"KALAU TAKUT DIPUKUL OMBAK, JANGAN BERUMAH DITEPI PANTAI."....pepatah Melayu.

Saturday, September 5, 2020

JEJAK LANGKAH MENCARI-CARI.....



A001

Rata-rata kebelakangan ini apabila meninjau ceramah agama di media massa, saya selalu mendengari fakta-fakta akhir zaman. Kita sudah "di ambang" Akhir Zaman,.... bersedialah. Ada yang mengatakan begitu dan terus berhujah panjang lebar.

Sehubungan itu saya perlu berfikir panjang kerana banyak perkara yang saya belum dapat selesaikan dalam hidup ini dan sekarang sudah diberi tahu bahawa masa untuk kita hidup di muka bumi ini amat sedikit sekali. Suami dan saya lantas terfikir bagaimana mahu menyelesaikan hal-hal seperti hutang-piutang kerana hal ini amat penting yang akan dipersoalkan di Akhirat nanti. Dalam keadaan yang ada sekarang saya katakan pada suami bahawa tidak banyak yang dapat kita lakukan kerana keadaan dunia sekarang amat tidak menentu. Wabak penyakit di negara China dan beberapa negara lain termasuk Malaysia belum menampakan peyelesaian yang muktamad. Ini mengakibatkan pula masaalah ekonomi dunia maka saya hanya mampu terdiam dalam fikiran yang hampir kosong bagaimana mahu mengambil tindakan yang sewajarnya.

Termenung, hampir ketakutan, saya mengimbas balik kehidupan sehingga kini.

Semasa saya di peringkat sekolah, tidak pernah terduga apa bentuk kehidupan yang  sebenarnya akan saya lalui ketika dewasa dan ketika tua. saya ikuti sahaja yang emak dan cikgu suruh dan sarankan. Saya diberi gambaran oleh keluarga, oleh guru-guru dan oleh media dan siapa jua di sekeliling saya bahawa corak hidup dewasa nanti akan berbentuk begini atau begitu. Rata-rata mereka berkata: kalau kita rajin belajar dan kalau kita pandai jaga diri maka senanglah hidup kita nanti. Saya dengari seolah-olah resipi hidup ini mudah sekali.

Zaman saya di sekolah rendah sering saya ditanya apa cita-cita masa hadapan. Ketika itu ramai yang akan kata jadi cikgu, jadi askar dan lain-lain yang biasa-biasa sahaja sebab ketika itu amat sedikit maklumat yang diketahui. Guru pun ada yang tidak tahu. Ada seorang dua yang akan menyebut jadi doktor. Untuk jadi orang 'bisness' tidak pernah kedengaran.

Entah kenapa saya kata saya ingin jadi 'pelayan kapal terbang'. Malu nak cakap tapi kerana cikgu desak maka saya sebut nak jadi pelayan kapal terbang. Dalam ingatan saya, saya amat kagum  mengapa kapal boleh terbang, dan kalau nak naik kapal terbang ketika itu mesti jadi pelayan. Saya tidak sebut juru terbang sebab tidak pernah dengar perempuan boleh jadi juru terbang.

Maka sepanjang persekolahan saya berusaha untuk mendapat "kesenangan" dan yakin pasti senang kalau jadi pelayan kapal terbang. 😝 (Ketika itu tidak ada nama peramugara atau peramugari. Mungkin saya yang tidak pernah dengar). Selepas tingkatan enam saya ditawarkan untuk ke Amerika Syarikat mengikuti kurusus Business Administration dengan biasiswa MARA. Itulah pertama kali saya naik kapal terbang.😄😄😄 

Namun atas beberapa sebab yang panjang ceritanya, saya tidak menghabiskan pengajian saya dan pulang setelah lebih setahun di sana. Di sinilah mulanya Jejak Mencari-cari apa sebenarnya kehidupan, apa sebenarnya kesenangan dan apa sebenarnya kejayaan dan lain-lain lagi yang tidak mampu fikirkan waktu itu.


"Fast Forward". 😀....Really fast Forward.....😡

Waktu ini pun saya tidak mampu berfikir tuntas sama ada apa yang saya cari-cari itu suatu yang terbaik buat saya. Sudah saya lalui tetapi bila melihat kebelakang saya rasa amat khuatir yang saya lalui tidak tepat dengan apa yang saya fikirkan dan ada kalanya tidak seperti apa yang di nasihatkan buat saya.....

Waktu bekerja saya banyak "Ikut-ikutan". Nyata ini suatu yang tidak bijak. Tetapi saya tidak serta merta mengubah laluan walaupun saya tahu hidup ini mesti ada tujuan dan cara yang bolih diterima oleh masyarakat di sekeliling kita.Waktu itu tidak ramai Ustaz-ustaz yang berceramah......Eh, mungkin ramai cuma saya tidak tahu ?

Hairan kan?......

Hari ini senario hidup dan kehidupan amat berbeza sekali. Saya pun tidak menyangka saya hidup hingga kini walaupun saya selalu berdoa Allah "panjangkan umur dan murahkan rezeki". Itu sahaja yang saya rasa penting.Alhamdulillah.

Walaupun begitu saya ambil peduli sedikit hal-hal politik. Tetapi bukan untuk aktif tetapi untuk memahami apa yang berlaku supaya waktu mengundi Pilihan Raya saya boleh membuat keputusan yang tidak ikut-ikutan. Semoga pilihan saya terhidayah yang mana harus saya pilih semoga ia terbaik buat saya dan negara di sisi Allah jua.

Buat saya yang kurang arif hal-hal diluar sana sekarang ini saya dapati kepimpinan politik yang ada belum dapat meyakinkan saya halatuju negara sebenarnya.Masih banyank percakaran pendapat yang membuat rakyat biasa pening ... saya pening (to say the least). Banyak pendapat yang menyarankan pemimpin patut ambil jalan tengah, iaitu jalan yang terbaik buat rakyat. Pemimpin tidak seharusnya memikirkan peranan mereka semata-mata demi pangkat dan kuasa.

Tetapi siapa yang mendengari jalan tengah ini......

Semua yang dalam lingkungan ini memikirkan merekalah yang terpandai dan yang teradil dalam membuat keputusan untuk diri dan rakyat.....

Saya tidak mampu berkata apa-apa melainkan memberi pendapat pada anak-anak sahaja apa yang harus mereka fikirkan dan apa yang harus mereka lakukan jika objektif utama kita dalam kehidupan ialah untuk mendapat redha Allah di dunia dan di akhirat. Walaubagaimana pun saya sedar bahawa kata-kata seperti ini lebih mudah dituturkan tetapi amat sukar untuk dilaksanakan. Ampun ya Allah.......

Maka Jejak Langkah Mencari cari berterusan.....
Semoga Allah memberi hidayah dan menurunkan pertolongan dalam mencari dan menegakkan Kebenaran.



No comments:

Related Posts with Thumbnails