Alhamdulillah......
Dua minggu dahulu seorang bekas staf saya di Kementerian Pendidikan menghubungi saya untuk bertanya khabar. Seronok mendengar suaranya. Saya maklumkan saya sekarang tinggal di Precint 8 Putrajaya dan mengajak ia datang rumah bila-bila ada masa.
Terus sahaja dia setuju dan dengan seorang teman yang lain datang pada waktu rehat tengah hari satu Jumaat. Bersembang lama. Sangat mesra walaupun sudah hampir 15 tahun tidak bersua muka. Yang membuat saya amat teruja ialah bila dia menawarkan diri mengajak saya menziarahi seorang pegawai sebaya saya yang tidak berapa sihat di Taman Melawati. Pada hari Ahad berikutnya saya diambil jam 3 petang. Rasa terhibur kerana sudah amat lama saya tidak ke kawasan perumahan itu. Tambahan pula staf saya itu bawa saya melalui jalan berhampiran dengan Jalan Tun Razak. Maka saya nampak buat pertama kalinya projek Tun Razak Exchange dari jauh. Tersenyum lebar dan saya kata terima kasih bawa saya jalan-jalan. Sejak umur senja ini dan kemampuan segalanya berkurangan, maka saya hampir tidak pernah menjelajah Kuala Lumpur, Seperti peristiwa "satu hari dalam sejarah" kerana teringat semula kemelut 1MDB yang belum selesai hingga kini..
Tun Razak Exchange.
Projek sejarah Bangsa Melayu memerintah.
Dua orang di sebelah kanan adalah staf saya dahulu. Alhamdulillah mereka masih ingat dan sudi mera'i saya Mereka seperti berjanji hendak membawa ziarah staf saya yang lain.
Saya menanti masanya penuh ingatan lama.
Di sebelah kiri saya ialah isteri kawan seperjuangan dalam satu kementerian
hampir 20 tahun yang lalu. Satu ziarah yang mesra dan
membawa keinsafan diri.
Rasa seronok tetapi rasa agak sayu juga kerana kami sudah mencecah umur tujuh-puluhan.
Kata setengah orang itu umur menanti di Dewan Berlepas menunggu
ketibaab pesawat. Ibaratnya begitu. Semoga Destinasi
yang dipohon setiap hamba
bahagia dalam RahmatNya kesampaian jua.
Kami balik ke Putrajaya hampir jam 6 petang. Kerana jalan sesak maka sempatlah saya melihat sebahagian Kuala Lumpur di waktu senja.
Malaysia kita sangat cantik dan semoga terus cantik dan aman damai.
.......
No comments:
Post a Comment