"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Sunday, October 7, 2018
Anak Cucu di persimpangan.....
Kemana dan di mana anak-anak ini akan berada 10 tahun dari sekarang. Hanya Allah yang maha mengetahui. Tetapi apakah pemikiran kita dan apakah tindakan kita. Secara peribadi, seperti saya sudah rasa tepu memikirkannya. Tapi saya yakin saya masih bertanggongjawab memikirkannya terutama sekali mengenai cucu-cucu saya sendiri. Saya yakin saya juga akan dipersoalkan dihadapan mahkamah Allah yang maha Adil tentang usaha yang telah saya jalankan.
Marilah bantu saya berfikir....
Saya sudah tidak dapat berkata apa lagi mengenai kesukaan mereka pada telefon untuk bermain games dan lain-lain lagi yang saya tidak dapat pantau semuanya. Saya perhatikan ibubapa mereka juga seperti sudah tidak berdaya juga mengawal keadaan. Tetapi kekadang saya perhatikan bahawa fenomena ini terbit dari kesibukan ibubapa sendiri dan kesibukan itu membuat mereka lebih bergantung pada "pertolongan" telefon yang menjadi seperti "baby sitter" dalam keluarga. Ada telefon anak-anak akan terpaku pada nya seperti menjadi teman untuk membuat mereka rasa "berguna" dan rasa "tenang".
Tetapi ini semua adalah pemusnah jati diri anak-anak dari kecil lagi. Juga pemusnah daya upaya untuk menjadi kreatif. Mereka terlalu bergantung pada alat yang tidak dapat menggerakan minda mereka secara cergas dan total.
Saya selalu teringat dan selalu juga bersembang-sembang dengan kekawan saya mengenai penglibatan kita membantu mendidik dan membesarka anakcucu kita. Kekadang seperti "hilang akal" untuk berkata sesuatu memberi tunjuk ajar berdasarkan pengalaman semasa kami sendiri membesar. Dahulu kami membuat permainan kami sendiri dari apa jua barang buruk yang ada disekeliling kami. Banyak sudah yang diperkatakan bahawa anak-anak dulu lebih mesra berkawan berbanding dengan ana-anak sekarang kerana mereka sudah tidak lagi mencari kawan untuk berseronok. Mereka akan menagih telefon dari ibubapa mereka dan duduk di penjuru syuk sendiri. Amat tidak sihat fenomena ini.
Isunya ialah bagaimana kita melawan keburukan Teknologi. Yang baik pada teknologi sememangnya berbagai. Tetapi dari pengalaman saya membendung keburukannya itu amat rumit sekali dan saya perhati selalu sahaja ibubapa sekarang mengambil jalan mudah dan berserah sahaja pada keadaan atau dengan lain perkataan "go with the flow".
Namun untuk tidak menakutkan anakcucu berinteraksi rapat dengan saya, saya banyak berdoa sahaja semoga Allah sentiasa memelihara anak-anak ini dan memberi jalan alternatif untuk mereka bertindak secara bijak untuk masa akan datang. Pastinyqa mengikut adat biasa saya mungkin sudah tidak ada lagi untuk menyibukan diri membantu mana yang termampu. Maka saya memotivasi ibubapa muda sekarang untuk banyak bermunajat mencari petunjuk Allah yang maha bijaksana dan maha sayang pada hamba-hamba yang berkepedulian untuk hidup mengikut apa yang sudah di sarankan oleh alQuran. AlQuran sudah banyak menyuruh manusia berfikir dan berfikir menggunakan aqal yang terdidik dengqan Iman dan Taqwa.
Saya amat berhati-hati memperkatakan hal ini pada anak-anak saya dan anak-anak saudara saya kerana saya sendiri diumur mereka pun mempunyi bergabagai masaalah yang tidak mudah dapat diselesaikan. Dengan lain perkataan "I was not any wiser". Saya pun tidak sebijak seperti yang saya fikirkan. Sebab itu saya berhujah dengan anak-anak dengan penuh harapan Allah akan menunjuki jalan dan menjadikan mereka lebih bijaksana berbanding saya dalam lingkungan umur yang sama.
Walau begitu saya tahu berdoa sahaja tidak mencukupi kerana doa harus tidak menjadi penyebab kita sudah berpuas hati dengan usaha kita. Amalan harus kuat, bukan amalan di atas tikar ibadah sahaja tetapi amalan yang mencabar daya fikir dan daya bertindak. Jangan putus asa dan membanding diri dengan mereka yang berjaya mudah kerana mendapat pertolongan dari orang di atas. Kita bergantung pada pertolongan kuasa "dari langit".
Itu sahaja yang dapat saya kongsikan. Semoga ia memberi munafaat. Kita harus tabah hati dan terus berusaha mencari Redha Allah. Semoga Allah memudahkan laluan kita dan semoga diakhir usaha ini ALLAH kurnia sesuatu yang terbaik di sisiNYA. Hanya Redha ALLAH yang sebenar-benarnya bermakna buat kita.
Aamiin ya Rabb......
...............
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment