Pagi 14 Mei saya dikejutka dengan berita Guru
kesayangan saya telah meninggal dunia.
Dalam whatsApp kumpulan kami, Class of 64,
penuh dengan kata-kata
yang membuat saya rasa amat sedih dan terharu.
Siapa tidak akan rasa kehilangan
jika seorang itu amat kita kasihi kerana jasa-jasanya
pada pelajar yang luar biasa.
Beliau mengenali ramai nama-nama murid selama ia di Pontian
yang jarang kita sangka.
Ingatannya amat kuat dan itu yang menjadi keistimewaannya semasa mengajar kami bermula tahun 1962
semasa kami di tingkatan tiga.
Beliau baru sahaja menjadi Graduan University Malaya.
Beliau ialah guru pertama lulusan University tempatan bagi kami.
Yang lain dari beberapa University di India.
Mediang Ms Tan Lee Kiang bersama teman-teman saya
(yang juga murid-meridnya
(yang juga murid-meridnya
di Pontian Secondary English School)
Class of 1964.
Ini foto meraikan hari lahirnya yang terakhir, Mac tahun ini 2016.
Bersama bekas murid, seorang professor di University Singapore.
Kami suka menyantuninya di mana jua.
Antara aktiviti reunion yang saya tidak hadir.
Peristiwa sejarah yang saya tidak dapat hadir kerana
melancung luar negara.
melancung luar negara.
Meraikan hari lahir Ms Tan pada Mac 2014 yang saya dapat hadir.
Suami saya berdiri kiri sekali.
Jasanya tetap dikenag sampai keakhir hayat.
Guru kesayangan saya.
Guru kesayangan saya.
Saya punya hubungan rapat dengan Ms Tan berbanding dengan guru-guru lain kerana berbagai sebab.
Ms Tan amat baik orangnya dalam menyantuni pelajar tidak kira keturunan. Amat ramai yang sayang padanya kerana beliau sangat murah hati. Ms Tan menggunakan wang ringgitnya sendiri membeli buku-buku cerita Bahasa Inggeris untuk kami baca. Sekolah di kampung seperti Pontian Kecil Johor tidak punya buku 'up to date' dalam librarynya. Kami di gesa untuk membaca dan beliau akan membuat kami bercerita apa dalam buku itu setelah tamat membacanya. Kami pun 'hentam kromo' sahaja kerana bukan faham sangat apa yang dibaca. Tetapi murid yang pandai tidak ada masaalah. Kekadang saya tidak habis membaca kerana masa saya banyak bersukan. Maka saya ingat sahaja dari ringkasan buku itu yang ada di kulit belakang. Ms Tan tahu 'trick' kami tapi dibiarkan sahaja kerana beliau mahu melatih juga keberanian bercakap di hadapan kelas.
Setelah kami dewasa kami selalu membincangkannya bila bertemu dan gelak ketawa seperti tidak ada kesudahan.
Ms Tan juga suka membawa kami keluar membuat lawatan seperti ke Air Terjun dan pantai berpiknik dan sebagainya. Saya tidak pernah ingat kami dikenakan bayaran. Kami rasa seronok dapat pergi begitu sahaja. Zaman itu ramai kami dari keluarga miskin.
Ms Tan seorang penyabar dan tidak pernah marah-marah dalam kelas. Dia ada caranya sendiri. Itulah kami seronok dengannya.
Saya ingat juga setelah peperiksaan LCE ketika itu beliau mengajarkan kami kerja tangan membuat bakul, dan dulang kecil dari rotan halus. Ini helahnya untuk membuat kami tidak bosan. Dan ada sahaja sebab untuk buat 'class party' untuk menyeronokan kami.
Kemuadia beberapa tahun berlalu......
Saya ditakdirkan bekerja di Kementerian Pendidikan. Ms Tan juga di sana di Bahagin Perkembangan Kurikulum. Sering juga kami bertemu dalam projek dan mesyuarat. Saya suka memeloknya tunjuk saya sayang padanya. Dia dengan bebesar hati selalu menceritakan hal saya di bilih darjah semasa dibawahnya bertahun yang lalu pada pegawai-pegawai lain. Rupa-rupanya ia sering bercerita pada teteman saya yang lain bahawa saya suka memeloknya.
Saya sayang padanya......
Pemergiannya tidak disangka-sangka kerana kami tidak mendengari ia sakit lama di hospital atau sebagainya. Tetapi sudah ditakdirkan pada 14 Mei ia meninggal dunia. Saya rasa tersedih kerana lebih kurang sebulan yang lalu Ms Tan menalipon saya tetapi menerusi talipon suami saya kerana saya belum sempat memberi tahunya no telipon baru saya.Saya tidak kesempatan menaliponnya kembali kerana ketika itu saya amat sibuk dengan masaalah saya sendiri. Saya tersedih kerana 2 tahun yang lalu saya menghadiahkan sebuah terjemahan al Quran dalam bahasa Inggeris untuk kenangan hari lahirnya, dan semoga ia mendapat hidayah. Saya tiba-tiba teringat mungkin ia mahu bertanya terus tentang al Quran itu, atau mahu tahu terus bagaimana mahu menjadi seorang Muslim. Saya rasa terkilan .......
Semoga ada sesuatu yang baik yang Allah lihat pada dirinya....
......
No comments:
Post a Comment