Aku dilahirkan sebelum Merdeka
Dalam keluarga pendatang dari pulau Jawa sering ku kenang
Mencari sesuap nasi dan atap berteduh semoga Ibadah dapat diteruskan.
Allah maha mengasihani dan hanya keindahan yang ku rasakan
Walau pun saban hari keluarga ku membanting tulang,
panas dan hujan tidak menghalang.
Keluarga pendatang....
Emak dan bapak ku tidak pernah ku dengari merintih kesusahan
Makan cukup walau pun sekadar ubi kayu ubi keledek
dan ikan belud di perparitan.
Aku tidak pernah merasai lapar walaupu makan nasi hanya sedikit
kerana dicatur kerajaan.
Tetapi keluarga ku bahagia, kedamaian itu terpaku dalam ingatan
Aku ke sekolah berjalan kaki kekadang tanpa kasut dalam lecah,
namun hati girang.
Tidak pernah cukup peralatan dan belanja sekolah,
tetapi tidak pula risau mahu membanding taraf kehidupan.
Boleh menulis membaca mengira dan akhirnya ke menara gading
berkat usaha orang tua ku yang tidak mengenal kesusahan.
Bantuan kerajaan diterima dan aku dapat menikmati rasa lega dan lapang.
Hati damai..........
Negara pun damai walaupun ancaman komunis
beberapa ketika dapat ku rasakan
Catuan makanan, pemeriksaan keselamatan ku lalui tenang
walaupun orang tua ku seperti khuatir bimbang......
Alhamdulillah, keluarga ku rasa mendapat perlindungan,
rasa aman walaupun ada ancaman
Emak dan bapak selalu berpesan-pesan supaya berusaha kuat
kerana yakin Allah tidak berjauhan.
Hanya pertolonganNya sahaja yang sentiasa kami harapkan.
Hanya pertolonganNya sahaja yang sentiasa kami harapkan.
Peristiwi 13 May pun aku berpengalaman, namun tidak sangat rasa ketakutan
Mungkin kerana waktu itu belum faham
sabab-musabab dan kesan pada kehidupan.
Aku tidak merasa kepahitan dan kesusahan yang bolih menghentikan
segala aktiviti dan aku tetap bolih menjana fikiran
Untuk maju dan berdikari tanpa perlu khuatir
adakah esuk damai tidak akan berterusan.
Kemudian aku dapat pula bertugas di sektor awam penuh kesyukuran
Mengerti akan cabaran harian bahawa tadbir urus organisasi
bukan sekadar pekerjaan mencari makan
Mematuhi segala peraturan demi kelangsungan yang
dituntut masyarakat dan kehendak Tuhan.
Rasa cinta negara dirasai walaupun laluan tugasan
tidak sentiasa senang, tidak sentiasa aman.
Yakin pada diri, yakin pada pimpinan dan yakin pada kewujudan Tuhan
yang orang tua ku sentiasa ingatkan.
Namun ada kalanya waktu itu aku rasa kecewa pada pemimpin yang tidak mesra rakyat
dan tidak pula kisah pentingnya Iman
Tidak mendidik rakyat apa itu kejayaan selain dari
mengumpul harta kekayaan dan merebut kekuasaan.
Maka ada kalanya aku juga terkandas dan tersasar haluan
Tetapi keluarga ku menjadi benteng pertahanan,
mengajar kesabaran dan keberanian mengingati kembali perjuangan dan
pengorbanan kaum pendatang.
Menyedari bahawa Ehsan dan Redha Tuhan itu terutama dan tidak bolih
dipermainkan dan diperdagangkan
Maka aku rasa aman dan damai hingga ke penghujung perkhidmatan
dan kini memerhati kehidupan sebagai rakyat yang sudah kurang kemampuan
Kini negara berubah kepimpinan dan berubah pula wawasan
Aku sentiasa memerhati semoga barisan kepimpinan berjati diri,
berintegriti dan bijak membezakan antara Iman dan Taqwa
dan penyembahan sihir Jinn dan Syaitan
Di zaman ku dulu dapat dirasai perpaduan, semua kaum berfahaman
dan tidak mendabik dada mengaku kelebihan dan kehebatan.
Peristiwa 13 Mei jadi penyesalan dan didirikan sempadan......
Kini keterbukaan dasar dan wawasan diambil kesempatan,
ramai berpolitik hanya untuk kepentingan diri dan kumpulan.
Bersikap sombong, megah dan tidak lagi mengerti
apa itu persaudaraan dalam negara berbilang cabaran, berbagai impian
Seharusnya semua rakyat, pemimpin dan marhain, bijak melihat kebelakang
dan bijak menyusun perancangan yang membawa kesejahteraan semua
yang bernaung dibawah satu Jalur Gemilang.
Tidak perlu taksub siapa kuat, siapa pintar dan yakin dia akan menang.
Jangan keliru dan tidak sedar bahawa Dunia kini sudah di Akhir Zaman
Sudah banyak petanda dan janganlah kita di buai mimpi
dan bertelagah dan berbicara tiada kesudahan.
Dan lupa hakikat sebenarnya bahawa yang akan menang di dunia ini
ialah puak yang sudah diperangkap kuasa Zionist dan
sekutunya penyembah Syaitan.
sekutunya penyembah Syaitan.
Bertoping... konon mahukan kedamaian dan kekayaan
dalam satu NewWorld Order
yang menjamin kesejahteraan tanpa penjajahan dan kezaliman.
Katanya kesejahteraan itu adalah untuk semua di muka bumi
Tetapi mereka lupa Bumi ini Bumi Tuhan.
Penipuan besar dari Jinn dan Sayitan
telah membuat mereka tidak kesedaran kerana kejahilan.
Itu disebut jelas dalam alQuran dari zaman lahirnya Nabi Adam Alaihisalam
Jangan ambil ringan dan tidak yakin keengkaran Iblis mencabar Tuhan
Menjahanamkan manusia seluruh alam.
Menjahanamkan manusia seluruh alam.
Tetapi manusia masih menyibukan diri mencari kuasa, mencari kekayaan
Yang akhirnya membawa padah kesesatan menuju jahanam.
Semoga Malaysia tidak terperangkap dalam perbalahan dan persengketaan
yang dicetuskan musuh yang dengki khianat dan tamak habuan
yang dicetuskan musuh yang dengki khianat dan tamak habuan
di kalangan manusia yang rendah akhlak dan tidak beriman.
Yang melihat hidup ini akan terus berpangjangan, tidak menyedari
mereka dibuai impian yang ditutupi Sihir Jinn dan Sayitan.
mereka dibuai impian yang ditutupi Sihir Jinn dan Sayitan.
Ayuh kita kembali pada hakikat Allah itu Tuhan yang punya Hak Mutlak
dan jangan kita cuba mencabar Kekuasaan.
Pasti terkandas di Neraka Jahanam selagi tidak kembali
pada Fitrah bahawa manusia itu hamba dan Allah itu Tuhan.
Tuhan Yang Satu dan Tiada Sekutu.
RedhaNya yang kita buru hingga ke hujung dunia kita tumpu jitu.
Penuh yakin bahawa kedamaian hakiki hanya terletak pada Syahadah yang
mengEsakan Tuhan dan Muhamad saw itu Rasul pilihan.
Penuh yakin bahawa kedamaian hakiki hanya terletak pada Syahadah yang
mengEsakan Tuhan dan Muhamad saw itu Rasul pilihan.
Ampuni kami Ya Rabb.....
Kami bersyukur atas segala yang Engkau telah kurnia,
Kerana Engkaulah yang maha Adil lagi maha Bijaksana.
Kurniakanlah kami Kedamaian yang Engkau Redha
dan himpunkan kami di Syurga Firdaus dengan Rahmat Mu jua.
Aamiin Ya Rabbal alamiin.......
....................................