"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, September 17, 2016

Sabtu yang santai...Kembang sekuntum.




Hasil jejari hijau Siti, anak menantu saya.
Sekuntum mawar merah dan sekuntum kuning oren.
Saya suka bunga mawar dan teruja melihat dua kuntum mengembang indah.
Bunga Mawar lambang kasih antara insan.

Dia lulus sarjana muda Marketing dari UITM Segamat,
 tetapi tidak punya kerja tetap.
Sudah hampir dua tahun ia melayan hobi kesukaannya....
tanam pokok bunga.
Mujur ia punya hobi dan sesekali kekawan 
meminta ia buat kerja solek menyolek pengantin
 atau siapa jua yang berminat.
Satu hobi yang menyemarakan kreativitinya.

Alhamdulillah....ia sihat dan tidak murung melayan anak-anak dan suami, dan saya berdua juga.
Saya mendengari ramai juga anak-anak muda yang tiada kerja tetap dan yang selari dengan minatnya.
Hari ini ramai yang bekerja kerana 
keperluan semata-mata.
Semoga ekonomi Malaysia akan kembali segar
dan semoga impian anak-anak muda akan 
mekar segar seperti kuntuman Mawar.


......

No comments:

Related Posts with Thumbnails