Semuanya anak kita.
Kita urus dan didik seperti anak kita sendiri.
Itu antara falsafah Tadika dan Taska SmarTop Subur Fitrah yang saya dan teman akrab saya bentuk dan urus di Tangkak Johor. Kemampuan saya agak terhad masa ini dan saya berperanan secara "remote" sahaja. Semoga Allah kurnia kemampuan dalam masa terdekat dan saya insyaAllah dapat actif balik. Pada 16 November ini Tadika akan mengadakan Hari Iktifal. Doakan saya dapat bersama.
Foto di entry ini membuat saya amat rindu untuk sekali lagi bertinteraksi dengan mereka dan pengasuh-pengasuh yang sudah lama saya berjauhan.
Saya tetap mengikuti perjalanan arus pendidikan dan membantu mana yang boleh dari segi yang dapat saya pantau. Semoga Allah memudahkan.
Sehubungan itu saya ingin berkongsi apa yang saya fikirkan.
Kebelakangan ini sering didengari di Media Massa ahli-ahli politik yang bermati-matian mengatakan bahawa semua anak Malaysia adalah anak kita. Anak Melayu anak kita, anak Cina anak kita, anak India anak kita, anak Kadazan anak kita dan berbagai lagi. Saya kagum dengan prinsip ini kerana saya prihatin tentang masaalah yang dihadapi oleh rakyat dalam negara yang berbagai kaum dan berbagai fahaman ketuhanan. Saya tidak ada masaalah menerima konsep ini walaupun banyak juga teguran dan kritikan yang dilontarkan pada kepimpinan yang mempelopori konsep ini.
Cuma satu sahaja yang saya bimbangkan terutamanya pada mereka yang berpegang kuat mempertahankan hak asasi orang Melayu supaya jangan sampai tergadai dalam kita membela anak kaum lain.
Saya agak sedih bila kita berkira sangat dengan anak-anak kecil. Hak asasi mereka ia lah pembelan oleh Dewasa, tak kira siapa jua. Jangan sampai dewasa bercakaran maka anak-anak kecil berkeliaran di jalanan mencari sesuap nasi dan tempat pembaringan.
Semua dewasa boleh dikira berdosa.....
Dua anak kecil di atas ini nampak sihat dan berwajah ceria seharian. Mereka mudah diurus dan mudah di ajarkan sesuatu terutamanya di segi "fine motor". Cucu saya ada yang mengalami kesulitan memegang pensil atau memegang apa jua. Kata pakar semasa peringat umur bawah satu tahun atau lebih sedikit tidak dapat perhatian sewajarnya untuk menguatkan otot jejari.
Isunya di sini pada hemah saya ialah ramai sekali ibu-ibu mengandung dan ibu-ibu yang menyusukan anak tidak mendapat perhatian keluarga dan lebih sedih perhatian pihak yang bertanggongjawab untuk memberi khidmat nasihat yang sewajarnya dan bantuan kewangan yang secukupnya supaya anak-anak kecil ini membesar sihat dan dalam wadah yang tersusun dari semua segi terutamanya dari segi pembangunkan mental dan fisikal.
Adat fikiran saya berkata jika ibu-ibu Melayu tidak mendapat perhatian yang sewajarnya, maka saya "pasti" rasanya Melayu akan terus ketinggalan dan harus juga akan hilang di dunia. Anak dalam kandungan amat perlu dijaga. dan seterusnya hingga mencapai 15 tahun. Ini pegangan saya. Jika tidak makan bahan yang berzat yang mencukupi, maka jangan diharapkan mereka sihat dan berotak geliga.
First thing first. Yang penting harus didahulukan. didahulukan. Jangan bergaduh bertegang leher mencari kebenaran dimana letaknya orang Melayu dibidang ekonomi dan lain-lain yang berkaitan jika kita tidak ada kepedulian pada ibu-ibu mengandung.
Sama-sama kita fikirkan dan berbuat sesuatu dalam apa jua hal yang kita mampu. Kotakan apa yang dikata kerana Allah benci pada mereka yang tidak menepati janji. Itu di ayat Al Quran surah As Saff.
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
(As-Saff 61:2) |
Amat besar kebenciannya di sisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
(As-Saff 61:3) |Sampai di sini dulu. Kita sambung dilain kesempatan.
Kita fikir dan zikir.
Jangan bercakap hanya mencari pengaruh.
Sama-sama kita secara sendirian buat yang terbaik yang kita mampu. Allah melihat tindakan individu.
Saya amat khuatir saya belum melepasi tanggongjawab itu dan tanggongjawab lainnya. Sama-sama kita mohon pertolongan Allah.
Aamiin ya Rabb....
..........
No comments:
Post a Comment