"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Sunday, September 4, 2016
Akhirnya mereka luahkan perasaan....
Sudah lama juga saya ingin kongsikan sedikit "karenah" ahli qariah di Kampung saya.
Kampung Tunku Petaling Jaya adalah antara kawasan perumahan tertua di daerah tercinta ini. Sudah lebih 30 tahun saya tinggal penuh harmoni.Alhamdulillah.
Di awal permulaan, ahli qariah Kg Tunku nampak seperti kasih mengasihi, aman damai, masing-masing sibuk dengan hal kerjaya sendiri dan kemajuan persekolahan dan kerjaya anak cucu. Namun saya merasakan kini suasana mula berubah.(Ini pandangan rambang sahaja).
Kampung Tunku adalah kawasan "elite" pegawai-pegawai kanan kerajaan dan ahli koporat Melayu. Saya mendengari komen ini dari semasa saya berkerja dahulu. Majoritinya sekarang adalah pesara seperti saya walaupun saya bukan golongan elite. Berketurunan Jawa, saya berasal dari kampung di hujung dunia....Pontian. Maka budaya elite agak asing bagi saya.
Di mana jua di negara kita sekarang ini masyarakat pasti berubah dan boleh berfikir. Mereka berfikir mengikut cita rasa masing-masing beasaskan pengalaman bekerja dan pengalaman berinteraksi dalam masyarakat. Di kampung saya pun begitu juga.
Kini Kg. Tunku sudah ada Masjid canggih sejak lebih kurang 10 tahun yang lalu. Alhamdulilah. Aktiviti ibadah pengabdian pada yang Maha Pencipta makin hari makin rancak dan segar. Sudah ada ramai ahli yang bersikap ambil peduli atas apa jua yang mereka fikirkan perlu diambil peduli. Dengan adanya sistem komunasi canggih, maka ahli qariah mudah berhubungan melalui Whatsapp dan Telegram dan apa jua yang ada di dunia cyber.
Dengan perkembangan ini ahli boleh berinteraksi melalui Whatsapp yang dikendali oleh Masjid. Berbagai pendapat menyatakan apa yang patut di utarakan dalam whatsapp tersebut. Jangan sentuh politik sama sekali.Ia adalah untuk menyalurkan maklumat mengenai aktiviti masjid dan cerita-cerita dan Ilmu teras mengenai Islam.
Tetapi ada beberapa ahli yang suka bercerita mengenai politik, mengenai ekonomi dan masaalah yang dihadapi oleh kaum melayu vis a vis kaum lain di negara kita. Perkara yang dibangkitkan oleh setengah ahli tidak disukai oleh beberapa ahli yang lain terutamanya mengebai perilaku kepimpinan negara dan soal ekonomi yang dikatakan ada kaitan terus dengan masaalah 1MDB. Maklumat-maklumat jenis "cut n paste" pun banyak.
Dari komen-komen yang tertara saya perhatikan bahawa ramai yang marah dengan pemimpin yang dipercayai tidak bertanggongjawab. Tetapi ramai juga yang cuba membela dengan berkata tidak ada bukti nyata dan banyak perkara yang dikatakan itu adalah semata-mata fitnah.
Ada yang seperti "menjerit" mengatakan jangan berkata berulang-ulang mengenai apa yang berlaku kerana mereka sudah tahu dan mereka merasa muak dan bosan. Banyak bercerita tanpa tindakan apa gunanya.
Ada yang kata jika tidak diulang-ulang takut rakyat lupa. Lebih teruk jika rakyat yang tidak memahami isu yang ada berdiri kuat menyokong pemimpin yang dipersoalkan oleh sebahagian rakyat yang lain.
Saya ada juga memberi komen semoga yang kurang faham jadi faham kerana ini semua ada kaitan terus dengan akidah kita dan amalan-amalan kita. Takut nanti kita bankrup diakhirat semasa berhadapan dengan yang maha Berkuasa.... Ada yang marah terus pada saya. Saya terima kerana menukar sesuatu fikiran itu bukan suatu yang mudah.
Bukan selalu saya mencelah-celah dalam polimik yang ada. Tetapi cukup untuk orang tahu pendirian saya. Tidak mengapa kerana saya berniat baik.... biar kita menyesal di sini dan bukan di sana. Dan saya pegang pada prinsip bahawa kebergantungan kita hanyalah pada Allah swt sahaja.
Ada seorang tu sangat tegas pendiriannya. Islam jangan dikompromi. Rakyat boleh dikotak-katikan, tetapi jangan bermain api dengan hukum-hukum Allah. Buruk padahnya....di dunia dan lebih lagi di akhirat kerana di sana nanti tidak ada sesiapa yang dapat menolong kita.Pada pendapatnya rakyat berhak menegur pemimpin dengan cara yang termampu padanya. Pemimpin harus peduli pada kebajikan rakya pada semua peringkat dan tidak boleh hanya memikirkan tentang kepentingan diri dan keluarganya sahaja.
Ramai yang membaca dan mendengari berita-berita di luar sana. Ramai yang terbeku di hati dan panas rasa telinga bila tercabar. Tetapi nampak seperti ramai juga yang masih mahu membela kepimpinan yang sudah mencemarkan nama baik negara diseluruh duania.Ada di antara mereka yang meminta pihak Masjid men"delete" sesetengah nama kerana keterlauan menuduh pemimpin. Ada yang minta ditutup terus Whatsapp yang dikendali. Ini hak Masjid katanya. Dan di Masjid tidak boleh berpolitik.
Tetapi polemik politik yang diperkata ini ada kaitan dengan akhlak Islam. Islam itu syumul sifatnya. Maka dikatakan ia boleh diperbincangkan.
Fikirkanlah sendiri......
Entah bila penghujung akan tiba pada masalah yang ada ini. Mungkin Allah masih "memberi muka" pada mereka yang rasa seperti "aku berkuasa". Ia lupa Allah itu maha melihat dan Allah itu maha mendengar. Allah maha mengetahui apa yang nyata dan apa yang tersembunyi. Kemana hendak melarikan diri.....Tidakah ada rasa takut berhadapan dengan kuasa Allah nanti.
Namun saya yakin jika masih ada orang-orang yang beramal soleh dan Allah menerima doa-doanya, maka masaalah ini akan berkesudahan. Entah bila..... Semoga Allah swt menurunkan pertolonganNYA pada rakyat yang tidak bersalah dan mengembalikan keselamatan dan kesetabilan negara.
Setiap kita pasti ada salah silapnya......Dan dalam perkara ini juga begitu. Maka kita bemuhasabah diri dan bertaubat semoga kelemahan dan kekurangan kita Allah amampunkan.
Semoga setelah panas terik, akan turun hujan dan pelangi indah akan menyinari bumi kita ini. Semoga Allah memelihara negara tercinta hingga ke akhir hayatnya.
.......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment