Di celah-celah mencari penyelesaian dalam kemelut Covid19 yang masih belum nampak jelas penghujungnya, rakyat dinasihatkan untuk berusaha sendiri menyesuaikan diri dengan norma baru. Anak saya berfikir untuk buka tingkap-tingkap peluang jika Pintu biasa tertutup.
Saya ikuti "karenahnya" dan anak saya cuba mahu melibatkan diri dibidang pertanian supaya tidak bergantung pada bantuan prihatin kerajaan.
Maka ia pusing ligat dan Allah ketemukan idea untuk mencari tanah buat tapak pertanian atau penternakan. Saya ikut meninjau sekeping tanah
yang hampir 2 ekar besarnya yang ditawarkan
oleh sebuah Yayasan Wakaf.
Semak samun keadaan tanah itu dan saya katakan padanya ini
suatu cabaran yang baik jika kita boleh
membuka minda seluas mungkin.
Anak perempuan saya cuba memberi beberapa buah fikiran
dan kami kumpulkan untuk mencari cara terbaik mengusakan tanah tersebut.
Dalam umur dewasa tua seperti saya tidak banyak
yang dapat saya ajukan.
Saya melihat-lihat dan berfikir cara saya sendiri mengikut
apa yang Allahyarham bapak dan emak saya wariskan
sebagai pendatang yang sudah melebihi 70 tahun lamanya.
Mungkin lebih lama dari itu.
Saya rasa seronok dihati sendirian.
Masih semak samun dan anak saya sedang membuat
perancangan awal untuk
pemberesihan sebelum dapat berfikir lanjut.
Semoga Allah memberi idea padanya.
Pondok usang yang ada di tanah tersebut membuat saya rasa
nostalgia kerana saya dari keluarga pendatang dan
biasa tinggal dipondok-pondok usang.
Itu sahaja cerita saya kali ini. InsyaAllah saya sambung dilain kali.
Semoga Allah kurnia umur panjang dan umur yang bermunafat
untuk melihat "kejayaan" anak saya meneroka
norma baru untuk berdikari tanpa menunggu
bantuan semata-mata.
Semoga Allah menurunkan pertolongan dan memudahkan
segala usaha demi mencari RedhaNya dalam hidup ini.
Aamiin ya Rabb....
No comments:
Post a Comment