"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Sunday, September 11, 2016

Kekuatan diri.







Bila kita bermasalah, ramai antara kita termasuk saya, yang akan cari teman akrab yang boleh mendengari dan mungkin boleh membantu kita..... Terutamanya jika masaalah itu ada kaitan dengan ahli keluarga terdekat dan kita tidak mahu melukakan hati mereka.

Sesungguhnya teman akrab itu tidak akan dapat menyelesai masaalah kita terutamanya jika masaalah itu berkaitan dengan emosi dan harga diri. Jika ia mengenai hal-hal kebendaan seperti wang ringgit atau sebagainya, ia mungkin boleh membantu menyelesaikannya.(DENGAN IZIN ALLAH).

Ujian Allah pada hamba-hambanya turun dalam berbagai bentuk dan rupa. Apa yang susah pada seseorang mungkin mudah pada yang lainnya. Allah menurunkan ujian mengikut kemampuan kita dan mengikut kebijaksanaanNya yang kita sebagai hamba tidak akan dapat menduga sepenuhnya. 

Hanya Allah yang berkuasa mutlak dalam menyelesaikan apa jua masaalah, tidak kira masaalah peribadi perseorangan atau masaalah keluarga atau masaalah Negara. Allah hanya memberi kita intelek dan sedikit kebijaksanaan untuk berikhtiar menyelesai apa jua masalah yang ada. Keputusan mutlak adalah Hak Hakiki  bagiNYA.

Itulah kefahaman saya. Maka baru-baru ini bila Allah uji saya dengan suatu yang amat berat saya hanya merujuk pada teman akrab sebagai ruang berfikir sementara. Kekadang kita perlu ruang untuk berfikir. Saya juga "melarikan diri sementara" kerana suasana yang baru mungkin boleh melegakan cara berfikir.Saya juga mencari ruang untuk membaca buku dan kitab untuk mencari andaian fikiran yang boleh dicontohi. Saya berpeluang membaca buku "LA TAHZAN" dan ia banyak membantu saya berfikir secara positif kerana buku itu banyak merujuk pada ayat-ayat alQuran sebagai asas panduan.

Kita tidak ada kekuatan diri yang mutlak. Kekuatan diri kita sebenarnya adalah sejauh mana kita dapat menyandarkan kekuatan kita di atas Kekuatan Allah. Allah yang mencipta kita, maka Allah yang maha tahu laluan kehidupan kita dan kesudahan kehidupan kita.

Di dalam alQuran saya dapati satu ayat sebagai contoh akan kuasa dan kekuatan Allah swt yang mutlak pada Zatnya. Lihat yang berikut untuk renungan dan untuk fikir zikir.


A039
Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,
(Al-Kahfi 18:39) |


Hadith pun ada menyatakan demikian. Lihat di bawah ini yang saya dapat dari carian google.
Image result for Al Quran...La hawla wala....



TIADA KUASA DAN TIADA KEKUATAN MELAINKAN DENGAN ALLAH.



Saya terbaca satu mesej dari whatsapp seorang teman:

WHEN YOU ARE HURT DO NOT CRY ON THE SHOULDERS OF OTHERS,
 BUT CRY IN SOOJUD. PEOPLE CAN TELL YOU THIS AND THAT 
TO COMFORT YOU, 
BUT NO WORDS CAN EVER COMFORT YOU
 LIKE HOW THE WORDS OF ALLAH AZZA WA JALLA IN THE QURAN CAN. 
PEOPLE CAN LIE TO YOU TO COMFORT YOU,
 BUT ALLAH HOLDS EVERY TRUTH. 
YOU FEEL THE PAIN BECAUSE 
ALLAH AZZA WAJALLA SENDS OUT MERCY FOR YOU.
 BEHIND EVERY TEAR IS A COMFORT AND A RAHMAH FROM HIM.




Dalam ruang lingkup bahawa kekuatan Allah itu mutlak, tidaklah pula kita duduk diam apabila kita bertemu dengan masalah. Sejauh mana kita boleh bersabar dalam mengendali masalah yang ada dan sejauh mana kita ikhlas dan redha dalm menangani masaalah, maka sejauh itulah kedudukan darjat kita di sisi Allah swt. Bersabar itu wajib.

Bagaimana kita bolih mencapai kesabaran dan kebijaksanaan  dalam mencari penyelesaian.

Kita Sujud dan terus Sujud (kata seorang ustazah yang saya kenali), dan mengadu pada Allah sepenuh hati, tanpa berbelah bagi. Fokus pada sifat Allah Yang Maha Belas Kasihan pada hamba-hambaNya. Hanya Allah yang boleh menyelesaikan apa yang Ia turunkan buat kita. Ujian adalah satu teguran sejauh mana kita telah melalui perjalanan hidup ini mengikut apa yang telah Allah syariatkan. Ujian diberi masaalah adalah cara Allah membawa kita dekat padanya. Kita ikut sahaja nasihat ustazah bagaimana kita harus menerima  apa sahaja ketentuan Allah kerana disebalik kesusahan adalah Rahmat Allah yang kita akan dapat rasai.

Maka dalam kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Qurban. Saya mendengari nasihat-nasihat dari Ustaz-ustaz google yang saya yakini seperti Ustaz Adi Hidayat, ustaz Dr Khalid Basalamah, ustaz Bakhtiar Nasir dan ustadh Nouman Ali Khan (antaranya) bagaimana kita boleh mendekatkan diri pada Allah yang maha Pencipta dengan tata cara dan adab-adab yang Allah redhai. Saya cuba memahami erti Pengorbaanan dan cuba menghayatinya sebaik mungkin dalam umur yang tinggal sedikit ini lagi. Semoga Allah memberi ruang dan peluang seluas-luasnya dan semoga diakhir perjalanan ini saya benar-benar redha dan Allah Meredhai.

Hari ini hari Wukuf di Arafah.
Kita sama-sama mohon keampunan Allah dan semoga Allah menerangi hidup kita di dunia dan di akhirat nanti.
Aameen ya Rabb......


.........

No comments:

Related Posts with Thumbnails