about me
Berita sedih buat saya teman Blogger.
Semalam kami dimaklumkan dalam blognya oleh anak-anaknya bahawa Hj. Hassan telah kembali ke Rahmatullah. Sudah lebih setahun Allahyarham tidak muncul di blog dan anaknya memaklumkan ia sedang sakit dan dalam rawatan.Kami hanya mampu berdoa semoga ia sihat kembali.
Tetapi akhirnya dari Allah kita datang dan kepada Allah kita kembali. Ia selamat di semadikan di Bukit Kiara pada 15 Mei. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosanya dan menempatkan Ruhnya bersama-sama para solihain.
Kerja-kerja sukarelanya amat mulia dari sudut kebajikan masyarakat dan terutamanya di sisi Allah swt. Saya mengenalinya kerana mengikuti blognya dan kami sering bertukar fikiran mengenai Institusi pendidikan yang kami bina dan urus tanpa mengambil apa-apa keuntungan. Semata-mata kerana Allah demi kesejahteraan Ummah. Allahyarham sering juga memberi cadangan dan beberapa buah fikiran bagaimana saya bolih meningkatkan prestasi Tadika Taska saya di Tangkak. Beliau amat bermurah hati.
Saya dan suami ingin mengunjunginya di Kuala Trengganu tetapi tidak kesampaian. Beliau berumur lebih kurang 78 tahun dalam fahaman saya.
Saya rasa kehilangan. Semoga hasrat anak-anaknya meneruskan khidmat bakti ayahnya kesampaian dan berterusan.
.......
No comments:
Post a Comment