"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Friday, May 10, 2019

TAHNIAH.....Pemerintahan Malaysia Baharu. Alhamdulillah.


Alhamdulillah. Saya mendengari Ucapan  YAB Tun Dr Mahathir Muhammad, Perdana Menteri Malaysia di Utube dan  saya membaca Blog "The Scribe A Kadir Jasin"  pagi ini.

Saya Ucap Tahniah atas usaha yang telah dijalankan dan yang sedang dalam perancangan. Saya pernah berkerja di Perkhidmatan Awam dari tahun 1972 hingga 2003 dan memahami kerumitan mentadbir urus sesebuah negara. 

Kejayaannya belum cermerlang tetapi Usahanya sudah bolih dikira amat memuaskan.
Walau pun sedikit, saya bersyukur kerana ada usaha untuk membetulkan Negara.

Sememangnya ada kelemahan tetapi itu lumrah dalam keadaan yang amat sukar dan amat sulit.
Semoga Tun Mahathir terus sihat dan berkeupayaan dan di kurnia Allah SWT Iman dan Taqwa serta Taufik dan HidayahNya yang tidak terhingga untuk memakmurkan negara demi Rakyat Malaysia kerana Allah jua.


..........................

John F Kennedy :
                                   My fellow Americans, ask not what your country can do for you, But ask what you can do for your country.

................................


A011
Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.
(Ar-Ra'd 13:11



....................

No comments:

Related Posts with Thumbnails