"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Tuesday, June 4, 2013
Seronok berbahasa Jepun, mengapa tidak Mandarin ?
Tembok besar negara China....
Mercu tanda keagongan Empire Maharaja China berzaman lamanya.
Kini kuasa ekonominya sudah dapat menandingi kuasa ekonomi Amerika Syarikat , dan sekali gos ekonomi Eropah Barat dan Jepun juga. Baru-baru ini di Astro diberitakan bahawa China sudah "pandai mencuri" ilmu dari sistem komputer Perisik Keselamatan Negara Amerika. Jabatan Pertahanan negara Amerika sudah mula menampakan kelemahannya. Ini diperakui sendiri oleh ahli kongressnya dalam wawancara 'The Situation Room' di saluran CNN baru-baru.
Senario kehebatan negara China sudah menjadi agenda perbincangan mengenai keselamatn negara terutamanya negara-negara yang dahulunya sombong mengatakan mereka Pengawal Dunia.
Di Malaysia, bagaimana ya?...
Saya sebagai pesara tidak arif dengan dasar Malaysia mengenai hal yang sama. Cuma beberapa hari dahulu saya dapat bercerita-cerita dengan cucu saudara saya berkelulusan jurutera electrik dari sebuah University di Jepun tajaan Kerajaan Malaysia mengenai perkembangan syarikat-syarikat Jepun di Malaysia yang salah satunya merupakan tempat ia bekerja. Saya berpeluang juga bekenalan sepintas lalu dengan seorang pensyarah berkelulusan Phd yang mengendali program pelajar-pelajar Malaysia ke Jepun.
Maka saya bertanya padanya: Dengan keadaan yang ada sekarang, adakah program yang sama untuk menghantar pelajar-pelajar ke negara China bagi tujuan yang sama. Tidakkah teknologi China sekarang sudah setaraf dengan kuasa-kuasa Barat? Mereka sudah ada pesawat Jet perang yang tidak boleh dikesan radar seperti yang dipunyai Amerika. Pastinya ada kemampuan-kemampuan lain yang di rahsiakan. Saya pasti.
Mungkin ada, cuma saya tidak tahu. Yang saya tahu orang Melayu Malaysia amat sedikit yang boleh berbahasa Mandarin. Mungkin bilangan Melayu yang boleh berbahasa Jepun dengan baik lebih banyak dari yang boleh berbahasa Mandarin. Di foto sebelah ini yang berbaju putih adalah cucu saudara yang seorang sahaja dalam keluarga besar saya yang boleh berbahasa Jepun. Yang berbaju hijau adalah abangnya lulusan Institut pengajian tinggi tempatan.(Anak perempuan saya boleh berbahasa Jepun tetapi setakat kegunaan biasa sahaja. Banyak character Jepun yang ia belum mahir walaupun pernah belajar di Waseda University, Tokyo.)
Saya merasakan kita masih dalam keadaan "self denial" mengenai kekurang kita orang Melayu dalam bidang pengajian hal-ehwal China. Mungkin pendapat saya ini salah dan saya memang berharap salah. Harapan saya semoga sudah ada satu Perancangan Mega untuk orang-orang Melayu menguasai Bahasa Mandarin atau apa jua dialect China yang setaraf penggunaannya..
Saya dan beberapa orang teman selalu bincang-bincang mengenai kejahilan kami dalam Bahasa Mandarin dan betapa kami rasa handicap dalam urusan hidup di Malaysia kini. Ada antara kita yang tidak yakin dengan keperhatinan parti DAP dalam membangunankan Malaysia seperti yang disarankan oleh Parti Barisan Nasional. Tetapi kita tidak punya alat yang dapat berhubung secara intelectual dengan mereka dari hati kehati. Dan kita boleh menyentuh hati sesiapa jua kalau kita boleh berhubung dalam bahasa yang sama. Maka saya rasa boleh tertipu bila berurusan dengan mereka yang mahir dalam bahasa Mandarin atau satu dialect China dan sekali gos merasa kerugian dan merasa khuatir kerana tidak dapat memahami budaya kerja dan budaya hidup orang China.
Bertahun-tahun saya hidup dengan orang Malaysia keturunan China tetapi sepatah perkataan pun saya tidak tahu. Alangkah ruginya...
Maka saya mula hendak "menuduh" kerajaan yang tidak bijak melakasanakan dasar Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan sejurus selepas Merdeka dahulu. Kalaulah ketika itu kita tidak "chuvanistic" yang amat sangat hingga tidak mahu langsubg membuka peluang orang melayu belajar Mandarin, kedudukan kita mungkin berlainan. Saya rasa kita masih boleh JADI TUAN di negara sendiri dengan kebolehan belajar Mandarin tanpa menjejaska fakta mahu mengekalkan JADI TUAN. Kini kita kerugian yang amat sangat dan tidak boleh undur ke belakang.
Namun saya positif mengenai perubahan. Kita boleh berubah walapun jiwa mahu berubah bukan suatu yang mudah. Di Singapura saya difahamkan tidak ada sekolah China pun tetapi bagaimana mereka boleh mendasarkan rakyatnya padai Mandarin. Kita fikirkan sama-sama. Saya bukan mahui bercerita dalam kontek malaysia sahaja tetapi harus juga difikirkan dalam konteks global. Kuasa China sekarang pun sudah mula bertapak kuat di negara-negara di Afrika.
Maka saya dan beberapa teman tidak mahu bercakap-cakap sahaja. Kami cuba mengajarkan sedikit bahasa Mandarin di Tadika SUFI yang kami urus di Tangkak, Johor. Bukan maksud kami untuk memahirkan mereka bertutur dalam bahasa Mandarin serta merta, tetapi kami hanya mahu mengenalkan bahawa ada bahasa yang mereka perlu tahu selain yang mereka sudah biasa, iaitu bahasa Mandarin. Kami hanya mengajar nyanyian dan beberapa ayat yang sering digunakan harian seperti selamat pagi, hari ini saya makan.... dan sebaginya. Tujuannya hanya untuk menanam fahaman bahawa Bahasa Mandarin wujud dan kita harus menaruh ninat dan belajar demi kebaikan rakyat Malaysia khasnya dan umat Islam amnya.
Untuk menjadi Khalifah di muka bumi ini maka kita juga harus tahu berbagai bahasa terutamanya untuk berdakwah ke negara China dimana pertumbuhan bilangan rakyatnya adalah antara yang terbesar di dunia.
Maka semoga kita befikiran luas, dan mencari jalan bagaimana kita boleh setanding.
Kami mohon pertolongan Mu, Ya Rabb...
....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment