Ini laluan di bawah Jambatan di Putrajaya di Precint 8. Dalam sebuah whatsapp ada video Yab Tun berbasikal di sini. (MasyaAllah Tun cukup bertenaga. Semoga Allah sentiasa menolongnya.) Saya tidak berbasikal dan cuma mampu berjalan sahaja di sini. Saya teruja melihat jambatan ini dari sebelah bawah. Saya ambil foto ini kerana dari bawah jambatan, struktur ini pun nampak tersergam.
Sekilas ingatan saya terlintas Jambatan Kuning yang telah roboh berkecai dilanda gempa bumi dan tsunami di Pulau Palu di Sulawesi baru-baru ini. Saya lihat di utube betapa besar tsunami yang melanda. Gempa diRichter scale 7.4 mampu menenggelamkan sebuah kampung secara total. Saya rasa gerun dan takut dan rasa amat insaf bahawa gegaran gempa bumi boleh juga berlaku dimana sahaja dengan kehendak Allah jua. Perkara begini berlaku bukan kebetulan. Dan Malaysia tidak jauh dari kepulauan Sulawesi. Semoga Allah tidak murka dengan kita dan menjadi sebab musibah ini berlaku. WaAllahu'alam. Hanya DIA yang mengetahui hakikat yang sebenarnya.
Saya rasa berdebar-debar melihatnya di utube dan terbayang saya cerita dalam alQuran tentang Allah menterbalikan bumi jadi laut yang sekarang ini terletak di Laut Mati di negara Jordan kerana umat manusia ketika itu amat mungkar. Kebebasan sex yang berleluasa itu menjadi sebab utama Allah perintahkan Bumi menunjukan kemurkaannya. Ingat juga cerita Nabi Nuh AS. Allah perintahkan Air dan menurunkan banjir terlalu besar dan musnahlah kaum manusia yang engkar termasuk anak lelakinya sendiri.
Subhanallah.....
Sehebat mana Ilmu Pengetahuan yang manusia ada dan sehebat mana teknologi yang digunakan dan seteguh mana benteng dibina, ia pasti lebur jika Allah sudah perintahkan demikian. Melalui al Quran Allah telah memberi maklumat dan telah menegur manusia. Jika kita terus engkar, maka Allah ada caranya untuk membuat manusia sedar siapa Allah dan siapa manusia.
Subhanallah........
Teringat Ustaz kata : Benteng terkuat menghindarkan musibah adalah Iman dan Taqwa. Tidaklah saya hendak bicara panjang tentang Iman dan Taqwa sebab saya bukan ahlinya. Sama-sama kita mencari Ilmu dari 'alim ulamak dan mengamalkan apa yang disarankan. Semoga kita hidup sejahtera hingga keakhir zaman.
Buat saya "zaman" sudah amat terhad dan peristiwa-peristiwa seperti gempa bumi dan Tsunami amat menakutkan saya. Apa jua Musibah tetap menakutkan saya. Semoga Allah mendidik kita semua semoga kita bijaksana dan dapat mengambil iktibar dari apa jua musiabh yang berlaku, besar atau kecil. Janganlah kita berfikiran bahawa Indonesia dari segi lokasinya memang terletak dibanjaran gunung berapai dan gempa. Itu kajian manusia. Allah maha menentukan.......
Semoga kita sentiasa memohon keampunan Allah, menghindari yang mungkar dan semoga Allah kurnia Rahmatnya yang tidak terhingga.
Aamiin ya Rabb.....
Foto Jambatan kuning Ehsan Carian Google.
...............
No comments:
Post a Comment