yang mengancam nyawanya.
Maka dia specie apa agaknya...
Mungkin dari planet asing dan menjelma manusia ? ?
Ya Allah, peliharalah mereka yang tidak berdosa....
Maka saya alihkan ingatan saya seketika dan saya lihat album saya yang tersimpan banyak bunga-bunga. Agak tenang dihati untuk sementara. Bila teringat lagi saya rasa mahu membalas bela kesakitan yang tidak terperi yang wanita itu merasa.
Entah bagaimana dia sekarang......
Ya Allah, Engakau selamatkanlah wanita ini dan Engkau balaslah si kejam ini sewajarnya. Engkau maha Adil maha Bijaksana...Tetapi Engkau juga maha Haalim. Subhanallah. Aku berfikiran manusia. Enkau maha berkuasa atas segala sesuatu. Aku mohon keampunan Mu.
Kasihanilah kami, Ya rabb...
...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment