"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Monday, October 1, 2018

Menyantuni sahabat.....





Ini teman dan jiran saya di Kg Tunku, Petaling Jaya. Minggu lepas saya duduk semeja dalam satu Majlis Perkahwinan di Hotel Hilton Petaling Jaya. Seronok setelah beberapa lama tidak bersua muka. Hanyalah sesekali sembang ringkas di Whatsapp.

Suaminya baru meninggal hampir setahun lalu. Kak Bedah saya memanggilnya. Dia hanya 2 tahun tua pada saya. Tetapai ia nampak lebih muda dan sentiasa ceria. Saya kenal juga suaminya dan suami saya juga mengenalinya dan anak-anaknya.

Semasa suaminya masih ada, seminggu sekali suami saya bekumpul di rumahnya mendalami Ilmu Islam. Lelaki sahaja. Sesekali saya ikut sama membantu isterinya menyediakan sedikit juadah untuk dihidang selepas habis kelas. Saya kerap ikut begitu selepas bersara dan saya rasa mesra bertukar-tukar fikran mengenai kehidupan.

Nasihatnya pada saya yang saya sentiasa pegang ialah: Kalau nak berbaik dengan anak menantu, jangan cerewet sangat. Biar berbeza asalkan perbezaan itu tidak sangat berbeza dengan fahaman kita. Maklumlah kita berbeza satu generasi. Manakan boleh serupa pendapat sentiasa.

Benar kata-katanya......

Saya juga bersahabat dengan kekawan dari sejak sekolah Menengah di Pontian Johor dahulu. Asas persahabatan tidak serupa kerana mereka berlainan agama.



Mujurlah saya ada juga sifat keterbukaan dalam menyantuni persahabatan. Saya tidak sering beserta seperti yang mereka adakan seperti dalam foto ini. Saya cuma berceloteh sedikit di kumpulan whatsapp kami. Proses dan falsafah hidup diumur penuaan kita berbeza dan ini membuat saya sering mediamkan diri jika apa yang dikata mengenai ketuhanan amat bebeza. Saya cuma mengirim sesuatu yang ditulis oleh mereka yang bersikap international dan berhujah mengenai kebenaran dan kehebatan Islam. Semoga hati-hati mereka masih Allah buka dan beri ruang untuk mengubah kepercayaan dan keyakinan.




Mereka sering mengajak kami emua mengembara jauh dan dekat. Hujung tahun ini ada kumpulan yang mengajak kami ke Penang dan menjamu selera makan termasyor yang disukai ramai. Saya tidak ikut sama kerana suami saya tidak cukup sihat untuk memandu kereta.

Begitulah satu aspek hidup diumur tua. Saya cuba berdakwah dengan mereka tetapi belum berjaya. Tetapi saya bertenang sahaja kerana Allah menguji kesungguhan kita dan menganugerah ganjaran padanya. Allah tidak melihat pada hasilnya kerana itu Hak MutlakNya. Semoga kita menjadi lebih bijaksana dalam menyantuni siapa jua sahabat kita.

Menyantuni sahabat adalah suatu yang ditutntut dalam Islam. Dan ini adalah juga nilai universal. Kita harus sentiasa ada sahabat di sekeliling kita. Adanya suami atau isteri tidak mencukupi. Kita harus ada kekawan sealiran idea dan cita rasa untuk berkongsi apa jua kepentingan bersama. 



Ini foto suami saya berbaju batik bersama kekawan akrab semasa sekolah dahulu dan setelah berlalu 50 tahun masih menyantuni hubungan setiakawan. Semoga berpanjangan dengan iringan doa semoga sama juga akhirnya di Taman syurga tanpa hisab dengan Rahmat Allah jua. Aamiin ya Rabb.....

.........

No comments:

Related Posts with Thumbnails