"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Thursday, May 12, 2016

Musafir ke Krabi, kali ini berbeza....




(Pemandang tepi laut di daerah Trang.)


Saya sudah pernah musafir ke Krabi pada Oktober tahun 2015 walaupun hanya di sana satu malam sahaja. Dalam kumpulan kami ramai yang tidak berpuas hati hanya satu malam kerana banyak yang belum cukup diperhati dan banyak yang belum sempat dibeli.

Kami hanya semalam di Krabi kerana kami bermalam di Satun, di Trang di Pulau Babi dan di Hat Yai, kesemuanya enam malam. Ketika itu agenda kami agak berlainan.Kami pergi dengan hasrat melihat perkembangan sekolah-sejolah Islam di Selatan Thailand. Bersama kami ialah seorang professor yang bertugas di University Malaya setelah bersara wajib. Seorang dari pelajarnya membawa kami ke tempat-tempat yang saya sebut di atas dan saya sendiri rasa teruja kerana walau pun mereka bukan berada di negara Islam seperti Malaysia, tetapi kegigihan para pendakwah amat saya kagumi.

Saya telah mencatat perjalanan kami ketika itu dalam blog saya ini pada bulan oktober / Disember 2015.





Kali ini saya musafir ke Krabi dengan kumpulan yang berbeza dan objektif yang berbeza. Kami mahu semata-mata melihat kebesaran yang maha Pencipta dan menghayati keindahan sebuah musafir. Dalam kumpulan kami sayalah yang tertua. Suami saya tidak ikut sama kerana sibuk dengan tanggongjawabnya yang lain. Kami 10 orang sahaja dan 7 orang darinya berumur awal enam puluhan. Mereka teruja mahu naik keretapi ETS. Dan mereka penuh semangat seperti orang berumur lima-puluhan.



Di Lobby Chalet di Trang.


Suka-suka merakam peristiwa


Cuaca terlalu panas. Kami di (lupa nama) ambil foto
 dan cepat-cepat masuk van.


Empat Jejaka bersama driver.


Di kolam air panas.


Room mate saya selama 7 hari bertudung hitam. 
Beliau juga ada Tadika.

Mereka ini dari Fratinity Perbankan dan ahli perniagaan dan sedikit sebanyak perilaku dan pemikiranya berlainan dari kumpulan saya yang dahulu kerana mereka adalah pesara perkhidmatan awam. Saya amat seronok bersam kumpulan yang berlainan pengalaman dan berlainan citarasa kehidupan. Tak silap saya 4 orang suka bermain golf dan dua orang darinya sangat mencintai golf. Itu penilaian saya bukan dakwaan mereka. Tetapi perbualannya dan lawaknya amat mudah disertai dan ramai-ramai kami gelak ketawa. Mereka semua amat merendah diri dalam interaksi harian. Mereka juga bermurah hati dan amat tidak berkira dalam perbelanjaan santai. Saya difahamkan mereka ini ahli perbankan yang senior dan salah seorang wanita yang bersama kami pernah menjawat Vice-President sebuah bank tempatan. Seronok saya mendengari cerita-cerita pengalaman mereka.

Salah seorang darinya suka makan durian. Tetapi di Thailand kini belum musimnya dan harga durian agak mahal. Tetapi itu tidak menjadi masaalah padanya untuk belanja makan durian meraka yang suka durian. Mereka tidak lepas peluang makan pulut durian atau manga dengan pulut bersantan. Saya hanya mendengari ceritanya kerana saya tidak cukup kederat mengikuti mereka menjelajah tempat shopping dan pasar buah-buahan.



Bila sampai di hotel saya banyak rehat sendirian......

Teman-teman baru kenalan saya ini suka mencari urut tradisional. Saya belum pernah mencubanya. Bagi mereka Spa tradisional tidak asing bagi mereka. Dan mereka akan bercerita pengalaman berurut tradisional. Namun mereka takut dengan cara yang kasar seperti menggunakan siku dan tumit kaki untuk urutan. Mereka memilih yang sederhana sahaja kerana takut lain pulak kesannya. Saya hanyan tersenyum dan kadang kala tertawa mendengari episod mereka berurut tradsional. Saya hanya menunggu di Van atau saya duduk melihat lalu lintas pelancung-pelacung membeli belah serta tersnyum juga melihat karenah mereka.

Kumpulan kami kali ini suka menjelajah ke pulau-pulau berhampiran. Tiga orang dari kami tidak mengikut satu lawatan menaiki bot kerana tidak berani mengharung ombak dan menaiki bot yang terumabng ambing di gigi perairan di Pantai. Mereka tidak menaiki bot dari jetty. Saya dalam umur 71 tahun ini takut hendak mencuba.......




Lihatlah betapa bot itu terapung-apun dan mesti mengharungi
 ombak untuk menaikinya.






Saya hanya mengikuti pergi ke pulau menaiki bot dari jetty dan tidak perlu mengharong ombak. Kami pergi ke Pulau Pan Yee (Panji). Seronok sekali melihat panaroma lautan dengan kepulauan yang berbagai rupa dan bentuk. Kami tidak mandi manda atau lain-lain acara air. Kami hanya menjamu selera dan melawat perkampungan atas air dan juga sekolah rendah dan Masjid atas air.




Jenis bot yang di naiki




Pemandangan Pulau Pan Yee dari jauh






Cuaca amat panas dan kederat saya amat teruji. Alhamdulilah walau pun berjalan seperti semut (turun naik bot berpimpin) saya dapat juga mengikuti aktiviti yang ada. Penduduk di Pulau ini majoritinya adalah Islam dan kami tidak ragu menjamu selera. Ada ahli-ahli kumpulan kami yang berbelanaja hanya semata-mata niat membantu dan kelihatan beberapa ahli yang menginfakan wang ringgit pada anak-anak yang mengekori lawatan kami. Seperti yang saya kata, kumpulan ini amat peka pada hal-hal mahu menyumbang pada kesejahteraan ummah umumnya. Alhamdulilah.....
Mereka kumpulan korporat yang berjiwa tegar untuk Islam.... bukan kumpulan liberal terhadap Islam.







Madjid terapung di Pulau Pan Yee






Kami solat zohor berjemaah.



Kawasan shopping untuk pelancung





Itu sahaja antara peristiwa utama dalam kumpulan musafir Krabi kali ini. Semasa di sekolah kami berhenti sejenak berinteraksi dengan anak-anak sekolah rendah. Waktu itu musim cuti sekolah dan mereka menjual cendera hati untuk pelancung. Kami membeli tanpa mengira harga semata-mata untuk menyantuni mereka. Sambil-sambil itu teman saya main bola dan saya minta seorang dua menyebut Syahadah. Alhamdulilah mereka boleh walaupun tidak lancar dan jelas.

Saya ada rasa terkilan kerana di umur yang lanjut ini baru mengerti usaha dakwah yang sebenarnya. Namun saya akan terus cuba mengikut kemampuan yang ada........

Semoga musafir kami Allah terima sebagai amalan soleh walaupun kecil sahaja.
Aamiin ya Rabb.........


.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails