"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Wednesday, May 8, 2019

Rasa macam jadi "mangsa" di pertemuan sebentar @ Ramadhan.







Alhamdulillah. Saya dapat menemani suami ke Institut Jantung Negara  (IJN)  kelmarin untuk pemeriksaan rutin baginya. Kami tiba jam 9 pagi setelah mengharung kesesakan jalan raya.  Suatu yang lumrah sekarang ini.......

Proses di IJN dan dimana jua Hospital kerajaan yang saya pergi, ia akan megambil masa paling cepat ialah 2 jam. Alhamdulillah masih Allah temukan dengan doktor. Disetengah-setengah negara lain amat sukar mendapat perkhidmatan perubatan. Walaupun di Malaysia ia bolih dipertingkatkan, kita kenalah bersabar  dan bersyukur ......

Saya ingin cerita sedikit apa yang berlaku sementara kami duduk menunggu giliran bertemu Doktor. Kelmarin tempat duduk menanti agak terhad. Maka saya duduk berasingan dari suami. Di tepi kanan saya duduk seorang lelaki pertengahan 50an umurnya saya jangka. Mudah dia menyapa saya. Mula-mula pertanyaan biasa dari mana, dulu kerja apa dan sepertinya. Saya melayan jangan tidak kerana kononnya mahu senyap-senyap "berzikir" terdorong ingatan ini bulan Ramadhan.

Tetapi soalan berikutnya mencabar fokus saya......

 Dia mula bertanya bermacam-macam dan komen berbagai mengenai sistem pendidikan Malaysia vis-a-vis tidak ramai guru yang bukan Islam. Katanya walaupun guru bukan Islam, katanya bila guru masuk murid-murid memberi salam juga. Agaknya itulah sebabnya tidak ramai bangsa lain yang mahu masuk sekolah kebangsaan, katanya.

Saya dengari sahaja dulu dan memberi ia peluang menyentuh berbagai fakta lain yang lebih mencabar fikiran dan ketenangan saya. Sebelum itu ia mengatakan ia duduk di kawasan ramai Melayu dan menghadiri sekolah kebangsaan. Dia fasih mengucap dua kalimah syahadah dan lain-lain  fakta mengenai Islam yang diajarkan sepanjang persekolahannya hingga mendapat sijil SPM.

Di sini saya bertanya apa Agamanya kerana saya tidak bertantyakan namanya.

Hindu, katanya.
Mengapa Hindu kalau sudah tahu banyak fakta Islam.
Sebab saya ikut datuk moyang saya.
Saya tidak akan berubah.

Dan dia terus sahaja menyentuh pengharaman makan babi dan minuman arak. Katanya ramai orang Islam sendiri tidak faham mengapa ia diharamkan.

Saya tidak berniat merakamkan semua apa yang kami bicarakan mengenai Islam dan Hindu. Cuma saya ingin katakan bahawa dalam kerangka kerajaan Malaysia Baru ini saya dapati sudah agak ramai yang BERANI mempersoalkan dasar-sdasar Islam kepada orang Islam.

Sebelum ini pun saya sudah mendengari banyak hal seperti ini di Utube dimana saya selalu mengikuti apa yang diperkatakan oleh ramai pihak mengenai Islam, Kristian, Yahudi dan hal-hal lain yang berkaitan dengan akhir zaman termasuk hal-hal Imam Mahadi (antiChrist) dan berbagai-faktor lain yang meliputi hal-hal The New Worlad Order yang di sebut dan dibicarakan oleh berbagai pihak di dunia ini.

Isunya ialah saya sekarang berdepan dengan seorang Hindu yang berani komplain beberapa hal mengenai dasar perlaksanaan Dasar pendidikan Islam di Sekolah dan mengatakan bahawa ramai orang Islam di Malaysia ini yang tidak tahu mengenai Islam pun.

Tidak tahu mengucap pun, katanya. Panas juga telinga saya. Tetapi sejak bersara saya semakin menghyati apa itu erti berilmu dan apa itu kesabaran menghadapi apa jua keadaan. Alhamdulilah. Oleh kerana ini bukan masanya  dan bukan tempatnya untuk bicara dan "berdakwah" panjang lebar maka saya membuat penerangan yang saya fikirkan terpenting: Saya katakan padanya:


  • Jangan cuba memahami Islam menerusi mereka yang beragama Islam. Ia boleh mengelirukan.
  • Pelajarilah terus AlQuran dan Hadith dari mereka yang Ahli dalam perkara ini.
  • Jangan kita cuba melihat Islam dari "ekornya". Kita belajar Islam dari Kepalanya. Ia itu mula-mula kita harus tahu mengapa kita berada didunia ini dan siapa PENCIPTA kita. Dari sinilah kita akan faham siapa TUHAN.


Beberapa minit sahaja selepas saya katakan itu, nombor gilirannya dipanggil. Dia hilang dalam ramainya pesakit yang ada.

Seorang Wanita Melayu dalam umur 50an di hadapan saya senyum pada saya dan dia rasa kita jangan layan orang seperti itu. Saya senyum kembali.

Saya sudah berlajar dengan seorang teman akrab bahawa kita cuba  "dakwah" dimana jua kita berada mengikut kemampuan dan kesesuain. Oleh kerana semangat Ramadhan "berkobar-kobar" maka saya besabar dan cuba sebaik mungkin. Alhamdulillah saya pernah mengikuti kurus di University Islam antarabangsa 40 tahun yang lalu dan antaranya adalah mengenai "Comparative Religion" maka saya tidak langsung rasa marah atau kecewa berhadapan dengan kes seperi yang saya cerita di atas tadi. Saya cuma kongsikan kerana benarlah kata sesetengah orang di Malaysia ini  kini sudah ramai yang mula berani mempersoal hal-hal dasar negara.

Saya Pasti pihak Pemerintah sekarang tahu mengenai hal ini dan saya pasti ia sedang berbuat apa yang sewajarnya supaya Malaysia maju dalam keselamatan dan kemakmuran yang terjamin dan semua Rakyat hidup aman damai. Aamiin.....

Itu sahaja coretan dalam masa yang terhad. Semoga Allah sentiasa memberi Taufik dan HidayahNya pada semua kita. Salam Ramadhan Kareem........


..........

No comments:

Related Posts with Thumbnails