Pintu gerbang masuk ke Universiti Madinah Al Munawarah.
(November 2015)
Kesedaran untuk memahami Islam dan menghayati Islam pada hari ini jauh lebih tinggi berbanding semasa saya muda dahulu.Aalhamdulilah. Budaya mencari Ilmu makin meningkat kerana tanpa Ilmu bagaimana boleh beramal. Namun seorang Shaikh terkenal Hamzah Yusuf Hanson mengingatkan bahawa menuntut ilmu itu bukan sahaja setakat mendapatkannya. Seseorang yang mendakwa dia berilmu harus boleh beramal dan lebih penting dari itu ialah ia harus bijaksana bagaimana mahu menganalisa kehendkak sebenar Ilmu itu dan bagaimana ia boleh menggunakan Ilmu itu sebagai jambatan untuk menghubungkan manusia dengan Khaliknya. Umat Islam tidak harus berbangga dengan hanya mencapai kadar Literacy yang tinggi sahaja kerana pandai membaca dan menulis belum mencukupi untuk memenuhi kehendak IQRA' yang tersebut dalam alQuran itu. Allah menganugerah kepintaran intelek pada hambanya berbeza-beza, maka Allah menuntut mereka yang mempuyai keupayaan intelek yang tinggi harus berbuat sesuatu yang memberi munafaat pada hamba-hamba Allah yang lainnya. Hujah Shaikh Hamza Yusuf amat panjang lebar dan kita boleh mendapatkanya secara mudah di u tube.
Dalam keyakinan saya Ilmu yang tertinggi ialah menguasai Bahasa Arab sebelum bahasa-bahasa lainnaya. Ini fahaman saya. Tanpa Bahasa Arab atau lebih tepat lagi Bahasa Al Quran kita tidak akan dapat memahami Islam seperti yang dituntut Oleh Yang maha Pencipta dan yang maha Bijaksana. Membaca terjemahan amat tidak mencukupi kerana pasti ia tidak menepati maksud sebenar.
Jika kita dapat menguasai Bahasa alQuran maka penghayatan membaca alQuran pun mendatangkan rasa kepuasan kerana kita memahami apa yang kita baca walaupun mungkin belum memahami kesemua maknaya, yang tersurat dan yang tersirat. Ini suatu permulaan yang amat baik.
Kesedaran ini membuat saya rasa insaf dan rasa kesal kerana saya tidak memahami tuntutan itu. Walaupun saya mula belajar bahasa Arab tetekala berumur 38 tahun, saya hanya berniat untuk pas peperiksaan Diploma Pengajian Islam yang saya ikuti di UKM ketika itu. Ilmu mengenai Islam amat terhad dan ketika itu tidak ada promosi untuk mempelajari bahasa Arab supaya memahami alQuran. Seperti tidak serious saya meneruskan belajar sedikit-sedikit Bahasa Arab itu tetapi dalam bidang Arab Komunikasi sahaja. Hinggalah saya bersara barulah seorang teman membawa saya belajar bersamanya dengan seorang Ustazah yang mengajar alQuran dan memahaminya secara Harfiah. Akibat bersikap sambil lewa dan hadir kelas tenggelam timbul saya "tamat" setelah 7 tahun. Selepas 7 tahun pun saya tidak juga mahir dengan nahunya dan jika tidak faham nahu sepenuhnya maka memahami Balaghah dalam alQuran pun menjadi masaalah besar. Maka saya amat sedikit memahami alQuran walaupun saya "tamat" membaca secara talaqqi di hadapan seorang ustaz yang bertauliah untuk mendapat sanad hingga ke Rasulullah sallahualaihiwasalam.
Sekarang saya meneruskan pembelajaran saya dengan seorang Ustaz pula. Saya tidak dapat merasai "keseronokan" sepenuhnya. Hanya rasa tanggongjawab untuk terus belajar tetapi tidak rasa terpanggil untuk mengulang kaji pembelajaran secara mati-matian.
Satu hari saya mengikuti cerama Ustadh Nouman Ali Khan di U Tube dan ia menerangkan bagaimana mahu rasa "connecdted" dengan alQuran. Siang malam "mimpi" alQuran. Ustadh Nouman mengatakan bahawa dalam alQuran Allah sudah sebut mengapa Allah turunkan alQuran dalam bahasa arab janjiNya bahawa jika kita yakin dan komited untuk "berhubung terus" dengan Allah, Allah akan mudahkan kita menguasi bahasa Arab dan dengan itu memahami alQuran dengan lebih sempurna.
Usatdg Nouman kata kita harus mohon doa pada Allah swt bersungguh-sungguh setiap waktu solat dan setiap masa supaya Allah mudahkan pembelajaran kita kerana kita mahu "Berhubung Terus" dengan Allah terutamanya ketika kita mengerjakan solat dan semasa kita bermunajat padaNya.
Ketika mendengari nasihatnya saya rasa amat insaf dan rasa amat kerugian kerana saya tidak pernah bermunajat sedemikain rupa dalam mempelajari Bahasa Arab. Saya amat sialap kerana saya ambil ringan dan belajar bahasa Arab alQuran macam belajar Ilmu-ilmu yang lain. Tidak....
Bahasa Arab istimewa. Shaikh Hamza Yusuf sanggup tinggal di Pondok di Mauritania selama 10 tahun untuk benar-benar mempelajari bahasa Arab dari akar-umbinya dan berguru dan berhadapan dengan Tuan gurunya hingga 'masak' Ilmunya. Kini dia diiktiraf seorang shaikh bertaraf dunia.
Itu sedikit sebanyak yang saya tanam di hati untuk saya contohi. Masa saya sudah amat tipis tetapi biar lamabt dan jangan tinggal langsung. Saya bertaubat kerana cuai dalam belajar dan semoga Allah memudahkan pembelajaran saya seterusnya. Semoga bila sampai masanya Allah redha dan Allah kurnia Syurga pilihan untuk bersama semua yang saya kasihi dan sayangi berkekalan selamannya.
Saya terpanggil untuk menulis entry ini kerana semalam saya menghadiri sessi Tadarus AlQuran sepanjang masa dalam kumpaulan kekawan yang seangkatan semasa masih bekerja dahulu.(sudah agak lama saya tertinggal kerana hal keluarga). Majoriti mereka dari Elite Schools. Saya hanya dari sekolah biasa jauh di kampung. Sambil menyemak bacaan saya rasa haru dan sedih kerana ada kekawan saya yang masih belum mahir membaca alQuran dari segi Tajwidnya pun. Kekawan ini memegang jawatan tinggi dalam kerajaan semasa bekerja dahulu tatapi tidak mahir membaca alQuran walaupun sudah dalam zon umur yang kritikal.Semoga Allah memudahkan usaha mereka dan usaha saya seterusnya. Saya takut rasa ujub mengenai diri saya. Saya juga banyak kesalahan. Cuma saya rasa bersalah kerana kurang berkongsi Ilmu kerana menyedari hakikat Ilmu saya amat sedikit. Sebenarnya saya rasa segan dan tidak rasa selesa mahu "berhujah" kerana kerana saya rasa amat kerdil di sisi Allah yang maha Esa. Saya rasa berdosa dengan sikap saya ini bila membaca nasihat Allahyarham Tuan Guru Dato Haron Din yang mengatakan kita hendaklah berdakwah hingga sampai jadi alim dan jangan tunggu alim baru mahu berdakwah. Subhanallah....
Saya tetap ingat bahawa masuk Syurga bukan kerana Ilmu atau amal. Kita masuk Syurga kerana tidak ada dosa atau ada dosa tetapi telah mendapat keampunan setelah taubat nasuhah. Masuk Syurga adalah hak mutlak Allah semata-mata. Semoga Allah terima kita dengan RahmatNya yang tidak terhingga.
(Setelah menerangkan akibat orang-orang yang tidak menghiraukan akhirat, Tuhan menyatakan bahawa orang-orang yang beriman dan beramal soleh akan disambut dengan kata-kata): "Wahai orang yang mempunyai jiwa yang sentiasa tenang tetap dengan kepercayaan dan bawaan baiknya! -
(Al-Fajr 89:27) |
"Kembalilah kepada Tuhanmu dengan keadaan engkau berpuas hati (dengan segala nikmat yang diberikan) lagi diredhai (di sisi Tuhanmu) ! -
(Al-Fajr 89:28) |Saya sendiri harus berubah sikap dan mengikuti nasihat-nasihat Ustadh dan alim ulama' seperti di atas tadi. Semoga Allah masih terus memberi saya ruang dan peluang untuk berbakti pada ummah. Semoga Allah mengampuni segala dosa-dosa saya dan segala kekurangan serta kelemahan-kelemahan saya. Semoga Allah sentiasa menunjuki Jalan dan di hujung umur saya ini saya redha dan Allah meredhai.
Aamiin ya Rabb....
........