Menuntut Ilmu tidak ada penghujungnya, sampai ke liang lahad.Ustaz kata jangan ingat kita sudah cukup Ilmu. Itu hasutan syaitan.
Benar kata Ustaz. Di Johor semasa saya bersekolah cerita pasal Hari Raya Qurban biasa sahaja. Yang ditekankan ialah menyembelih binatang Qurban untuk sendiri dan di hadiahkan pada fakir miskin. Semasa saya kecil acara Qurban tidak didengari orang berkumpul beramai-ramai. Keluarga saya waktu itu pun amat jarang cerita Qurban. Katanya Qurban hanya untuk orang yang berkemampuan. Saya tidak pernah bertanya apa erti "berkemampuan".
Bila sudah dewasa tua (Istilah saya sebelum senior warga emas), saya mula ikut kekawan pergi mengaji menuntut Ilmu. Barulah saya faham sedikit erti Hari Raya Qurban dan tuntutan pengabdian khusus pada Hari Arafah. Maka saya ikutlah sedikit-sedikit apa yang saya pelajari. Namun Hari Raya Qurban atau Hari Raya Eidul Adha belum memberi erti yang jelas dan bermakna buat saya. Banyak yang saya lakukan hanyalah ikut-ikutan sahaja. Semasa Pertama kali Kerjakan Ibadah Haji,(ketika itu sistem shaikh dalam pengendalin segala urusan haji) barulah saya faham lebih sedikit erti Qurban. Kami "digesa" jangan lengah pasal bayaran duit Qurban. Kami diberi penerangan keistimewaan berQurban dan kami akur dengan hati riang.
Apabila masuk "pintu gerbang Warga Emas" barulah saya faham keistimewaan beribadah pada 10 hari pertama bulan Zulhijjah. Rasa penyesalan amat sangat. Apakan daya. Mohon keampunan dan buat yang terbaik masa kini semoga Allah menerimanya berganda-ganda.
"Tidak mengapa lambat, asalkan kita buat bersungguh-sungguh.".
jANGAN LANGSUNG TIDAK BUAT.
Itu tekad saya. Banyak ilmu yang saya dapati juga dari ustaz-ustaz yang saya kira hebat dari Indonesia yang saya ikuti di utube. Bukan pasal Qurban sahaja, tetapi berbagai cabang Ilmu.
Kini saya mengerti mengapa kami dulu digesa berqurban. Bukan pasal agihan dagingnya untuk fakir miskin sahaja, tetapi lebih penting dari itu kita menghayati hakikat berQurban seperti dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS setelah mendapatkan wahyu dari Allah swt.Kita dituntut berQuraban apa sahaja dalam mencari keredhaan Allah yang telah menciptakan kita dengan segala kurniaan RahmatNya. Kita berQurban atas benda atau apa jua yang kita amat sayang. Bukan berQurban seadanya. Ada satu ustaz itu mengatakan kalau kita perlu jualkan harta, maka jualkan supaya kita dapat berQurban. Kita fikirkan lah sendiri.Kata ustaz 10 hari pertama bulan Zulhijah adalah lebih istimewa dari 10 hari akhir bulan Ramadhan.
Saya menulis entry ini untuk ingatan diri saya dan penyesalan saya supaya anak cucu tidak rugi macam saya.
Mohon keampunan Mu ya Rabb........
.....
No comments:
Post a Comment