"Hai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhan mu, dengan hati yang puas lagi diredhaiNya, maka masuklah dalam jemaah hamba - hamba Ku dan masuklah dalam Syurga Ku."
"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.
Friday, December 21, 2018
Bila tiada siapa yang peduli......
Kini menghitung masa.
Masa itu kurniaan Allah. Ada Allah kurnia pada hambanya 24 jam itu seperti tidak kesudahan. Maka banyaklah amal ibadah yang dapat dilakukan. Kita mendengari cerita sejarah Islam di mana Rasulullah saw solat hingga bengakak kaki dan bacaan surah alquran dalam solatnya adalah surah yang panjang2. Pastinya masa yang Allah kurnia tidak sama pada umat biasa. Kita lihat sahaja pengalaman sendiri. Rasanya 24 jam itu terlalu pendek. Belum sempat menghabiskan tugasan harian, belum sempat membaca alQuran dan lain-lain lagi, waktu sudah tidak ada........
Maka teringatlah fenomena Iman dan taqwa. Maka terasakan diri ini masih jauh dariNya. Maka timbulah rasa khuatir, rasa bimbang kerana bila sampai masanya kita bertemu Allah, masa tidak dilewatkan seminit pun dan tidak disegerakan seminit pun.
Dalam melalui umur senja ini, banyak yang terfikir-fikir di hati.
Dua hari yang lalu saya menulis dalam group Whatsapp "kumpulan Tadarus". Sudah beberapa tahun saya berada dalam kumpulan itu atas ehsan kekawan yang berjiranan di kawasan perumahan yang berhampiran. Dan ahlinya pun kekawan yang seangkatan semasa di sekolah dan semasa berkhidmat dalam perkhidmatan awam. Saya merasai kemesraan yang ada dan rasa tidak kesunyiman.
Masa beredar.....
Sejak awal tahun 2018 saya tidak sering hadir bertadarus kerana masaalah kemampuan logistik. Kemudian suami saya tidak sihat pula dan hampir 6 bulan berterusan saya tidak hadir kerana sibuk dengan hal ke hospital dan apa jua yang berkaitan dengannya. Maka sessi Tadarus sebulan sekali pun saya tidak dapat menghadirkan diri.
Minggu ini 19 Disember merupakan hari terakhir untuk Tadarus tahun ini. Saya berjanji akan hadir tetapi rancangan tergendala kerana sesuatu yang tidak dapat saya elakan. Rasa kecewa tidak tunaikan janji. Maka saya menulis di whatsapp mohon maaf kerana tidak menepati janji dan saya rasa tersedih tidak dapat bersua muka hampir setahun. Saya benar2 rasa sedih dan rasa rindu pada teteman. Dengan ikhlas saya katakan saya rindu.
Namun hingga hari ini tiada yang komen atau menjawab whatsapp saya. Rasa amat tersedih. Baru setahun saya rasa sudah dipinggirkan dan sudak tidak ada yang peduli.
Malam tadi saya termenung dan berfikir-fikir. Saya menangis....... Mengapa saya rasa demikian. Saya kata pada diri.......
Bayangkan nanti di Akhirat jika Allah tidak peduli pada saya. Ustaz cerita waktu itu semua manusia nafsi-nafsi. Masing-masing mencari keselamatan masing-masing. Itu yang saya patut sedihkan. Lumrah ramai manusia. Tiada di mata tiada di hati.
Saya rasa sebak hingga ke pagi ini. Maka saya tulis entry ini.
Nanti bila saya sudah tiada teringat-ingat siapa yang merasai kehilangan saya. Mungkin suami, mungkin anak-anak dan saudara terdekat. Untuk berapa lama tiada yang tahu. Saya kena terima itu hakikat dan saya katakan pada diri untuk bersungguh-sungguh berikhtiar mempersiapkan diri untuk perjalanan yang tiada lagi sesiapa yang peduli. Jika ada, itu Rahmat Allah yang tidak terhingga kurniaan pada hambaNya. Semoga saya diiktiraf hamba sejati dan tidak keseorangan diri..........
Aamiin ya Rabb........
.........
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment