"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, September 14, 2016

Apa lainnya Eidul Adha 1437H ...




Alhamdulillah....
Kali ini pagi-pagi sudah ke Masjid Kg Tunku. Hujan mulai turun tetapi sampai di Masjid awal tanpa perlu guna  payong.

Ini barisan ruang wanita, bertakbir sementara Solat dimulakan. Terasa sayu dan terasa rindukan kampung, rindu emak terutamanya. Dulu tidak pernah miss balik kampung.

Tajuk khutbah pagi itu hambar sahaja buat saya. Tidak ada yang menyentuh jiwa. Mungkin cara penulisan atau penyampaian.

Biarlah.......
Itu hal biasa. Tidak mengharapkan kesempurnaan sentiasa. Khutbah itu pun dari teks tersedia.

Malam itu saya mendengari khutbah oleh Ustadh Nouman Ali Khan di Utube. Amat berbeza. "What do we celebrate on this day?"

Secara ringkas saya memahami sebagai satu hari untuk kita mengingat semula keteguhan Iman dan Taqwa Nabi Ibrahim AS dalam menjalani hidup dan dalam mentaati segala perintah Allah....tidak kira senang atau susah, mencabar atau tidak mencabar. Nabi Ibrahim AS adalah Nabi yang menerima ujian yang amat besar sekali dari Allah swt. Antaranya, Ia belajar bersikap positif terhadap bapanya yang menyembah berhala. Walau apa pun ia memanggil ayahnya "wahai ayah ku yang tersayang..." Ayah tetap ayah. Mengasihi ayah (atau ibu) tidak bersyarat.

Nabi Ibrahim AS diuji hingga ia di hukum dibakar hidup-hidup. Itu pun dilalui penuh yakin bahawa Allah tidak menzalimi hambanya asal sahaja ia tetap fokus dalam mentaati perintahnya dan tegak berani demi menegakan Kebenaran. Begitu kuat pendirian Iman dan Taqwa dan apabila ia diperintahkan membawa  isterinya Siti Hajar dan anak bayinya ke suatu temapt di padang pasir yang kering kontang tanpa sebarang kemudahan, Nabi Ibrahim tetap mentaati perintah Allah swt. Dan akhirnya ia di uji  supaya menyembelih anak kesayangannya. Itu pun dipatuhi penuh redha. 

Ini cerita ringkasnya dan Ustadh Nouman Khan meminta dirinya dan kita supaya mencontohi kesetiaan dan ketaatan Nabi Ibrahim AS dalam mematuhi perintah Allah dan menjauhi laranganNya. Maka Eidul Adha adalah hari kita harus muhasabah diri sejauh mana kita mencontohi Nabi Ibrahim AS. Kita harus melihat kedalam diri sendiri dan bukan setakat gembira dapat berkorban binatang ternakan tanpa memahami hakikat pengabdian yang Allah tuntut dari hamba-hambanya.




Saya membawa cucu saya pada hari esuknya untuk acara penyembelihan Qurban di Masjid Kg Tunku. Abinyqa sibuk membantu Masjid dan saya memujuknya untuk sentiasa disamping saya. (Saya sudah minta ibunya melatih ia memakai tudung dari sekarang. Semoga ia taat.)

Saya sudah tidak banyak kederat dan hanya membantu masak di dapur semampu kekuatan yang ada. Mujur sudah ramai ahli qariah yang muda-muda dan saya perhatikan mereka amat prihatin dalam aktiviti gotong royong masak dan memotong daging untuk edaran pada mereka yang datang ke Masjid dan juga pada yang lainnya yang tetgolong dalam asnaf.



Ini gambar 'action saje' untuk kenangan anak cucu. Saya ditugaskan untuk memastikan kari daging untuk kenduri tengah hari itu siap sempurna. Chef yang memasukan semua ramuan. Saya hanya menggodehnya sahaja. Itu pun berganti dengan teman lain seperti foto di bawah ini.



Sambil itu saya menyaksikan peyembelihan lembu dimana suami saya kongsi satu bahagian. Saya bawa cucu hampir sedikit dan bercerita padanya apa yang sesuai pada anak kecil berumur 5 tahun. Alhamdulilallah....dia tidak rasa takut. 

Lepas itu saya ditugaskan pula buat kerja mudah....iaitu buat sambal belacan. Tertawa saya dan saya 'patuhi arahan' dengan pertolong chef utama. Betul kata arawah emak mertua saya. Bila meningkat umur tua banyak yang dah lupa, banyak dah jadi tak tahu. Selalu dia kata 'bila tua jadi bodoh'. Sayu juga rasa walau pun tertawa kerana teman-teman mentertawakan saya. Saya buat tak kisah dan memberi jaminan sambal belacan Jawa pasti best punya.......



Kemudian saya melayani cucu makan tengah hari. Saya hanya makan soup tulang. Takut gula dalam darah naik jika macam-macam dimakan.

Tahniah team di dapur. Semuanya sedap. Alhamdulillah.

Kemudian kami rehat sebentar bersembang silaturrahim dengan kekawan yang lama tidak berjumpa. Topik cerita tidak lari dari cerita kini kami sudah dalam bilik menanti pesawat yang akan membawa kami ke destinasi akhir. Kami gelak ketawa tetapi terhenti bila mengingatkan bahawa soal mati bukan suatu yang boleh dibuat lawak.'It is serious business'. 

Saya pulang sejurus sebelum zohor. Saya kongsikan disini beberapa foto kenangan Hari Qurban di Masjid Kg Tunku. 






Itu sahaja buat Qurban kali ini. Tidak ada lainnya.
 Semoga Allah masih memberi ruang dan peluang untuk berjumpa lagi
 diHari Qurban tahun hadapan. 
Semoga Allah akan meningkatkan Iman dan Taqwa untuk
 beribadah sempurna selama 10 hari pertama bulan Zulhijah.
 Semoga peningkatan Iman akan membawa perubahan yang akan mendekatkan diri pada Allah yang Maha Pencipta. 
Aameen ya Rabb....


.....

No comments:

Related Posts with Thumbnails