"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Tuesday, May 21, 2019

Dua yang sama tetapi tidak serupa...



Kebelakangan ini saya suka membaca hal-hal yang berkaitan dengan ADHD
Ia itu Attention Deficient Hyperactive Disorder.
Apa yang saya ikuti ialah bagaimana dewasa yang lahir denagn ADHD 
mengurus diri dalam kerjaya mereka. Ramai juga diantara mereka yang
 tidak didiagnose ADHD semasa umur 3 atau 4 tahun dan mereka hanya tahu 
mereka ADHD bila dewasa kerana mendapat teguran atau mendapat perhatian simpati dari teman sekerja dan penyelia mereka. Maka mereka merujuk kepada pihak yang professional 
dan pakar dalam bidang ini untuk mendapat nasihat dan mendapat cadangan 
yang membina untuk mengurus kerjaya mereka.

Saya rasa terbuka merentasi hidup bersama mereka yang bermasaalah,
dalam bentuk apa sekali pun. Alhamdulillah. 
Saya selalunya tergerak hati mengikuti apa itu ADHD dan Otisma kerana
 dua orang cucu saya dilahirkan sedemikian. Tetapi kami hanya dapat pengesahan oleh 
doktor semasa mereka  berumur lebih kurang 5/6 tahun. Tidak mengapa.
 Saya meyakinkan diri bahawa 
tidak ada ciptaan Allah itu yang bathil atau sia-sia. 
Antara ayat alQuran sebagai panduan ialah seperti dibawah.

A190
Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan, dan keluasan rahmat Allah) bagi orang-orang yang berakal;


A191
(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka.


Kedua-dua cucu saya sangat aktif tetapi punya kelaianan yang membuat saya suka memerhati dan berfikir-fikir akan kebesaran Allah. Kedua-duanya sukar memfokus ke sesuatu tugasan. Semasa mereka minat ketika itu,
 tidaklah jadi masaalah.
 Tetapi bila perhatian mereka tertarik pada yang lainnya
 maka ia akan tinggalkan apa yang dibuatnya dahulu.
 Dan jika diingatkan sekali pun susah bagi mereka mahu kembali 
dan mematuhi kehendak kita.

Cucu yang Otisma itu ada keistimewaan sendiri kerana dia tergolong dibawah "high functioning Autism". Dari kecil lagi dia fasih berbahasa Inggeris sperti yang
 formal di TV dengan dengan telo American.
Bukan kami mengajarnya.
 Dengan sendirinya dia dapat dari menonton tv,
 comics dan documentaries.
Dia tidak minat bercakap berbahasa Melayu. Itu yang mernjadi masaalah. Tetapi dia rajin membaca. Pada saya minatnya luarbiasa. Dia suka hal-hal sains dan teknologi. Saya sendiri tidak terikut melayan berbual dan bercerita dengannya.

Anak saya tidak mampu mahu menghantarnya ke Institusi swasta yang 
khas bagi anak sepertinya supaya bolih diajar atau dibimbing
 kesuatu arah yang lebih menjamin hidup masa depannya. Anak saya mengatakan untuk seorang yuran  pengajian untuk sebulan hampir rm2,000/-
Pasti sulit bagi anak saya yang punya 6 orang anak kesemuanya.
Saya sekarang ini berangan-angan untuk membantunya
 kerana saya pun bukan ada kemampuan yang luar biasa.
 Semoga Allah turunkan pertolongan dan insyaAllah tahun hadapan
saya ingat saya akan cuba.

Saya tedorong setelah membaca maklumqat yang katanya 
mereka yang berikut ini dipercayaai tergolong sebagai 
"High Functioning Autism" yang berjaya dalam kerjaya mereka.
Antaranya ialah : 
Robin Williams, Thomas Jefferson, Abraham Lincoln. Mozart,
 Albert Einstein dan Bill gates.

Belum cuba belum tahu.
Ya Allah....mudahkan bagi kami untuk cucu-cucu kami dan
mudahkanlah bagi  semua yang sepertinya. Semoga mereka menjadi
 dewasa yang cemerlang dan soleh dan dapat menyumbang 
pada menegakan Kebenaran Allah swt.
Aamiin ya Rabb....


......................

No comments:

Related Posts with Thumbnails