"Time waits for no man".
Dahulu semasa sekolah guru kami selalu memberii peringatan mengenai masa. Saya selalu yang kena marah kerana saya antara pelajar yang banyak buang masa di padang sukan. Apakan daya......... sebab minat didada.
Kini sudah dewasa tua........ Tup.. tup sedar-sedar sudah lebih seminggu Rejab berlalu. Terdengar Ustaz di TV beri peringatan mengenai bulan-bulan Haram dalam Islam. Dalam alQuran kita lihat seperti di bawah untuk memperingatkan diri.
Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Ia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya); dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa.
(At-Taubah 9:36) Terkesan dihati melihat ayat ini untuk sekian kalinya. Tetapi baru ini ingin berfikir-fikir. Kita digalakan banyak menjalani amalan-amalan soleh kerana bulan rejab ini banyak ganjaran yang Allah kurniakan. Dan pada masa yang sama kita sentiasa diingatkan supaya jangan melanggar apa jua larangan yang ditentukan.
Saya tidak berniat berkongsi panjang mengenai amalan bulan Rejab ini. Cuma saya tertarik dan terkesan dengan ayat ini yang mengatakan "perangilah kaum kafir musyrik...."
Saya ingin catat sedikit di sini kerana kebetulan minggu lepas baru berlalu peristiwa sejarah bagi Malaysia..... Perdana Menteri meletak jawatan begitu sahaja. Ini diikuti pula dengan keadaan yang agak celaru dan dirasai suasana politik agak hangat kerana ada kaitan dengan parti-parti yang ahli-ahlinya terdiri dari mereka yang bukan Islam. Saya rasa amat khuatir ada yang silap tafsir mengenai peranan mereka dalam membangunkan masyarakat, Tidak salah kita berbaik sangka dengan kafir yang tidak bermusuhan. Yang kita harus perangi ialah kafir zionists.,,,,,, Yahudi Zionists, Christian Zionists atau siapa jua yang berjiwa Zionists kerana mereka ini memang berniat jahat pada sesiapa jua yang tidak mengikut kehendaknya.
Semoga kemelut politik tamat segera dan kita boleh tumpu pada usaha membangun negara dan membangunkan diri supaya lebih tumpu pada mengerjakan amal ibadat yang bolih menjadi bekalan kehidupan selepas kematian kita dan di hari Akhirat nanti. Semoga Allah sentiasa meninjuki jalan dan sentiasa melimpahkan Rahmatnya yang tidak terhingga.
Aamiin ya Rabb.....
No comments:
Post a Comment